Pengusaha sawah padi sudah boleh senyum lebar

 
 
  • Isu tunggakan pembayaran akhirnya selesai jua
Awanh Hj Matzin Salleh, Ketua Biro Pertanian dan Indusri Asas Tani NDp bersama Mahmud Shahrani Othman ketika membuat lawatan kerja ke Tembrong


Penanam-penanam padi di Temburong yang telah sekian lama menghadapi masalah tunggakan pembayaran yang berpunca dari kelambatan pihak-pihak tertentu dalam kerajaan melunaskannya sekarang sudah boleh senyum lebar.

Apa tidaknya, pada hari Isnin baru lalu hampir kesemua yang terlibat akhirnya menerima cek pembayaran bagi penjualan balik padi-padi yang telah dibeli oleh Jabatan Pertanian.

Penanam-penanam padi terlibat merupakan anggota-anggota skim pembelian balik padi yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha memudahkan perkembangan industri pertanian di negara ini khususnya dibidang perusahaan penanaman padi.

Semasa lawatan kerja pihak Jawatankuasa Biro Pertanian dan Industri Asas Tani ke Daerah Temburong pada hari Selasa, 16hb Mei yang lalu, Awang Agok Gukang dan Awg Gelawat telah menyatakan kesyukuran mereka diatas pembayaran tunggakan skim pembelian padi Jabatan Pertanian yang telah dibuat.

Mereka dan yang lainnya sebagai penanam padi di kawasan penanaman padi Negalang, Lekiun dan Perdayan juga menyatakan terima kasih mereka kepada pihak NDP yang telah menimbulkan perkara berkenaan ini kepada Jabatan Pertanian yang mana telah mengambil tindakan yang positif, terutama padi yang telah dihantar pada musim 2006/06.

Sehubungan dengan skim seperti ini mereka berharap supaya skim yang serupa bagi pembelian padi dari daerah Temburong bagi penuaian yang selesai dibuat pada bulan Mac 2006 juga perlulah diambil perhatian supaya pembayaran dapat dilaksanakan dengan cepatnya dan tiada tunggakan lagi.

Begitulah kata-kata Awg Agok dan Awg Gelawat iaitu kedua peladang yang bergiat aktif dalam tanaman padi dan berdaya maju pada masa ini di daerah Temburong.

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.