| |
Peladang-peladang limau manis di negara ini nampaknya selalu menghadapi kerugian besar setiap kali ladang limau mereka menghasilkan buah. Ini kerana beribu-ribu tan limau manis yang dihasilkan itu akan terbuang begitu sahaja akibat masallah pemasaran yang sering mereka hadapi.
Agrinduz Sdn Bhd, anak syarikat Parti Pembangunan Bangsa yang dikendalikan oleh Biro Industri Pertanian dan Asas Tani Parti, telah megenalpasti permasalahan ini dalam kajiselidik yang dijalankan dibeberapa ladang-ladang limau manis di negara ini.
“Industri limau manis di negara ini sebenarnya mempunyai potensi yang sangat baik. Dalam kiraan kasar, ladang-ladang limau manis yang ada sekarang, secara kolektif, dianggarkan dapat menghasilkan lebih kurang 10 metrik tan limau manis dalam sepanjang tahun”.
“Perkara ini sebenarnya memang telah disedari oleh pihak-pihak tertentu terutama sekali pihak Jabatan Pertanian di Kementerian Perindustrian yang telah mengambil inisiatif sejak lebih 10 tahun lalu menggalakkan perusahaan ladang-ladang limau manis di negara ini”, jelas Awang Haji Matzin, Ketua Biro Industri Pertanian dan Asas Tani NDP .
“Inisiatif ini telah pun menampakkan hasil yang sangat-sangat menggalakkan dari aspek penghasilan limau-limau manis di negara ini”.
“Akan tetapi masallah yang kita kenalpasti sekarang ini sedang dihadapi oleh ramai peladang-peladang limau manis ialah dari aspek pemasaran”.
“Rata-rata semua ladang-ladang limau manis yang ada sekarang boleh menghasilkan limau manis yang berkualiti tinggi dengan jumlah yang banyak tetapi masallahnya ramai pengusaha yang kurang berkemampuan untuk memasarkan hasil tanaman mereka itu. Akhirnya banyak hasil-hasil ladang limau manis ini terbuang begitu sahaja”, jelas Awang Haji Matzin memberikan pandangan beliau pada Aspirasi NDP.
“Insya Allah, Agrinduz Sdn. Bhd. akan berusaha menyediakan khidmat (secara komersial yang akan menguntungkan semua pihak) kepada peladang-peladang untuk mengurangkan permasallahan ini. Apa yang akan kita cadangkan kepada peladang-peladang ialah untuk menyediakan pusat-pusat pengutipan hasil-hasil limau manis di satu kawasan yang akan dikenalpasti nanti. Sebagai contoh disatu kawasn di Labi, juga di Temburong dan dikawasan-kawasan pendalaman yang lain dimana terdapat ladang-ladang limau manis”.
Konsep ini akan kita perluaskan juga kepada hasil-hasil tanaman yang lain seperti tanaman padi, lada, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Katanya lagi, “dari pusat-pusat pengutipan ini kita akan membawa hasil-hasil ladang ini untuk dipasarkan dan juga bagi limau-limau manis kita boleh dibekalkan kepada industri-industri pembuatan minuman yang memerlukan bahan mentah seperti limau manis”.
“Perkara ini sudah kita bincangkan bersama peladang-peladang dan juga dengan pihak-pihak tertentu terutama sekali pihak Jabatan Pertanian”, tambah Awang haji Matzin.
“Kita sangat-sangat mengharagi kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Pertanian yang sudi meluangkan masa untuk bermesyuarat dengan pihak kami dalam hal ini dan seterusnya memberikan galakan untuk kami mengambil inisiatif seterusnya”.
Katanya lagi apa yang diharapkan oleh Agrinduz Sdn. Bhd. ialah supaya lebih ramai lagi agen-agen pemasaran yang aktif pada masa ini untuk sama-sama mengambil inisiatif dalam memasarkan hasil-hasil ladang-ladang di negara ini.
“Buat masa ini kita akan menumpukan usaha di Temburong dan dikawasan-kawasan pendalaman di daerah itu. Ini memandangkan pada masa ini, sebagai contoh, hasil-hasil ladang-ladang limau di daerah ini sudah dapat menembusi pasaran di Limbang walaupun kurang di pasarkan di daerah-daerah kita sendiri”, jelas Awang Haji Matzin.
“Dalam langkah awal ini kita akan mengenalpasti ladang-ladang yang akan kita kenalkan dengan konsep pemasaran ini. Kita juga akan mengenalkan konsep berladang secara berkumpulan atau ‘communal farming' dimana peladang-peladang akan berkerjasama dibidang pengurusan ladang, mengiukti kursus-kursus, perbincangan-perbincangan dan lawatan-lawatan secara berkumpulan”.
“Apa yang penting, kita akan berusaha membimbing peladang-peladang menuju kearah kosep ‘Contract Farming', membantu menubuhkan rangkain pemasaran (marketing network) dan juga sama-sama memajukan konsep pusat pengutipan sebagai jambatan penghubung antara peladang dan pasaran”, jelas Haji Matzin lagi.
Dalam hal ini, kita dalam sedikit masa lagi akan menganjurkan satu mesyuarat khas dimana kita akan menjemput semua peladang-peladang termasuklah peladang-peladang limau manis dan pihak-pihak tertentu seperti pihak Jabatan Bandaran, Pejabat Daerah dan juga wakil-wakil dari Jabatan Pertanian, Pusat Pembangunan Usahawan dan Piawaian dari Kementerian Perindustrian dan juga wakil dari Jabatan kastam dan Eksais.
Juga akan dijemput untuk menyertai mesyuarat itu ialah wakil-wakil dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani dari Limbang, Sarawak, tambah Haji Matzin.
Mudah-mudahan melalui mesyuarat ini kita akan dapat mengambil langkah bersepadu untuk mengurangkan masallah pemasaran ini, tegasnya lagi.
|
|