Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

PBB lebih berkesan sekarang

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Brunei menyambut baik kejayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam tempoh 25 tahun lepas, iaitu apabila pertama kali negara ini menjadi anggota badan dunia itu.

Melihat pada kedudukan PBB hari ini, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah bersabda respons badan dunia itu "sangat efektif" kerana banyak kejayaan dicapai.

Gambar ehasan Pelita Brunei

"Sudah pasti, banyak masalah lampau masih bersama kita: keganasan, kemiskinan, penyakit, perang dan jerih-payah selama 60 tahun rakyat Palestin bagi mendapatkan keadilan, harapan dan maruah mereka," sabdanya.

"Namun kita juga banyak meraih kejayaan. Kita iaitu mempunyai lebih banyak pengetahuan dan perhubungan juga bertambah baik daripada sebelumnya.

"Yang lebih penting lagi, kita tidak lagi terbahagi kepada dua kelompok. Natijahnya kini mempunyai lebih banyak peluang berbanding 25 tahun lalu," sabda Pengiran Perdana Wazir pada Perhimpunan Agung PBB ke-64 pada Sabtu di New York, Amerika Syarikat.

Teks sabda Pengiran Perdana Wazir diedarkan kepada media di sini, hari ini.

Mengenai penyertaan Brunei ke dalam PBB, Pengiran Perdana Wazir menjelaskan langkah itu diambil kerana itu merupakan tempoh bahaya dan sebuah negara kecil seperti Brunei setentunya tidak mahu dibiarkan sendirian.

Brunei mahu menjadi sebahagian daripada masyarakat yang lebih besar iaitu masyarakat dunia, tetapi ketika itu wujud masalah nyata iaitu Perang Dingin yang menyebabkan hampir semua orang terbahagi kepada dua kelompok dan setiap orang terpaksa membuat pilihan menyebelahi pihak mana, sabdanya

Di sebalik pelbagai kejayaan yang dicapai dalam tempoh 15 tahun ini, tetapi apabila generasi akan datang melihat ke belakang kepada kita dan membuat penilaian mereka terhadap kita, soalan yang akan mereka tanyakan adalah apa yang telah dilakukan dengan semua peluang yang ada dan sama ada respons yang diberikan adalah efektif, sabdanya.

"Bukan kita yang menentukan sama ada tugasan yang telah kita lakukan berjaya ataupun tidak, tetapi generasi akan datang yang akan menentukannya kerana anak-anak dan cucu-cucu kitalah yang akan memandang ke belakang dan melihat sama ada kita telah melaksanakan tugas kita dengan baik," tegas Pengiran Perdana Wazir.

Pengiran Perdana Wazir menegaskan PBB kini memiliki banyak peluang untuk melakukan respons yang sangat baik.

Setiausaha Agung dan kakitangannya mempunyai usul-usul penting bagi pembaharuan, perubahan dan kemajuan yang jika diterima dan dilakukan tindakan susulan "kita boleh meraih peluang terbesar antara semua dan merubah arah hal ehwal dunia secara keseluruhannya, kerana saya rasakan ini adalah apa sebenarnya yang ramai mahu kita lakukan," sabdanya.

Pengiran Perdana Wazir bersabda menyatakan ada banyak sokongan bagi perubahan di luar bangunan persidangan kerana tidak ada negara yang mahu kekal terbahagi kepada negara maju atau membangun, ataupun dunia pertama, kedua membangun, ataupun dunia pertama, kedua ataupun ketiga, bahkan sebaliknya mahu berada dalam satu dunia, satu keadaan, berkongsi masalah dan menjadi sebahagian daripada mana-mana jalan penyelesaian.

"Itulah amanat yang kita terima selepas mesyuarat pertama G20 pada April tahun ini. Ia memberi pilihan sebenar kepada kita; sama ada untuk kekal melakukan setiap perkara dengan cara yang sama sejak tahun 1946 ataupun bertukar arah dan semua bekerja sama, kecil dan besar, tanpa mengira latar belakang, kebudayaan atau pegangan, dan mencari kaedah baru memasuki Abad 21," sabda Pengiran Perdana Wazir.

Namun Pengiran Perdana Wazir bersabda G20 bukanlah satu-satunya pihak yang menghantar pesanan kerana ada yang lebih penting lagi yang datang daripada alam sekitar, iklim, ekonomi global serta bekalan tenaga dan makanan dan semuanya bersatu memberi amaran serius.

"Ini memberitahu kita bahawa lambat laun pilihan bukan lagi menjadi milik kita dan mana-mana perubahan akan dilakukan atas dasar terpaksa yang tidak dapat kita kawal. Itu bermakna apa juga 'respons' sebahagian besarnya akan 'tidak efektif' lagi," tegas Pengiran Perdana Wazir.

"Apabila generasi mendatang melihat ke belakang kepada kita, mereka bukan saja akan menghakimi kita, mereka mungkin saja akan menghukum kita." (MP)

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.