Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Semangat Kejiranan Malaysia, Brunei Harus Dikembangkan - Najib

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia dan Brunei harus menumpukan usaha ke arah memperluaskan lagi bidang-bidang kerjasama atas semangat kejiranan serta ikatan agama, budaya dan bahasa.

Beliau berkata kerajaan Malaysia sememangnya serius dalam perkara tersebut, yang terbukti apabila seramai tujuh menteri persekutuan dan dua ketua menteri dibawa untuk menyertai lawatannya ke Brunei.

"Patik percaya bahawa perjumpaan-perjumpaan yang telah diadakan antara menteri dari kedua-dua negara sebentar tadi telah membuka jalan kepada perluasan bidang kerjasama untuk manfaat rakyat di kedua-dua negara," katanya ketika berucap pada majlis jamuan negara, yang dihoskan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di sini malam ini.

Najib, yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Brunei, mengadakan pertemuan empat mata dengan pemimpin Brunei itu awal hari ini sempena dengan Rundingan Tahunan ke-13 antara kedua-dua negara.

Katanya sejak dahulu lagi Brunei sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia dan apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan Malaysia, mencetuskan idea pembentukan Malaysia pada 1963, Brunei turut diundang.

"Malaysia menghargai Brunei kerana telah menjadi negara jiran yang baik dan terus aman makmur," katanya sambil menambah bahawa Malaysia dan Brunei telah menjalin hububungan diplomatik selama 25 tahun, yang telah dipertingkatkan dengan kerjasama dalam pelbagai bidang ekonomi, sosial dan budaya.

Terdahulu Sultan Hassanal Bolkiah, yang yakin dengan pimpinan Najib akan terus mengeratkan perhubungan kedua-dua negara berkenaan, bertitah kerajaan dan rakyat Brunei akan terus bekerjasama dengan pentadbirannya.

Baginda mengalu-alukan penyertaan pelabur Malaysia dalam projek infrastruktur di Brunei, termasuk projek perumahan dan turut memberi penghargaan kepada lebih 14,000 warga Malaysia yang sedang berkhidmat dan membantu negaranya dalam bidang pembangunan.

"Telah tiba masanya untuk kita menumpukan usaha sebagai rakan bagi mempromosi kerjasama ekonomi, terutama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga dan pelancongan, yang dapat dipermudahkan lagi dengan adanya beberapa mekanisme dua hala yang sedia wujud terutamanya Perundingan Tahunan semenjak 1997," titah baginda.

Baginda bertitah perundingan itu amat berfaedah untuk menilai dan menyelaras serta meningkatkan lagi kerjasama manakala penyelesaian masalah "sempadan laut" bagi kedua-dua negara itu juga menandakan wujudnya kesetiakawanan yang sihat. -- BERNAMA

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.