Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

PERUTUSAN AIDIL FITRI PRESIDEN NDP

Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang

Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar

Alhamdullilah

Syukur ke hadrat Allah Subhan Allah Ta'ala kerana dengan izin dan keredhaanNya jua kita telah berjaya menempuh bulan Ramadan al-Mubarak dengan penuh ketaatan dan ketekunan.

Tiadalah hadiah kejayaan yang terlebih besar dan istimewa dari kejayaan

memperoleh status takwa. Mudah-mudahan ketakwaan ini akan mendorong kita untuk terus beristiqamah dalam menanai perjuangan yang serba mencabar ini.

Insya Allah kejayaan, bukan sahaja dalam urusan dunia malahan kejayaan di akhirat yang kekal abadi, akan mudah kita kecapi selagi kita terus bertakwa.

Dikesempatan ini saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada semua warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) serta umat Islam sekalian agar status takwa yang telah kita perolehi di bulan ramadhan yang mubarak itu akan terus kita pelihara dan pertingkatkan lagi.

Marilah kita berdoa agar kejayaan Ramadan akan terus menjadi obor pembimbing kita pada setiap ketika walaupun Ramadan al-Mubarak telah berlalu.

Syawal yang kita sambut kedatangannya hari ini merupakan hari kemenangan kita menempuh segala cubaan dan dugaan untuk mendapat kurniaan rahmat, pengampunan dan pembebasan daripada api neraka pada bulan Ramadhan. Ia adalah bulan kembalinya manusia kepada fitrah setelah sebulan mujahadah puasa.

Kita panjatkan syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah subhanahu Wata’ala atas nikmat yang besar ini.

Marilah kita sambut kedatangannya dengan takbir bukannya sebagai satu tradisi sahaja tetapi dengan menghayatinya bahawa tiada yang lebih besar selain Allah Yang Maha Kuasa.  

Untuk akhirnya saya menghulur jari sepuluh memohon ampun dan ma'af atas segala kesilapan dan terkasar bahasa.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.