Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Ranting-Ranting NDP mainkan peranan penting sebagai pengerak

LIMBARUH HIJAU 05 OGOS 2009 - Ranting-Ranting Parti Pembangunan Bangsa (NDP) memainkan peranan penting dalam usaha untuk menjadikan NDP sebagai sebuah pergerakkan politik rakyat yang terus relevan dalam semua aspek pembangunan negara dan bangsa.

Untuk itu semua ranting-ranting mestilah terus berdaya maju, mesra masyarakat dan terus berusaha meningkatkan keupayaan untuk memainkan peranan yang lebih berkesan di kawasan masing-masing.

Perkara ini ditekankan oleh Timbalan Presiden NDP, Malai Hassan Othman di sesi muzakarah ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP pusat dengan ahli-ahli Majlis Eksekutif Ranting Bebuloh pada hari Ahad 02 Ogos 2009 baru lepas.

"Kegagalan ranting-ranting untuk memainkan peranan sebagai pengerak NDP di peringkat akar umbi boleh menghakis keyakinan ahli-ahli dan juga masyarakat umum terhadap NDP yang sejauh ini telah berjaya menonjolkan diri sebagai sebuah pergerakkan politik rakyat yang ungul dan berwibawa", kata Timbalan Presiden NDP.

Justeru, tambahnya, kita tidak ada pilihan lain selain terus berusaha dan berkerjasama bagi mempastikan ranting-ranting berupaya memainkan peranan dengan lebih berkesan.

Di sesi muzakarah tersebut beliau menyeru ahli-ahli jawatankuasa Majlis Eksekutif Ranting (AJK MER) Bebuloh dan juga AJK MER seluruh negara agar dapat meningkatkan tahap pemedulian mereka akan aduan-aduan ahli-ahli dan masyarakat umum di kawasan masing-masing dan dalam masa sama meningkatkan usaha menjalin hubungan baik yang membina dengan pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan masing-masing terutama dengan pegawai-pegawai agensi kerajaan.

Sementara itu sdra Haji Mohamad Ali Yusuf, Ketua Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam yang juga turut berucap menekankan pentingnya ahli-ahli AJK MER memahami dasar parti, visi, misi dan objektif parti dan mempastikan kefahaman tersebut diterjemahkan dalam gerka kerja serta dsebarluaskan di kalangan ahli-ahli mereka dan juga masyarakat umum di kawasan masing-masing.

Katanya perkara ini penting dalam usaha menghapuskan segala macam salah faham dan kecurigaan serta perasaan phobia yang tidak berasas terhadap politik dan NDP khusunya.

Sdra Serduin Pungut, Ketua Biro Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim yang juga diberikan kesempatan berucap menekankan peranan NDP melalui Biro Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim dalam usaha mempastikan agama-agama lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara dihormati dan hak serta kebebasan para penganutnya mengamalkan agama masing-masing mengikut peruntukan undang-undang sentiasa dilindungi.

Dalam masa sama, tambahnya, Biro Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim juga berperanan dalam usaha membantu membasmi sebarang fahaman kolot dan perkauman sempit yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam sebagai langkah mengelakkan sebarang bentuk perselisihan antara kaum.

Sesi muzakarah juga menyaksikan mantan Ketua Ranting Bebuloh, ahli Majlis Tertinggi Awang Mantar Perayam yang sekarang menjawat jawatan Ketua Biro Hubungan Antara Kaum berucap merakamkan setinggi penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli NDP kepada beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi Pusat.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.