Perasmian Perhimpunan Tahunan ke 2 Himpunan Non-Muslim, Pemuda dan Wanita

 
 

PGGMB BANDAR SERI BEGAWAN 24 JUNE 2007 - Perhimpunan tahunan Himpunan Non-Muslim, Pemuda dan Wanita NDP berlangsung pagi kemarin di Bangunan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) Bandar Seri Begawan.

Sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP telah hadir selaku tetamu kehormat di perasmian persidangan tersebut yang menyakiskan kehadiran hampir 400 ahli-ahli Non-Muslim, Himpunan Pemuda dan Wanita. Juga turut hadir diperasmian persidangan tersebut ialah beberapa orang ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP dan pemimpin-pemimpin yang lain.


Perhimpunan tahunan Himpunan Non-Muslim Pemuda dan Wanita telah dipengeruisan oleh Abi Hurairah Haji Ghazali selaku Pengerusi persidangan.

Dimajlis tersebut sdra Morshidi selaku tetamu kehormat telah menyampaikan ucapan dasar beliau yang antara lain menekanan perlunya Himpunan Hal Ehwal Non Muslim, Himpunan Pemuda dan Wanita terus bergerak dan merancang menentukan nasib masa depan bangsa dan negara.

Katanya pembentukan NDP adalah tindakan yang tepat bagi mengisi keperluan manusia di wilayah kita pada masa ini dan masa-masa yang akan datang.

Beiau juga menyentuh isu pemikiran bangsa Melayu Brunei yang memerlukan rombakan besar-besaran agar mereka melihat ke hadapan dengan rasa khuatir bahawa hari esok mungkin anak-anak mereka tinggal di polong jembatan atau membawa tempurung meminta sedekah di tanah air sendiri jika hari ini mereka terus lalai dan khayal.

Sementara itu Ketua Himpunan Wanita, Puan Hajjah Saemah Kefli mewakili Himpunan Non-Muslim, Pemuda dan Wanita dalam ucapannya antara lain menekankan, "Dalam
perjuangan kita di bidang politik masa kini bukan sahaja memerlukan kepada pemidato-pemidato yang bijak dan lunak dalam berkata-kata tetapi memerlukan lebih ramai perancang dan aktivis yang pintar dan berpandangan jauh.

Katanya yang paling penting ialah menjadikan diri kita setiap masa sebagai ahli NDP yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan, menjadikan diri kita rajin dan kuat bekerja, sanggup mengorbankan masa dan memegang tanggugjawab yang telah diamanahkan dan sentiasa siap siaga untuk turun padang ke peringkat akar umbi rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan adalah lebih baik lagi sama-sama bebasah bekaring dengan mereka, lebih kerap mendekati dan memeduli masyarakat yang memerlukan bantuan, sepertimana yang di hasratkan oleh KDYMM untuk badan-badan NGO’s turut serta memikirkan isu-isu sosial dan kemiskinan sambil melaksanakan langkah yang bersesuaian.

- Uacapan Dasar Timbalan Presiden-

-Ucapan Ketua Himpunan Wanita selak wakil perhimpunan Himpunan Non-Muslim, Pemuda dan Wanita kali ke 2-

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.