BANDAR SERI BEGAWAN 25 jun 2007 - WALAUPUN DALAM KESIBUKKAN BERKONGRES NAMUN PRESIDEN NDP, AYAHNDA YASIN AFFANDY mewakili seluruh warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) tetap tidak lupa memberikan penghormatan kepada Allahyarham Haji Matzin Omar yang telah dilantik menjadi Pengerusi Tetap NDP pertama dimusim kongres tahun lalu.
Dalam ucapan dasar, Ayahnda Yasin Affandy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Allahyarham Tuan Hj Matzin Omar.
Beliau telah kembali Kerahmatullah pada 1hb Disember 2006.
Allahyarham dimusim kongres tahun lalu juga telah diberikan tugas besar selaku Pengarah Panitia Kongres NDP pertama selain dari menjadi Pengerusi Tetap NDP untuk mempengerusikan kongres pertama NDP yang lalu itu.