Pentingnya belajar dari sejarah

 
 


Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP
LUMUT 22 APRIL 2007: PENTINGNYA generasi sekarang memahami dan belajar dari sejarah perjuangan rakyat zaman dahulu, yang hanya berbekalkan semangat patriotisma yang tinngi, rembah bangun mempertahankan kedaulatan raja dan bangsa telah ditekankan Ayahnda Yasin Affandy, Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) semalam.

"Mungkin ada yang berpendapat mengimbau sejarah lama tidak perlu kerana ia tidak akan mendatangkan apa-apa manafaat kepada perjuangan kita masa ini. Pandangan ini kurang tepat kerana ianya sama dengan berpandangan bahawa apa yang kita nikmati pada masa ini tidak ada hubungan langsung dengan apa yang berlaku terdahulu".

"Walhal kenyataannya, segala kemajuan dan perkembangan yang kita sedang nikmati sekarang adalah hasil kesinambungan perjuangan (istana dengan rakyat) sejak dahulu lagi untuk memastikan survival bangsa dan negara tetap terjamn. Perjuangan ini tidak ada noktahnya. Ia akan berterusan hingga ke akhir zaman. Hanya yang akan patah tumbuh, hilang berganti ialah pelaku-pelaku dan semangat-semanagt perjuangan mereka termasuk rakyat jelata yang akan terus didorong oleh naluri untuk terus hidup sebagai sebuah bangsa yang merdeka, bermaruah dan berdaulat", ujar Ayahnda Yasin Affandy ketika berucap di majlis Malam Penghargaan' bagi ahli-ahli Jawatankuasa Acara Lawatan Puteri UMNO Melaka bulan lepas.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Himpunan Wanita NDP (HAWA) dan berlangsung di Fresh Air Cafe di Kampong Lumut.

Di majlis tersebut Ayahnda Yasin Affandy cuba menggambarkan betapa rakyat pada tahun 1950an dan 1960an mempunyai kesedaran bernegara dan berbangsa yang sangat tinggi walaupun pada masa itu rata-rata mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.

"Cotohnya pada satu ketika dulu pernah terjadi 'perang mulut' antara pemimpin di Brunei dan Sarawak dimana kedua-dua belah pihak berbalas-balas pantun melalui radio. Kita selaku rakyat pada masa itu tidak berasa senang dengan keadaan tersebut dan keresahan rakyat ini sampai ketelinga pemimpin di Sarawak".



Awang Haji Aminorashid, Setiausaha Agong NDP menyampaikan sijil penghargaan kepada Awang Peter Saging
"Akhirnya keadaan kembali pulih dan Sarawak pun menghantar wakil ke Brunei untuk memulihkan hubungan dengan Brunei. Kejadian ini melihatkan bagaimana rakyat juga dapat sama-sama memainkan peranan untuk membantu raja dan kerajaan dalam usaha mewujudkan hubungan yang baik dengan negara jiran demi kepentingan keselamatan bersama", jelas Ayahnda Yasin Affandy.

Justeru adalah penting bagi kta mengimbau kembali sejarah lama untuk meihat betapa semangat nasionalisma dan patriotisma itu penting ditanai dan dipelihara serta diperkukuhkan dari masa ke semasa, tambah Ayahnda Yasin Affandy.



Awang Serudin menerima sijil penghargaan dari Ayahnda Yasin Affandy

Menyentuh lawatan Puteri UMNO Melaka ke Brunei dan menjadi tetamu kepada NDP semasa berada di negara baru-baru ini, Ayahnda Presiden menegaskan," lawatan rombongan Puteri UMNO Melaka itu merupakan salah satu lagi perkembangan yang signifikan dalam sejarah perjalanan NDP".

"Puteri UMNO Melaka adalah sayap kepada UMNO yang merupakan parti politik yang terbesar di Malaysia. Lawatan rombongan tersebut ke Brunei dan kesudian mereka menjadi tetamu NDP semasa berada disini melihatkan bahawa NDP adalah parti politik yang relevan dalam perkembangan politik di Brunei walaupun terdapat usaha berterusan dan keinginan sebilangan golongan masyarakat elit pentadbir untuk menggambarkan NDP atau parti politik tidak relevan di negara ini dan tidak ada tempat dalam pembangunan bangsa dan negara".

Tambahnya dalam konteks hubungan persahabatan antara Brunei dan Malaysia, lawatan rombongan Puteri UMNO Melaka itu telah membukakan jalan untuk rakyat kedua-dua buah negara menjalin persahabatan dan persefahaman melalui pelantar politik.

"Hubungan persahabtan yang dibina atas persefahaman dan semangat saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain ini mestilah terus ditanai dan dipelihara kerana ianya boleh menjadi pemudahcara dalam menagani segala masalah dan cabaran yang akan dihadapi bersama dari masa kesemasa", ujar Ayahnda Yasin Affandy lagi.


 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.