Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Semangat Hari Raya terus hidup

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 20 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan walaupun pada tahun ini, sambutan Hari Raya ditakdirkan berbeza dari tahun-tahun yang lalu, namun semangatnya tetap tidak pudar, malah terus hidup dan subur di sanubari setiap individu.

“Tempat-tempat ibadat akan terus meriah di pagi Hari Raya, sebagaimana lazimnya. Umat Islam tua muda, dengan keimanan di dada, akan melakukan Sembahyang Sunat Aidilfitri di masjid-masjid dan surau-surau,” titah baginda dalam Titah Perutusan Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 1430 Hijriah/2009 Masihi yang disiarkan melalui Radio dan Televisyen Brunei ke seluruh negara.

Baginda berkeyakinan, inilah sebenarnya puncak kemeriahan dan keberkatan, di mana jika ini dapat dibuat dengan sempurna, maka itulah kepuasan yang sebenar-benarnya kerana dijanjikan dengan ganjaran berupa pahala.

“Resam orang beriman pandai membawa diri. Jika terjumpa nikmat disambutnya dengan syukur. Kalau bertemu musibah diterimanya dengan sabar,” titah baginda.

Apapun keadaan, jelas baginda, nikmat masih saja mengatasi segalanya khususnya di sepanjang bulan Ramadan ini, ramai orang berkeadaan sihat sehingga mampu berpuasa, mampu membaca Al-Qur’an, mampu bertarawih dan mampu qiamulail serta apabila menjelang Syawal mampu pula ke masjid Sembahyang Hari Raya.

“Apakah ini bukan nikmat namanya? Sudah tentu ia nikmat. Dan kita pun menjawatnya dengan syukur,” titah baginda.

Terdahulu baginda bertitah, apapun keadaan dan suasana dihadapi,
Syawal tetap kita rayakan dan menyambutnya dengan takbir dan tahmid yang merupakan ucapan kemenangan.

“Tidak ada yang lebih hebat dari takbir dan tahmid. Takbir membesarkan Allah, sementara tahmid memuji keagungan-Nya,” jelas baginda. (Dipetik dari Pelita Brunei)

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.