Pengunaan mesin bajak terbokti lebih efisyen
 
 

Penggunaan mesin untuk membajak tanah ladang benar-benar berkesan dan lebih efisyen berbanding menggunakan cara tradsional yang memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Kos menggunakan mesin bajak memang pada hakikatnya menglibatkan kos permulaan yang lebih tinggi berbanding dengan kos menggunakan tenaga manusia. Ia memerlukan modal untuk pembelian mesin tersebut akan tetapi dalam jangka masa panjang ianya lebih menguntungkan kerana ianya lebih efisyen. Penggunaan mesin bajak dan menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti.

Perkara ini diboktikan oleh beberapa orang ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang diberikan peluang menggunakan mesin bajak yang didatangkan khas oleh parti dari negara jiran.

Matlamat NDP ialah utuk memperkenalkan penggunaan mesin secara menyeluruh di sawah-sawah ladang dan tanah-tanah pertanian di negara ini agar ianya dapat meningkatkan produktiviti pertanian dimana akhirnya negara akan dapat dibebaskan dari bergantung penuh kepada makanan import untuk memenuhi keperluan permakanan rakyat dan penduduknya.

Antara langkah lanjutan yang akan diambil oleh NDP ialah menghasilkan mesin bajak sendiri secara kecil-kecilan yang diharapkan akan boleh memenuhi keperluan peladang-peladang dan petani-petani di negara ini

 

Buat masa ini seorang pakar pembuat mesin bajak telah didatangkan khas dari negara Filipina untuk memindah alih teknologi pembuatan ini kepada anak-anak tempatan lepasan sekolah vokasional dan teknikal.

NDP yakin perkara ini boleh dijayakan dan lebih yakin akan berjaya jika mendapat sokongan padu dari agensi-agensi lain sama ada dalam kerajaan atau diluar kerajaan. Insya Allah.  

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.