Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Amalkan tuntutan hukum syara'

Gambar ehsan Pelita Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 September.- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar' Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Titah Perutusan Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun1431 Hijriah/2010 Masihi menyeru umat Islam di negara ini supaya mengamalkan ketentuan hukum syara' dengan semangat keta'atan yang tidak pernah padam.

Walau pun manusia, zaman dan keadaan terus berubah tetapi agama tegas baginda tidak berubah kerana jika seribu lebih tahun dahulu, umat Islam menyambut 'Idil Fitri' maka sekarang pun ia terus disambut.

"Itulah agama. Ajarannya tidak mengalami sebarang perubahan. Jika seribu lebih tahun dahulu orang menyambutnya dengan takbir, maka sekarang pun kita menyambutnya dengan takbir juga dan malah, ungkapan takbir itu tidak berubah.

Kalau seribu lebih tahun dahulu diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah, maka sekarang pun hukum itu berjalan terus," tegas baginda.

Peluang untuk beramal yang ada sekarang iaitu sementara hayat dikandung badan perlu direbut kerana baginda percaya jika sudah datang ajal peluang sedemikian tidak akan ada lagi.

Oleh itu baginda menyeru umat Islam supaya jangan mogok dari melakukan keta'atan kepada Allah.

Baginda seterusnya kurang bersetuju terhadap amalan atau sikap segelintir orang yang menjadikan Hari Raya penuh dengan kegiatan-kegiatan anti ta'at seperti tidak atau cuai untuk melakukan sembahyang, disebabkan oleh terlampau sibuk dengan aktiviti-aktiviti hiburan dan seumpamanya.

"Atau setengahnya itu, ada yang sampai berbelanja dengan berlebihan sehingga ke tahap boros atau membazir. Ini semua bukanlah Hari Raya tetapi hari mengundang dosa," tegas baginda dalam Titah Perutusan menjelang Syawal yang disiarkan melalui Radio dan Televisyen Brunei ke seluruh Negara.

Pelihara kurniaan Allah

Sementara itu dalam titah yang sama Baginda Sultan menyeru agar semua umat Islam di Negara Brunei Darussalam akan terus kekal beroleh kekuatan dan petunjuk demi mempertahankan dan memelihara segala kurniaan yang ada.

"Untuk dunia yang fana ini pula kita juga sentiasa bergantung kepada rahmat Allah, semoga dengan kemurahan-Nya jua, kita dan Negara, akan terus dilimpahi dengan nikmat dan 'inayah-Nya berupa keamanan, keselamatan dan kemakmuran," titah baginda dengan penuh harapan.

Terdahulu dari itu baginda juga bertitah umat Islam setelah keluar dari perjuangan besar selama sebulan telah berjaya menundukkan musuh besar yang bernama hawa nafsu di samping dijanjikan dengan pahala berlipat ganda dari perjuangan tersebut.

"Tetapi kemudian mengapakah kita harus mengakhirinya dengan menghadiahkan kemenangan percuma kepada musuh yang telah ditewaskan itu?.

Ubaya-ubaya, para iblis syaitan sekarang sudah bebas semula setelah sebulan dibelenggu. Mereka itu dengan hati yang amat sakit menyaksikan kita mengaut pahala dengan berpuasa, membaca Al-Qur'an dan berterawih. Lalu apabila mereka bebas, tidakkah kerja tradisi mereka akan bermula pula untuk memperdaya umat Islam supaya menderhakai Allah?," tegas baginda memberikan peringatan melalui titah perutusan sempena Hari Raya yang disiarkan melalui Radio dan Televisyen Brunei menjelang Syawal.

Baginda seterusnya bertitah penderhakaan itu boleh saja berlaku dengan mudah khasnya apabila umat Islam terlampau asyik atau leka dengan bersukaria.

Dalam Titah Perutusan tersebut baginda dan keluarga dengan hati yang tulus ikhlas mengambil kesempatan mengucapkan 'Selamat Hari Raya 'Idilfitri Al-Mubarak kepada sekalian rakyat jelata dan penduduk, khasnya mereka yang beragama Islam, di mana juga mereka berada. (Dipetik dari Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.