Penghulu, Ketua Kampong diingatkan jangan pilih kasih

 
 

RABU 08-08-2007 - KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengingatkan Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampong di seluruh negara agar tidak pilih kasih dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab kepada masyarakat mukim dan kampong.

Baginda Sultan juga bertitah mengingatkan penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampong akan pentingnya mereka memelihara ciri-ciri keunggulan kedudukan mereka sebagai orang yang disegani dan dihormati kerana keselamatan, keamanan dan keharmonian mukim dan kampong bergantung dibahu mereka.

Juga ditekankan oleh Baginda Sultan ialah pentingnya mengerakkan Majlis Perundingan Mukim dan Kampong yang sudah berumur 15 tahun sebagai penyalur khidmat bakti kepada masyarakat dan sepatutnya sudah matang untuk bergerak lebih aktif sesuai dengan perkembangan dan keadaan semasa .

"Majlis Perundingan Mukim dan kampong adalah unik kerana ia berorientasikan masyarakat dan bukannya bersifat individualistik", tegas Baginda Sultan.

Justeru titah Baginda Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua kampong sebagai orang yang disegani dan dihormati hendaklah mengekalkan ciri-ciri keunggulan mereka kerana keselamatan, keamanan dan keharmonian mukim dan kampong bergantung dibahu mereka.

KDYMM bertitah demikian dimajlis perhimpunan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampong seluruh negara kelmarin.

Baginda bertitah sejak penubuhan Lembaga Pengelola Majlis Perundingan Mukim dan Kampong 15 tahun yang lalu banyak usaha dan aktiviti dibuat sama ada dalam bidang keugamaan dan kemasyarakatan mahupun lain-lain seperti bidang kebajikan dan perekonomian.

"Ini semua selaras dengan tujuan penubuhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampong yang sangat diinginkan wujudnya suatu masyarakat sejahtera dan bersatu padu".

"Dalam tempoh yang disebutkan itu Majlis Perundingan Mukim dan Kampong sepatutnya sudah cukup pengalaman dan malah matang untuk bergerak lebih aktif sesuai dengan perkembangan dan keadaan semasa", tegas Baginda Sultan lagi.

Justeru titah Baginda perhimpunan yang dianjorkan adalah bertepatan dengan usaha kerajaan yang ingin melihat pembangunan dan kesejahteraan masyarakat berkeadaan mantap.

"Ini hanya mungkin di capai apabila terdapat kerjasama dan komitmen dikalangan semua lapisan masyarakat terutama pemimpin-pemimpin diperingkat akar umbi. Majlis Perundingan Mukim dan Kampong boleh menjadi saluran berkesan bagi menyalurkan khidmat bakti yang dihajati oleh negara", titah Baginda.

Tambah Baginda mereka yang dimaksudkan boleh sahaja terdiri daripada belia-belia dan orang awam yang akan segera bergabong dengan berbagai golongan seperti mereka yang disampirkan gelaran, pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain.

"Inilah unik nya Majlis Perundingan Mukim dan Kampong. Tren ini sangatlah baik dibanding dengan masyarakat yang bersifat individualistik yang mementingkan diri sendiri".

Menurut Baginda lagi kita sebenarnya sudah lama mengamalkan budaya muafakat, ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul.

"Budaya ini sungguh subur dan hidup di mukim-mukim dan kampong-kampong. Lebih cantik lagi kita di Brunei , mukim dan kampong itu ada penghulu dan ketuanya".

"Apabila disebutkan sahaja mukim dan kampong orang biasanya akan mencari siapa penghulu dan ketuanya. Mereka ini pada lazimnya adalah orang-orang yang amat disegani dan dihormati".

Oleh itu, tambah Baginda Sultan para penghulu dan ketua kampong tidak boleh tidak dikehendaki untuk mengekalkan ciri-ciri keunggulan mereka selaku orang-orang yng dihormati itu.

Negara insya Allah, tambah Baginda akan terus menikmati kehidupan aman, selamat dan harmoni selagi mukim dan kampong masih mempunyai penghulu dan ketua yang memiliki karisma dan kepimpinan berwibawa.

Ini bukan pujian, tegas Baginda Sultan tetapi peringatan bahawa para pengulu dan ketua serta agensi-agensi yang berkenaan adalah mempunyai tanggong jawab besar untuk memeduli anak buah masing-masing tanpa meilih-milih.

"Dalam pemberian perkhidmatan mereka itu, seharusnya tidaklah akan berlaku sikap berbeza-beza. Kita mesti melayani mereka dengan sama rata", tegas Baginda.

Menurut Baginda Sultan masih ada lagi kedengaran tentang sesorang yang mendapat layanan bagus seperti umpamanya dia diisikan dan dhantarkan sendiri oleh ketua borang-borang pemohonan nya ke Jabatan Pembangunan Masyarakat atau ke Jabatan Majlis Ugama Islam sedang seorang yang lain dibiarkan mengurus nya sendiri-sendiri walhal orang-orang kedua ini lah sepatutnya yang lebih diutamakan ditolong kerana keadaannya yang serba kekurangan dan daif ditambah lagi jika kebetulan ia itu tidak pandai menulis dan membaca.

"Ini semua patutlah mendapat perhatian oleh perhipunan ini bahkan wajar untuk menjadi agenda didalam pembentangan kertas kerja", titah Baginda.

NDP Menjunjung titah

Sehubungan dengan seruan dan peringatan Baginda Sultan itu, Presiden dan seluruh anggota-anggota Parti Pembangunan Bangsa (NDP) rasa terpanggil untuk menyambut dan menjunjung titah Baginda Sultan tersebut.

Demi menjunjung titah Baginda Sultan, NDP selaku pelantar politik rakyat akar umbi akan terus berusaha dengan iltizam yang kuat untuk berganding bahu dengan penghulu-penghulu dan ketua-ketua serta memberikan kerjasama kepada Majlis Perundingan Mukim dan Kampong agar insitusi mukim dan kampong ini boleh menjadi saluran berkesan bagi menyalurkan khidmat bakti yang dihajati oleh negara seperti yang dihasratkan Baginda Sultan.

Hasrat Bagindas Sultan ini juga menjadi hasrat NDP dimana melalui manifesto politik pati, NDP telah meluahkan cadangan untuk menyokong dan mendokong segala usaha kearah menjadikan institusi Penghulu / Ketua Kampung sebagai pelengkap kepada jentera pentadbiran Kerajaan Kebawah DYMM di peringkat akar umbi yang bertanggungjawab bagi kebajikan dan kesejahteraan rakyat di mukim dan kampung serta berfungsi sebagai penyalur maklumat dan permasalahan setempat bagi tujuan perancangan pembangunan Kerajaan Kebawah DYMM dan untuk tindakan susulan.

Seperti yang disentuh oleh Baginda Sultan, NDP juga pernah melontarkan cadangan agar dikekalkan sifat tradisi institusi Penghulu dan Ketua Kampong sebagai orang disegani dan dihormati, bebas dari unsur-unsur pilih bulu yang merupakan indong kepada anak kampong tidak kira sama ada anak kampong itu orang politik ataupun orang biasa.

NDP melihat perlunya usaha mewujudkan keharmonian dan kestabilan politik berteras tuntutan semasa yang mengarah kepada ketelusan, keadilan, kesaksamaan, dan keterlibatan rakyat secara menyeluruh dalam semua sistem dan proses politik berpaksikan akauntabiliti dan keterlibatan rakyat dan Kerajaan Kebawah DYMM dengan penuh kematangan.

Justeru sokongan dan kerjasama yang disuarakan dan dihulurkan NDP bertepatan dengan hasrat penubuhan, visi dan misi serta manifesto politik parti untuk menjunjung titah mambangun bangsa dengan memberikan sokogan dan dokongan yang padu keatas segala usaha kerajaan Baginda Sultan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam berterusan menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang selama-lamanya aman sejahtera dan sentiasa mendapat perlindungan dan keampunan Allah jua.

Dari itu Presiden dan seluruh anggota-anggota NDP berharap ianya akan diambil baik dan seperti yang diperingatkan oleh Baginda Sultan, NDP juga berharap penghulu-penghulu, ketua-ketua dan agensi-agensi yang berkenaan tidak memandang serong usaha NDP ini hingga mendorong mereka untuk memilih-milih mana satu lapisan masyarakat sahaja yang layak di terima untuk berkerjasama.

Justeru dalam konteks ini NDP pernah menyarankan agar 'Buku Hijau' Majlis Perundingan Mukim dan Kampong (MPM, MPK) yang tidak membolehkan anggota-anggota pertubuhan siasah memeggang jawatan tertinggi dalam MPM, MPK seharusnya dinilai semula memandangkan ianya sudah disalah tasir dan menjadi penghalang kepada semangat kesataun antara institusi Mukim dan Kampong dengan rakyat yang memilih jalan politik untuk menyalurkan khidmat bakti kepada bangsa dan negara.

Begitu juga halnya dengan peraturan-peraturan yang mengikat dan menjadi penghalang warga perkhidmatan awam dari didekati dan berinteraksi dengan ahli-ahli pertubuhan politik seharusnya dinilai semula agar ia lebih jelas dan bertepatan dengan aspirasi Baginda Sultan untuk membawa pebaharuan dalam perkembangan politik tanah air.

Perkara ini juga telah dibentangkan oleh NDP dalam Manifesto politik nya agar agensi-agensi berkenaan menimbangkan untuk memansuhkan / melonggarkan sebarang peraturan yang menghalang ahli-ahli parti siasah / politik dari menganggotai Majlis Perundingan Mukim / Kampung atau badan-badan tajaan Kerajaan Kebawah DYMM  seumpamanya bagi membolehkan penyertaan mereka yang lebih bermakna di dalam pembangunan mukim dan kampung atau badan-badan tajaan Kerajaan Kebawah DYMM yang lainnya.

Harapan NDP ialah agar dapat diwujudkan iklim politik yang sihat di mana semua kementerian, jabatan dan  agensi-agensi Kerajaan Kebawah DYMM termasuk institusi Mukim dan Kampong yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pemantauan kegiatan politik dan sosial di Negara Brunei Darussalam melalui pendekatan terbuka, mesra dan berhemah dengan parti-parti politik dan badan-badan sosial sesuai dengan nilai-nilai amalan politik Islam dan norma-norma politik antarabangsa dan semangat pembaharuan yang dihasratkan oleh Baginda Sultan.

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.