TITAH KDYMM BAGINDA SULTAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA

PELIHARA NEGARA DARI VIRUS AJARAN SESAT

 
 
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar Wallillahilhamd.

Kita sepatutnya membanyakkan syukur kerana menjadi orang Islam.

Didalam Islam banyak hari dan peristewa yang kita peringati.

Hari hari dan peristewa peristewa tersebut masing-masing dengan nama dan munasabahnya yang tersendiri seperti Hari Raya Aidil Adha, tahun hijrah, peristewa israk dan mekraj dan lain-lain.

Semua hari dan peristewa itu pula rata-rata mengandungi nilai pengajaran dan terbiah.

Sasarannya yang utama supaya jiwa kita sentiasa jinak kepada Islam atau dengan kata lain supaya kita kuat berpegang kepda akidah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuaakbar Wallillahilhamd.

Menyebut tentang akidah ia sering dikaitkan dengan ajaran yang diamalkan.


Jika ajaran itu betul maka dikatakan akidahnya betul. Sebaliknya jika salah maka akidahnya juga dianggap salah dan menyimpang.

Lalu inilah timbulnya istilah popular ajaran sesat.

Beta amat bersyukur kerana negara kita tidak menampakkan tanda-tanda adanya virus ajaran sesat.

Jika ini benar maka bermakna ia adalah satu kelebihan kepada kita.

Namun begitu, ini tidak bererti kita tidak perlu berwaspada kerana virus ajaran sesat itu mudah hidup dan berkembang.

Diakhir-akhir ini kita telah turut membaca dan mendengar tentang satu ajaran yang telah diharamkan tetapi sedang dicoba untuk dihidupkan semula.

Oleh itu beta ingin mengingatkan supaya setiap pintu kita dikawal dan diamat-amati sehingga virs yang merbahaya ini tidak dapat menerobos masuk kedalam negara kita.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillahillhamd.

Beta berharap negara kita akan terus kebal dari sebarang virus ajaran sesat dan untuk itu tentu sahaja kita memerlukan usaha.

Diantara usaha paling efektif kearah ini ialah melalui pendidikan terutama pendidikan awal mesti jelas bahawa subjek ugama tidak akan diabaikan.

Usaha-usha lain termasuklah penyebaran dakwah, khutbah, ceramah dan tulisan.

Kita perkemas semua ini untuk memberikan kefahaman beragama sebaik mungkin.

Insya Allah dengan usaha-usaha berterusan seperti itu akan dapt menyelamatkan kita dan negara daripada sebarang anasir akidah yang tidak diingini.

Allahukbar, Allahuakbar, Allahuakbar Wallilahilamd

Bersukut dengan hari berkat lagi agong Aidil Adha ini beta turut merafakkan doa semoga para jemaah haji kita khasnya yang sedang menjalani kemuncak ibadat mereka akan sentiasa mendapat pemeliharaan Allah SWT sehat afiat dan beroleh haji yang mabrur.

Kepada seluruh rakyat dan penduduk yang berugama Islam pula beta dan keluarga beta tidak lupa mengucapkan Selamat Hari raya Aidl Adha.

Semohga kita semua mendapat perlindungan Allah SWT, dikekalkan didalam iman beroleh kesejahteraan dan kemakmuran yang diridhai oleh Allah.

Tidak ada yang lebih selamat dari berada dibawah inayah Allah dan tidak ada yang lebih nyaman serta sejuk dari rahmat Allah Taala.

Sekian, Wabiillahitaufik Walhidayah wassalamualaikum warahmatuulahi wabarakatuh

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.