JABATAN Mahkamah Rayuan Syariah memaklumkan bahawa rombongan merukyah (melihat) anak bulan Syawal 1430H akan berada di empat tempat yang ditentukan pada petang hari Sabtu, 29 Ramadan 1430 Hijrah bersamaan
19 September 2009 Masihi.
Tempat-tempat yang terlibat ialah Bukit Shahbandar, Jerudong di Daerah Brunei dan Muara, Bukit Agok, Jerudong di Daerah Brunei dan Muara, Bukit Lumut di Daerah Belait (berseberangan dengan BLNG) dan Bukit Ambok di Daerah Tutong.
Rombongan tersebut terdiri dari hakim-hakim syar’ie dan pegawai-pegawai Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Perdana Menteri dan beberapa orang pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan Brunei dengan kerjasama pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.
Pengumuman satu Syawal (awal Syawal bagi tahun 1430 Hijrah /2009 Masihi) akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei sebaik sahaja hasil rukyah pada petang itu diperolehi melalui permakluman yang dilakukan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. |