Penuntut Antarabangsa Lawat NDP

 
 

LIMBARUH HIJAU 10 DISEMBER 2007 - SEKUMPULAN TUJUH ORANG penuntut antarabangsa dari Swinburne University of Technology, salah sebuah universiti terkenal di Kuching telah membuat lawatan sambil belajar ke Limbaruh Hijau, markas pusat Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di Jerudong pada pagi Khamis baru ini.

Mereka terdiri dari seorang penuntut dari Australia, seorang dari Brunei, 2 dari China dan 3 dari Indonesia yang sedang belajar di universiti tersebut dalam jurusan Infokomunikasi dan Kejuruteraan.

Rombongan pelawat muda tersebut dibawa

ke markas pusat oleh Dayang Hajah Halimah Janai, Timbalan Ketua Himpunan Wanita NDP dan Dayang Hajah Rosiah Ala, ahli Jawatankuasa Biro Penerangan NDP.

Ketibaan mereka di Limbaruh Hijau disambut oleh Awang Haji Mohidin PDP Haji Othman,
Timbalan Setiausaha Agung NDP, Awang Haji Abdul Majid Haji Abdul Hamid, Setiausaha Kerja di Jabatan Setiausaha Agung NDP (JASA) dan Malai Hassan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa dan Keamanan.

Di sesi lawatan tersebut rombongan pelawat di berikan taklimat ringkas megenai sistem dan struktur pemerintahan Negara Brunei Darussalam, sejarah penubuhan NDP, penerangan mengenai visi, misi dan objektif parti dan struktur organisasi parti. Taklimat di sampaikan oleh Malai Hassan.

Selepas sesi taklimat rombongan di bawa melihat secara dekat pejabat-pejabat yang terdapat di bangunan markas NDP termasuk bilek Presiden.

Sesi lawatan mereka ke NDP diakhiri dengan penyampaian buku perlembagaan NDP sebagai cendera hati kepada

mereka. Cendera hati terebut di sampaikan oleh Awang Haji Mohidin. Rombongan juga menyampaiakn cendera hati kepada NDP yang di terima oleh Awang Haji Mohamad Penghulu Haji Bakar, ahli Lembaga Penasihat NDP.
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.