LIMBARUH HIJAU 19 OKTOBER 2011- Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah (MPPD) yang diadakan tiga kali setahun anjuran Jabatan Setiausaha Agong (JASA) NDP adalah medan terbaik untuk mendidik dan melatih ahli-ahli parti khususnya ahli jawatankuasa Badan Perhubungan Daerah untuk berhujah dan memberikan pandangan yang bernas selain menghadapkan usul-usul dengan berkeyakinan.

Sdra Haji Taib dan Pengiran Haji Mohammad Pengiran Said mempengerusikan MPPD Q2 |
|
Di medan ini, yang juga harus dilihat sebagai Mini Parlimen akar umbi, ahli-ahli MPPD dan pemimpin akar umbi yang lain berpeluang melatih diri membahaskan isu-isu semasa selain dijadikan pelantar untuk menilai kemajuan dan prestasi parti diperingkat daerah setiap 4 bulan sekali.
Perkara ini ditekankan oleh Setiausaha Agung NDP, sdra Haju Juned Ramli dalam taklimat beliau di mesyuarat MPPD bagi Suku Kedua Tahun 2011 yang telah diadakan pada 15 Oktober 2011 hari Sabtu lepas di Limbaruh Hijau, Markas Pusat Jerudong. Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 50 orang ahli badan Perhubungan. Ia dikendalikan oleh Badan Perhubungan Belait dan telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden yang juga Memangku Presiden NDP Saudara Malai Hassan bin Malai Haji Othman.
Dalam ucapan perasmian itu, beliau telah menyentuh beberapa perkara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat umum khususnya berkaitan titah Kebawah DYMM sejak beberapa hari ini.
Beliau juga menyeru ahli-ahli MPPD dan seluruh ahli-ahli NDP agar terus bergerak dengan aktif memajukkan parti agar terus dilihat sebagai sebua pergerakkan politik yang berautoriti dan berkredibiliti.
Beliau menkankan pentingnya kerja berpasukkan dan menanai semangat kesatuan dalam berhadapan dengan berbagai-bagai rintangan dan cabaran.

Sdra Haji Mohammad Ali Yusuf, Pemangku Ketua Perhubungan Belait |

Sdra Haju Juned Ramili, Setiausaha Agung NDP |

Sdra haji Ismail, Bendahari Agung merangkap Pemangku Ketua Perhubungan Belait. |

Sdri Hajjah saemah, Ketua HAWA merangkap Pemangku Timbalan Ketua Perhubungan Belait
|
Terdahulu sebelum itu Pengerusi MPPD, selaku Pemangku Ketua Badan Perhubungan Belait sdra. Haji Mohd. Ali bin Haji Mohd. Yusof telah memberikan ucapan yang menyentuh tujuan majlis tersebut diadakan antaranya bagi mengongsikan pentadbiran dan pengelaman di setiap daerah dan saling bertukar maklumat dan kegiatan di daerah masing-masing.
Memulakan MPPD selepas perasmian ialah Setiausaha Agung Saudara Juned Haji Ramli yang melaporkan berita dan perkembangan terkini parti.
Menurut beliau sehingga kini hanya 16 buah ranting sahaja yang masih aktif dan berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan mereka dan seterusnya menghantar perwakilan ke Kongres Agung Tahunan Ke-6 yang lepas, manakala 10 buah ranting telah gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan mereka.
Sdr Haji Zaffar Shamsuddin, Ketua Biro Ugama
|

Ak Shahrilan, Ketua Himpunan Pemdua |

Sdra, Abdulrahman Muhammad, Ketua Biro Aduan Rakyat, Cawangan Belait |
Jumlah keahlian menurut urutan keahglian ialah 2,122 orang. Aktibiti parti selepas 28 Mei 2011 ialah Sambutan Bulan Hari Keputeraan Kebawah DYMM yang bermula dari 1 Julai 2001 hingga31 Julai 2011.
Kongres Agung Tahunan Ke-6 yang telah diadakan pada 29 – 30 Julai 2011, Majlis Bertedarus dan Khatamal Quran sepanjang Bulan Ramadahan di Markas Pusat. Rombongan Junjung Ziarah Ke Istana Nurul Iman dan Ulang Tahun Penubuhan NDP. Manakala aktibiti yang akan datang adalah Majlis Haul Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien di Kubah Makam Diraja pada 3 Muharram 1433 / 29 Nobember 2011 dan Majlis Ulang |
Tahun Penaikan Bendera Sang Setia pada 1 Disember 2011 di Markas Pusat.
Setiausaha Agung juga mengingatkan kepada semua yang hadir agar sentiasa mendampingi ahli-ahli parti dan masyarakat di kawasan masing-masing. Sifat suka memeduli dan mengalinga mereka akan dapat menaikkan imej parti selain sebagai satu sumbangan besar dalam meyakinkan mereka bahawa NDP adalah sebuah parti untuk semua rakyat tanpa mengira agama, kedudukan, bangsa dan amalan.
Beliau juga mengingatkan bahawa pada Kongres agung Tahunan Ke-7 nanti kita akan menyaksikan pemilihan kepimpinan dari semua peringkat.
Oleh itu beliau menyeru supaya semua ahli bersedia dan meneliti bakal pemimpin-pemimpin yang mereka yakini akan dapat memimpin mereka sambil mengingatkan mereka akan hadis Nabi Muhammad SAW yang telah diriwayatkaan oleh al-Hakim yang berbunyi...“Sesiapa yang mengangkat seseorang bagi mentadbir hal ehwal suatu masyarakat, sedang dalam masyarakat tersebut ada orang yang lebih diredai Allah daripadanya. Maka ia telah berkhianat kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin”
Beliau menambah bahawa bagi sebuah parti politik yang penting ialah survival atau kesenimbungan hidup parti.
Pemimpin boleh datang dan pergi. Tak ada siapa yang akan kekal. Tapi parti dan perjuangan mesti dipertahankan. Akhirnya beliau memaklumkan bahawa Laporan Kongres Agung Tahunan Ke-6 telahpun siap dan akan dihadapkan Kehadapan Majlis Kebawah DYMM pada minggu hadapan.
Beberapa orang ahli MPPD telah menyuarakan kebimbangan berhubung penyeludupan minyak ke negara jiran yang semakin sehari semakin membimbangkan kerana merugikan Negara.
Subsidi minyak yang diberikan kepada rakyat Negara ini telah melimpah kepada orang luar yang bukan berhak menerimanya. Isu pengagihan projek-projek kerajaan yang banyak terlepas kepada orang asing daripada projek kecil saperti memotong rumput hingga ke projek besar. Mereka mahukan supaya pembangunan dan projek kerajaan akan dapat dinikmati dan diikutsertai oleh rakyat bukan hanya melihat.
Antara resolusi yang diputuskan di MPPD itu ialah menyokong sepenuhnya hasrat dan titah Kebawah DYMM Sultan supaya pelaksanaan kedua-dua Sistem Perundangan dan Kehakiman Syarak dan Sivil secara seiring , disegerakan. Mengenai survival atau kesenimbungan NDP mereka bersetuju untuk meneruskan perjuangan parti walaupun menghadapi tekanan, kekurangan ahli dan apa jua rintangan, perjuangan kata mereka tetap diteruskan. |