Paderi Terry Jones telah mensahkan kelamrin melalui siaran 'NBC Today Show' bahawa gereja yang dipimpinnya di Florida tidak akan melaksanakan rancangan tersebut yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
Namun demikian beliau melalui siaran tersebut seolah-olah telah mengisytihar satu kemenangan bagi pihak gerejanya.
"Matalamat kami sebenarnya ialah untuk mendedahkan bahawa terdapat elemen-elemen yang berbahaya dan radikal dalam al-quran dan matlamat ini telah tercapai", jelasnya.
Sementara itu dalam perkembangan yang lain seorang rakyat Amerika telah mengoyak dan membakar senaskah al-Quran berdekatan sebuah tapak yang dalam perancangan untuk pembinaan sebuah pusat kemsayarakat dan balai ibadat Islam dekat 'Gorund Zero.
Sebuah gereja kecil lagi iaitu 'Westboro Baptist Church' di Amerika pula mengancam untuk meneruskan membakar al-Quran berikutan langkah Paderi Terry Jones menarik balik ugutan beliau itu.
Pada masa sama Geert Wilders, ketua Freedom Party dari Netherlands yang terbilang dengan kempen berterusan menghina Islam telah dijadualkan memberi ucapan dalam satu perkumpulan memperingati insiden 9/11.
Dalam lain perkataan musuh-musuh Islam ini tidak lagi awar galat dan tidak akan berhenti menghentam dan memburuk-burukkan Islam.
Dan malangnya umat Islam hari ini hanya mampu bangkit untuk berdemonstrasi dan memprotes. Pihak-pihak yang memusuhi Islam tidak lagi menghormati dan gerun kepada umat Islam 'yang ramai tetapi umpama buih air bah'.
Bagaimana pula Islam kita dan umatnya di Brunei? Apakah kita sudah benar-benar yakin Islam akan terus bersinar di Brunei dan akan terus dihormati dan digalati apabila jenerasi pelapis mengambil alih untuk terus membangunkan negara dan rakyat dimasa mendatang ataupun kita juga seperti buih?
Wallahuwalam!!!.
Melihat tren semasa dan perkembangan generasi muda di era globalisasi yang serba mencabar ini memang wajar kita bimbang akan masa hadapan Islam dan negara kita yang sudah dikenali sebaga sebuah negara Islam ini.
Kebimbangan ini jelas telah digambarkan dalam khutbah pertama Aidil Fitri yang disampaikan dari mimbar-mimbar masjid seluruh negara.
Tetapi berapa ramaikah kita umat Islam yang hadir menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri menghayati mesej tersebut?
Allah sahaja yang maha mengetahui. Penulis sediri terkilan mendengar beberapa jemaah berdekatan berbisik-bisik..."panjang jua khutbah ani eh!!!
Kita terkilan melihat keolahan ini kerana ia semacam mengambarkan kelemahan jati diri orang Islam Brunei terutama jenerasi pelapis seperti yang digambarkan dalam khutbah tersebut.
Justeru wajar khutbah Adil Fitri 1431 kali ini membangkitkan isu ini dan meluahkan kebimbangan tersebut serta memperingatkan kita bahawa Allah SWT telah memberi panduan kepada kita dengan firmanNya dalam Surah Al Bakarah ayat 143 yang maksudnya:
"Dan demikianlah kami menjadikan kamu umat yang pertengahan sebagai umat yang adil dan pilihan supaya kamu menjadi saksi keatas manusia tentang yang benar dan yang salah dan rasullullah pula akan menjadi saksi keatas perbuatan kamu".
Ayat al Quran ini, menurut khutbah tersebut, secara tidak langsung memerintahkan supaya umat Islam dapat menjadi contoh tauladan yang baik dan sempurna kepada dunia, supaya umat Islam menjadi pusat perhatian orang lain dalam menjalani kehidupan di dunia ini dengan demikian orang lain akan tertarik mengikut Islam, masuk agama Islam dan mengamalkan kaedah-kaedah Islam.
"Tetapi kita lihat sekarang betapa orang Islam menjadi lemah, hanya menjadi pengikut kepada orang lain dengan kata lain bagaimana orang lain akan tertarik kepada agama Islam sedangkan para pengikut agama Islam sama sahaja tidak lebih baik daripada orang lain".
"Umat Islam tentu tidak dapat menjadi contoh tauladan kalau cara hidup mereka tidak berbeza dengan orang lain".
"Perkara itu kita lihat dalam cara kehidupan golongan muda yang lebih banyak mengamalkan budaya bukan Islam, budaya asing yang hanya mementingkan kesukaan dan kegemaran termasuklah Hari Raya".
"Malah hari perayaan lain seperti awal tahun masehi, hari krismas telah disambut dengan lebih mariah dengan acara-acara yang sangat menarik hati sama seperti perayaan agama sendiri".
"Dimanakah dia jati diri golongan muda yang mengaku beragama Islam ini?"
Khutbah trersebut seterusnya meluahkan kebimbangan berikut:
"Mereka dimasa hadapan akan menjadi tunggak pembangunan umat Islam bakal mengganti keturunan yang ada pada masa ini".
"Tetapi dapatkah umat Islam mempertahankan nilai-nilai agama dan kemurniaan Islam jikalau sekiranya golongan pelapis yang muda pada masa ini sudah sedari awal tidak boleh diharapkan sangat?"
"Iman yang lemah, jiwa yang lemah, akhlak yang runtuh tidak tahan ugut hanya mencari sesuatu yang mudah dan tidak sanggup berusaha untuk mendapat hasil sebaliknya hanya sanggup menadah tangan meminta-minta dan menerima".
"Mereka itu terlibat pula dalam gerakkan anti sosial seperti menjadi penagih dadah, melakukan perbuatan sumbang dan lain-lain".
"Oleh sebab itu kita semua terutama pihak ibu bapa dan para pemimpin belia hendaklah bangun menyedarkan mereka yang masih lalai yang terperangkap dalam godaan kehidupan yang merugikan umat ini".
"Kita tidak lagi boleh enggan atau lalai walaupun sekejap sahaja atau malas tah ku ingau", seru khatib-khatib dari mimbar-mimbar masjid seluruh negara.
Khutbah juga mengimbas sabda Nabi SAW yang telah mengingatkan umat Islam dalam sebuah hadis yang berkamsud:
"Daripada Suban ia berkata telah bersabda Rasulullah SAW, hamper semua umat (bukan Islam) akan berkumpul melawan kamu sebagaimana penyakit kulit berkumpul ditempat tumbuhnya. Para sahabat bertanya: Adakah pada masa itu kita sedikit ya Rasullullah? Sabda baginda: Tidak, malah kamu pada masa itu ramai tetapi kamu telah menjadi seperti buih air bah. Allah Ta’ala telah menarik rasa takut musuh terhadap kamu daripada hati mereka dan Allah telah memasukkan kedalam hati kamu ‘Alwaun’ (lemah). Mereka bertanya., “Wahai Rasullullah apakah dia makna ‘alwaun’ (lemah) itu?” Rasullulah menjawab, “Ianya perasaan saying kepada dunia dan takut mati”.
Khutbah seterusnya memperingatkan kita bahawa "Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasullulah SAW. Kita lihat dimana-mana umat Islam, seolah-olah dengan mudah diolah-olahkan oleh orang lain dan umat Islam hanya sanggup meminta, mengadakan protes tetapi orang tidak merasa gentar".
"Benarlah sabda Rasullullah umat Islam menjadi buih kerana sebenarnya umat Islam telah dididik dengan perkara yang menyebabkan jiwa mereka lemah, mudah tunduk dan mengalah iaitu pertama-tama: godaan segala kemudahan dan kesenangan yang melalaikan. Perkara ini telah menjadi larangan Allah kepada umat Islam sebagaimana yang disebutkan dalam surah Fatir ayat 5 yang tafsirnya:
"Wahai umat manusia sesungguhnya janji Allah membalas amal adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah shaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan kemurahan Allah lalu kamu lalai dan menderhaka”.
Diperingatkan lagi dalam khutbah tersebut bahawa Allah telah memperingatkan umat manusia dalam surah An-Nahl (112) tafsirnya: "Dan berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar, Allah telah memberikan satu contoh: sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezeki yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan”.
Sehubungan dengan ini Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengalu-alukan khutbah Aidil Fitri tersebut.
NDP akan menjadikan mesej tersebut sebagai pembakar semangat untuk meneruskan usaha dan perjuangan menjunjung titah membangun bangsa kearah menjadikan Negara Brunei 'Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghaffur'. Insya Allah. (MHO)