Pelihara kewibawaan NDP

 
 

LIMBARUH HIJAU 7 DISEMBER 2007 - PEMIMPIN-pemimpin dan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di seru agar terus berusaha meningkatkan dan memelihara nama baik NDP yang semakin mendapat sambutan menggalakkan dari masyaakat umum.

"Walaupun NDP dalam perjalanan sejak penubuhannya tiga tahun lepas sering menghadapai berbagai cabaran dan rintangan namun nama NDP semakin dikenali ramai. Masyarakat. umum sudah mula menerima baik kewujudan pertubuhan politik terbesar di negara ini sebagai sebuah institusi politik rakyat yang berwibawa untuk menyuarakan pendapat-pendapat rakyat".

"Begitu juga halnya dengan masyarakat serantau dan antarabangsa sudah mula memberikan perhatian kepada NDP sebagai sebuah pelantar suara rakyat yang berwibawa di Brunei", ujar sdr Mahmud Morshidi Othman di sesi muzakarah ajli-ahli Majlis Tertinggi (MT) NDP dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa dalam MT bersama ahli-ahli Lembaga Penasihat NDP.

"Kewujudan NDP dalam masyarakat juga sudah jelas dapat menceriakan semula suasana politik di negara ini yang sedang melalui proses pembaharuan politik setelah 45 tahun mengalami suasana mendung".

"Justeru amat penting bagi kepimpinan dan seluruh anggota NDP untuk terus berusaha menanai dan meningkatan lagi nama baik dan kewibawaan NDP yang terhasil dari semangat kesatuan, persefahaman dan kerjasama semua lapisan warga NDP", tegas sdr Morshidi.

Dalam usaha memelihara nama baik NDP ini, tambahnya, kepimpinan dan seluruh warga NDP perlulah terus berhati-hati dalam segala tindak tanduk agar tidak terkeluar dari landasan dasar parti.

Sesi muzakarah berlangsung di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong. Awang
Haji Abdul Rahman Yusuf, Pengerusi Tetap NDP mempengerusikan sesi tersebut yang di hadiri oleh hampir kesemua ahli-ahli MT dan ahli-ahli Lembaga Penasihat NDP.

Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy juga turut hadir di sesi muzakarah yang menyaksikan pembentangan pandangan-pandangan berhubung 2 isu semasa iaitu isu penerbitan buku 'Remember, remember...The 8th of December' tulisan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Pengiran Muda Mohamad Bolkiah dan isu semasa berhubung Mesyuarat Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN kali ke 13 di Singapura serta Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Kempala, Uganda.

Isu penerbitan buku 'Remember, remember...The 8th of December' dibentangkan oleh Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait manakala isu ASEAN dan CHOGM disampaikan oleh Malai Hassan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa dan Keamanan.

Antara objektif sesi muzakarah membincangkan isu-isu tersebut ialah untuk memberikan peluang kepada ahli-ahli

Lembaga Penasihat serta kempimpinan tertinggi NDP bertukar-tukar buah fikiran dan pandangan sambil membina minda mengenai hal ehwal dan tren semasa di arena politik dalam negeri, serantau dan antarabangsa.

Harapan NDP agar sesi seperti itu akan membuahkan pasukan kepimpinan tertinggi yang berpandangan terbuka dan jauh, 'up-to-date', berwibawa dan berwawasan.
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.