LIMBARUH HIJAU 19 OGOS 2009 - BARISAN kepimpinan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ranting Bebuloh wajar dijadikan contoh oleh ranting-ranting NDP yang lain dalam usaha ranting tersebut memajukan parti diperingkat akar umbi khusunya dalam kelompok masyarakat pendalaman sebagai sebuah pargerakkan politik rakyat yang pemedulian dan relevan.
Baru-baru ini contohnya, Setiausaha, sdra Erin bin Kisar serta beberapa ahli-ahli jawatankuasa Majlis Eksekutif Ranting Bebuloh telah mengambil inisiatif untuk membuat kunjungan kepada beberapa ahli-ahli Ranting Bebuloh yang bermasalah.
Tujuan lawatan tersebut ialah untuk melihat secara dekat masalah-masalah yang dihadapi oleh beberapa orang ahli NDP di Bebuloh.
Turut diundang untuk bersama membuat lawatan kerja MER Bebuloh itu ialah sdra Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden NDP, sdra Mantar Perayam, Ketua Biro Hubungan Antara Kaum, sdra Mahmud Besiuni (Bung Hasnan) dan sdra Ahmad Timpus (warga JASA).
Lawatan kerja dimulakan dengan kunjungan muhibbah ke rumah usang Awang Tuba bin Rumbai dan keluarga yang terletak terpencil jauh iaitu sekitar 360 meter dari jalan di simpang 705/3 Bebuloh.
Untuk sampai ke rumah Awang Tuba, kita terpaksa berjalan kaki merentas sawah padi.
Beliau berasal dari Kampong Paya Karangan, sebuah perkampongan Brunei yang terletak dalam kawasan persempadanan yang dipertikai Brunei dan Malaysia iaitu sekitar 5 kilometer menuju ke Limbang dari kawasan kawalan post imigresen sementara Limau Manis. Beliau dan keluarga berpindah ke kawasan sekarang untuk mengusahakan ladang buah-buahan dan untuk bercucuk tanam. Menurut Awang Tuba kawasan perladanagan tersebut merupakan tanah warisan keluarga beliau.

Untuk bekalan air Awang Tuba terpaksa menakung air hujan
|

Cucu Awang Tuba sedang nyenyak tidur dalam hutan
|
Dalam perjumpaan tersebut Awang Tuba menjelaskan hasrat beliau dan keluarga 4 tahun lalu untuk berpindah dan mengusahakan tanah warisan tersebut memandangkan tidak ada perkembangan yang mengalakkan ketika itu dalam perundingan antara Brunei dan Malaysia mengenai isu sempadan khususnya mengenai kedudukkan mereka selaku rakyat KDYMM di Kampong Paya Karangan dan di beberapa kampong-kampong dalam kawasan Limbang yang masih diduduki oleh rakyat Brunei.
Sejak berpindah ke kawasan tersebut beliau telah cuba memohon untuk mendapatkan bekalan air dan letrik, tetapi hingga kini belum lagi dapat dipertimbangkan.
Beliau dan keluarga meluahkan harapan agar masalah mereka dapat diberikan perhatian oleh pihak-pihak berwajib.
Dari rumah Awang Tuba rombongan bergerak ke rumah Awang Mohamad Azman bin Abdullah dan keluarga yang terletak di kawasan perumahan Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah di Bebuloh.
|

Tidak ada jalan menuju rumah Awang Mohamad Azman
|
Dalam kunjungan yang singkat itu rombongan mendengarkan aduan Awang Mohamad Azman, seorang mualaf, mengenai masalah jalan menuju ke rumah beliau.
Katanya semasa rumah tersebut dibina oleh Yayasan tidak ada jalan kecil disediakan menuju ke rumah beliau membuatkan agak susah bagi beliau untuk menuju ke rumah mengunakan kereta terutama ketika musim hujan.
Beliau telah memohon bantuan kepada Jabatan Kerja Raya dan telah diluluskan akan tetapi jiran-jiran beliau tidak membenarkan pembinaan jalan kecil merentasi kawasan mereka.
Dalam pertemuan tersebut beliau memohon jasa baik NDP agar dapat membantu beliau menyelesaikan masalah tersebut.
Rombongan selepas perjumpaan dengan Awang Mohamad Azmi terus bergerak ke rumah Dayang Nur Amirah binti Hasman @ Dayang Jamilah binti Karani, seorang lagi keluarga mualaf yang menghadapi masalah kehidupan yang serba kekurangan.

Di rumah Dayang Nur Amirah
|
|
|
Dayang Nur Amirah juga merupakan rakyat KDYMM yang berasal dari Paya Karangan dan terpaksa berpindah ke Bebuloh untuk memudahkan beliau menyekolahkan anak-anak yang masih kecil.
Suami Dayang Nur Amirah merupakan penduduk tetap Brunei pemeggang kad pengenalan ungu dan berkerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di Muara.
Dengan pendapatan yang kecil Dayang Nur Amirah dan 5 orang anaknya terpaksa menyewa sebuah rumah usang di Bebuloh yang tidak mempunyai bekalan letrik.
Dalam perjumpaan tersebut Dayang Nur Amirah mengadukan masalah beliau untuk mendapatkan bantuan kebajikkan dari beberapa agensi kerajaan tetapi malangnya telah ditolak atas alasan tidak mencukupi syarat. Beliau juga turut menaruh harapan agar masalah yang dihadapi beliau dan keluarga dapat diberikan perhatian sewajarnya demi masa depan anak-anak yang masih kecil.

Di rumah Awang Manang
|
|
|
|
Selepas itu rombongan mengakhiri lawatan dengan membuat kunjungan muhibbah ke rumah Awang Manang bin Silai, Ketua Badan Kebudayaan dan Kraftangan Puak Bisaya.
Diperjumpaan tersebut rombongan mendengarkan perkembangan hubungan kerjasama yang baik yang telah dijalin antara persatuan tersebut dengan MER NDP Bebuloh dalam sama-sama memajukan budaya dan warisan puak Bisaya.
Menurut Awang Manang beberapa bengkel kraftangan telah diadakaan dengan penyertaan beberapa ahli-ahli NDP Bebuloh dan beliau memandang kehadapan untuk berkerjasama dengan NDP dalam usaha memajukan hasil kraftangan puak Bisaya.
Dikesempatan itu beliau juga mengongsikan masalah tanah susur di belakang rumah beliau dengan harapan agar NDP dapat menghulurkan khidmat bakti memanjangkan masalah tersebut kepada pihak-pihak tertentu terutama mengenai kos untuk membiaya kerja-kerja membaiki tanah yang telah susur dan menimpa belakang rumah beliau.