PERPADUAN TERAS STRATEGI PERTAHANAN NEGARA

 
 
Limbaruh Hijau. 14 Mac 2007, Mengimbau kembali ucaptamanya bertajuk Kearah Perpaduan Nasional: Cabaran dan Harapan baru lalu, Sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) melontarkan pandangan bagai mana negara boleh mencapai perpaduan nasional sejati dengan memberikan hak kepada yang berhak, menghormati hak orang lain, berlaku adil dan berihsan.

“Inilah teras kepada konsep “Human Security” atau keselamatan manusia yang coba diketengahkan oleh NDP” tegas Sdra Morshidi dalam seminar Iltizam memperkasa Keupayaan Bangsa, yang menjadi tema Hari Kebangsaan Brunei Darussalam ke 23 pada 12 Mac 2007 lalu, diadakan di Limbaruh Hijau, Jerudong.

Betapa tugas menjaga keselamatan negara, mempertahankan keutuhan negara dan menanamkan rasa kesetiaan seluruh rakyat yang luhur terhadap raja, bangsa dan negara adalah tanggung jawab semua lapisan rakyat, justeru seluruh lapisan rakyat mesti disedarkan akan tanggungjawab yang berat dan mencabar ini tanpa lalai.

Namun bagai mana harus digerakkan hasrat ini dalam keadaan jatidiri sebilangan besar rakyat dilihat dalam keadaan lopong (vaccum)?

Pada pengamatan NDP selama lebih setahun kehulu kehilir mendekati rakyat akar umbi membuat pengamatan, pendekatan awal kearah menanamkan jatidiri dan perpaduan nasional sejati yang mesti diusahakan ialah dengan menghurai dua isu besar dan sesnsitif dan berusaha mengangkatnya walaupun berat dan pahit.

Isu-Isu berkenaan ialah, perlunya dilakukan kajian pensejarahan alternitif perjuangan kemerdekaan Brunei agar ianya lebih seimbang disamping menghormati, menilai dan mengiktiraf sewajarnya perjuangan mereka dan keduanya ialah memberikan hak sewajarnya kepada golongan etnik/minority seperti yang dijamin oleh perlembagaan negara dan Syariat Islam sendiri.

Urutan dari itu, adalah menjadi harapan NDP Insyaallah, agar wujud keharmonian dan kesetabilan politik berteras tuntutan semasa yang mengarah kepada ketelusan, kesaksamaan dan keterlibatan rakyat secara menyeluruh dalam semua sistem dan proses politik berpaksikan akauntabiliti dan keterlibatan rakyat dan Kerajaan KDYMM dengan penuh kematangan.

Sdra Morshidi melahirkan kebimbangan betapa kepincangan atau ketidak seimbangan dalam sistem sosial akan mengakibatkan keseluruhan sistem masyarakat akan hilang keseimbangan justeru natijahnya rakyat akan menuntut perubahan dalam sistem negara yang mungkin sukar dikawal.

Dalam konteks strategi pertahanan Malaysia aktiviti membina integrasi rakyatnya merupakan antara pendekatan yang diberikan penenkanan oleh Dato’ Seri Najib Tun Hj Abdd Razak, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Malaysia.

Beliau berkata, keutuhan dan perpaduan diakui sebagai satu daripada asas utama bagi membina pembangunan dan kesejahteraan negara, yang terbukti melalui kesepaduan usaha dan tenaga antara rakyat, pemimpin serta anggota keselamatan.

Katanya, perpaduan masyarakat tidak boleh diabaikan atau diambil mudah, sebaliknya perlu dibina dan dipupuk secara berterusan kerana kepincangan akan mengancam kesejahteraan negara.

“Kita perlu sedar hakikat pertahanan negara tidak boleh lagi dipertanggungjawabkan hanya kepada pasukan keselamatan saja, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai keprihatinan bersama. Ini bermakna sumber negara perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk kedaulatan negara,” katanya.

Demikian antara yang ditekankan oleh Dato’ Seri Najib ketika berucap merasmikan seminar Konsep dan perlaksanaan Hanruh, di Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

Konsep Hanruh ialah satu bentuk persediaan pertahanan membabitkan pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat jelata secara bersepadu untuk mempertahankan negara.

Dua lagi perkara yang ditekankan oleh Dato’ Seri Najib yang perlu diambil kira ialah peranan Hanruh untuk membentuk dan menguatkan ketahanan mental serta minda rakyat khususnya dalam bidang daya tahan ekonomi negara, serta melaksanakan aktiviti membina integrasi rakyat.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.