Acara tersebut berlangsung pada malam Jumaat lalu di rumah Ketua Ranting NDP Zon 3C di rumah No 13, Simpang 363-29-36-3 RKPN 7/8 di Kuala Belait.
Awang Haji Aminorashid, selaku tetamu kehormat diacara tersebut berkata antara objektif penubuhan NDP ialah untuk membawa rakyat kearah kesatuan yang kukuh agar dapat bersama-sama menyumbangkan buah fikiran dan usaha untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang sentiasa aman damai, sejahtera, makmur berdaulat dan mendapat keampunan Allah.
Sehubungan dengan itu, tambahnya, NDP adalah merupakan sebuah pelantar politik untuk rakyat menyuburkan semangat kesatuan tersebut serta juga pelantar untuk menyuburkan semangat cintakan bangsa, negara, agama dan raja.
Awang Haji Aminorashid seterusnya berkata dengan penubuhan ranting-ranting di mukim-mukim dan kampong-kampong peluang bagi rakyat memainkan peranan
aktif masing-masing dalam menyumbangkan khidmat bakti mereka kepada bangsa, negara, agama dan raja bertambah terbuka dengan luasnya lagi.
Beliau juga menyeru semua ahli-ahli NDP terutama sekali ahli-ahl Ranting NDP Zon 3C agar sentiasa berpeggang kepada konsep amal makruf nahil munkar seperti yan ditutut oleh agama dalam mereka menggerakkan ranting-ranting masing-masing.