Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

UCAPAN PERUTUSAN AIDIL FITRI PRESIDEN NDP

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAM

Assalamualaikum WBT, Salawat serta Salam Ke Atas Junjungan Kita Nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat dan sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut Baginda sehingga ke akhir zaman.

Sempena hari baik di bulan mulia dan penuh keberkatan ini, saya selaku Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di mana saja mereka berada, terutama sekali umat Islam di Negara Brunei Darussalam khususnya kepada kaum Muslimin dan Muslimat anggota-anggota Parti Pembangunan Bangsa.

Dengan menyusun jari sepuluh, saya memohon ampun dan maaf jika sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan sepanjang bersama dalam NDP.

Dalam kesempatan ini saya juga tidak lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzadien Wadaullah, Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam bersama dengan kerabat-kerabat baginda.

Dengan sembah penuh kasih sayang dan taat setia saya bagi mewakili seluruh anggota Parti Pembangunan Bangsa menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan memanjatkan doa semoga KDYMM Baginda Sultan kekal karal duduk di singgah sana menjadi tampuk pemimpin yang bijaksana dan adil saksama. Amin..

Setelah sebulan kita semua sebagai Umat Islam berjuang menahan lapar dan dahaga di sepanjang Bulan Ramadhan bagi mendapatkan keampunan dan rahmat daripada Allah SWT dan semoga segala amalan yang kita lakukan di sepanjang bulan Ramadhan yang baru saja meninggalkan kita akan mendapat tempat di sisi Allah SWT dengan memberikan kepada kita keampunan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat sepertimana yang dijanjikan kepada setiap hambanya yang membanyakkan amalan di bulan Ramadhan bulan pengampunan dan Mubarak.

Dalam kita bersuka ria menyambut ketibaan Syawal yang berbahagia, janganlah kita lupa kepada mereka yang sudah tidak dapat bersama-sama dengan kita semua kerana telah terlebih awal meninggalkan kita, marilah kita sama-sama memanjatkan doa semoga mereka sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang Solleh.

Sepertimana yang kita semua maklum pada tahun ini Majlis Junjung Ziarah Ke Istana Nurul Iman tidak dibukakan bagi mengawal keselamatan ekoran jangkitan wabak penyakit yang sangat membimbangkan H1N1 yang turut melanda negara kita, kerana setiap tahun NDP tidak pernah ketinggalan untuk menyertai sama barisan ribuan orang yang datang setiap hari untuk Junjung Ziarah Kehadapan Majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan serta kerabat-kerabat Baginda di hari yang mulia ini. Dan dalam masa yang sama kita semua berkesempatan mengeratkan ikatan muhabbah kita apabila kita berkumpul di dalam majlis yang diadakan selepas junjung ziarah itu diadakan di Limbaruh Hijau.

Tapi pada tahun ini bagi menghormati larangan-larangan pihak-pihak tertentu terutama sekali demi keselamatan kesihatan, maka kita juga tidak dapat bersama-sama dalam perhimpunan itu pada tahun ini.

Bagaimanapun saya tetap menyeru kepada seluruh warga NDP supaya tidak akan pernah kendur-kendur dalam memberikan sokongan dan dokongan terhadap perjuangan partai ini, demi kemakmuran, kemajuan dan kejayaan negara dan bangsa supaya terus menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja , Aman Makmur dan Mendapatkan Keampunan Dari Allah SWT.

Selain itu saya juga sukacita ingin berpesan kepada semua warga NDP supaya sentiasa mengamalkan sikap bersederhana dalam menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang mulia ini, Hari Raya adalah merupakan hari kemenangan kepada mereka yang telah berjaya menempuh dugaan sepanjang bulan Ramadhan, dan hari kebahagiaan buat kanak-kanak tetapi hendaklah menyambutnya dengan penuh kesyukuran Ke Hadrat Allah, dan tidak mengamalkan sikap membazir kerana sikap itu adalah sikap yang dibenci oleh Allah SWT.

Apa yang paling penting ialah kunjung berkunjung antara satu sama lain dan dengan penuh ketulusan dan keikhlasan yang datangnya daripada hati yang suci bersih saling menghulurkan tangan bermaaf-maafan sesama kita, meminta diampunkan segala kesalahan, dan dihalalkan segala yang termakan dan terminum.

Mudah-mudahan hari raya pada tahun ini akan dapat membawa kita semua kepada kebahagiaan, kemakmuran dan penuh dengan kesedaran sentiasa bersykur atas nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

Sebelum saya mengundurkan diri, sekali lagi saya sukacita mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dan saya berdoa semoga kita akan dapat di pertemukan Allah SWT lagi pada tahun yang akan datang.

Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah

Assalamualaikum WBT.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.