Di mesyuarat tersebut Awang Haji Matzin menekankan petingnya organisasi struktur PIAT dan sistem delivery nya dikemaskinikan untuk memudahkan dan melicinkan lagi perjalanan PIAT merealisasikan objektif penubuhannya iaitu untuk membantu negara mengembangmajukan potensi bidang pertanian dan industri asas tani di negara ini.
Antara matlamat yang ingin dicapai PIAT ialah memberikan khidmat kepimpinan yang boleh memudahkan perkembangan kemajuan petani-petani dan pengusaha-pengusaha disektor pertanian dan industri hiliran asas tani.
Ujar Haji Matzin, PIAT perlu mengenalpasti kelemahan dalam struktur organisasi nya dan memperbaiki kelemahan tersebut agar PIAT boleh bergerak degan lebih efisyen dan efektif lagi dalam usaha merealisasikan objektif-objektif yang telah ditetapkan.
Katanya di tahun 2006 yang lepas, PIAT telah mengungkayahkan berbagai-bagai program kemajuan pertanian dan asas tani dan Alhamdullilah banyak pencapaian-pencapaian yang dibuat dalam masa yang singkat itu dan dengan kapasiti PIAT yang terhad.
Antaranya ialah pengagihan benih beras Marahani kepada petani-petani dalam usaha
menggalakkan mereka mengahsilkan padi dua kali setahun, mengenalkan penggunaan mesin bajak untuk meningkatkan efisensi penanaman dan pengeluaran padi di negara ini dan juga memberikan khidmat nasihat kepada pesawah-pesawah dan petani-petani.
Tambah nya PIAT pada tahun lepas dengan kerja sama Agrinduz Sdn Bhd juga
telah berjaya mengungkayahkan bengkel membuat tauhu, taufu fa dan jam buah-buahan serta begkel perusahaan kolam ikan disamping menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur kepada 40 orang peserta dari NDP.
Semasa lawatan itu mereka telah berpeluang untuk menyaksikan MAHA 2006 iaitu ekpo pertanian dan industri asas tani terbesar pernah danjurkan oleh Mayaisa. Mereka jua berpeluang unuk melihat secara dekat perusahaan padi dan kolam ikan yang berjaya di Malaysia, tambah Awang Haji Matzin.
Menurut beliau PIAT pada tahun 2007 ini telah menyediakan banyak lagi program-program dan aktiviti-aktiviti untuk ahli-ahli NDP yang berkecimpung di bidang pertanian dan industri asas tani.
Dari itu katanya ahli-ahli JK PIAT harus bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ahli-ahli NDP.