Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP bantu kempen pelancungan Kenali Negara Kita

TUTONG, Selasa-     Serombongan seramai lebih 50 orang di kalangan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa telah mengadakan lawatan ke Muzium Taman Warisan Tasek Merimbun (TWTM) di Mukim Rambai Daerah Tutong Ahad lalu.

Lawatan tersebut anjuran Ranting Ukong 2 telah diketuai oleh Ketua Ranting tersebut Awang Buah bin Nipah antara lain bertujuan untuk menyokong hasrat Kerajaan dalam memajukan bidang eko-pelancongan Kenali Negara Kitani, sebagai lokasi pelancongan dalam negeri dan sekaligus mengenali dari segi aspek-aspek alam semulajadinya, Arkeologi dan Etnografi dan sebagainya.

Program lawatan tersebut merupakan aktiviti pertama ranting tersebut bagi menggerakkan ahli-ahli di ranting tersebut ke arah melaksanakan kegiatan-kegiatan yang boleh memberikan pengetahuan, kemahiran dan juga mengukuhkan perpaduan di antara pemimpin dan ahli-ahli partai ini.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ayahanda Yassin Affendy, Timbalan Presiden Saudara Malai Hassan Malai Haji Othman, Timbalan Ketua Badan Perhubungan Daerah Tutong, serta beberapa orang majlis-majlis tertinggi seluruh negara.

Kunjungan ke Muzium TWTM itu merupakan pengalaman yang baru bagi sesetengah ahli-ahli yang menyertainya kerana ada yang belum pernah berpeluang berkunjung ke tempat itu sebelumnya walaupun ianya telah lama dibina.

Rombongan juga telah berpeluang menyaksikan pameran-pameran yang terdapat di balai muzium itu antaranya dari aspek Alam Semulajadi, Arkeologi dan Etnografi, yang mana ketiga-tiga bidang ini mempunyai hubungan yang rapat dan merupakan suatu keunikan kepada Taman Tasek Merimbun yang telah dirasmikan pada 21hb Mei 2000, sebagai salah satu tapak warisan kebangsaan ASEAN yang sebanding dengan taman warisan di negara-negara Asean yang lain.

Tasek Merimbun adalah sebuah tasik air hitam yang terbesar di negara ini yang mempunyai pelbagai hidupan dan tumbuhan, dengan adanya penduduk Puak Dusun yang tinggal di kawasan ini sejak 500 tahun yang lalu menjadikan TWTM sebagai taman yang unik yang kaya dengan flora dan fauna alam semulajadi dan ini menjadikan tarikan kepada penyelidik dalam dan luar negeri.

Tasek Merimbun diisytiharkan sebagai salah satu Taman Kebangsaan Warisan ASEAN pada 20 November 1984 dalam Mesyuarat Kedua Menteri-Menteri ASEAN mengenai Alam Sekitar di Bangkok, Thailand, dan bagi menghargai pengiktirafan yang bertaraf antarabangsa itu, Kerajaaan KYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam rancangan belajawan yang ke enam telah menyediakan peruntukkan bagi penyediaan keperluan penubuhan sebuah Taman Kebangsaan yang merangkumi hutan yang berdekatan dengan sekitar Tasek Merimbun.

Pembinaan komples TWTM bermula pada 28 Jn 1997, dan majlis penyerahan anak kunci kompleks tersebut kepada Pengarah Muzium-Muzium Brunei pada hari Isnin 20 Oktober 1997 di Balai Purun. Tasek Merimbun terletak kira-kira 24 kilometer daripada Pekan Tutong boleh dikunjungi dengan kenderaan darat memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari Bandar Seri Begawan.  Air tasek ini hitam kerana ianya mengalir melalui hutan paya, dan sungai ini dikenali sbagai Sungai Meluncur, keluasan permukaan dua buah tasek adalah kira-kira 100 dan 120 hektar dan keseluruhan TWTM adalah seluas 11,434.6246 hektar, paras air Tasek Merimbun bergantung kepada air hujan, semasa musim kemarau yang panjang, kawasan tepi tasik menjadi kering dan merekah, tumbuhan hutan paya dan tasik air hitam mengandungi habitat yang unik di Borneo.

Taman Warisan Tasek Merimbun Dari Etnografi

Kajian Etnografi di taman ini membuat beberapa penemuan yang amat menarik, Kampung Tasek Merimbun di diami oleh Puak Dusun, merimbun dipercayai ditemui oleh Imbun, anak kepada ketua kampung berasal dari kawasan Merangking, daerah Belait.  Menurut cerita lisan sewaktu berburu, anjing beliau mengejar seekor babi hutan, dalam peristiwa kejar mengejar itu mereka telah tersesat dan sampai ke sebuah tasek yang indah, Imbun tertarik dengan kawasan itu memandangkan kecantikannya dan hasil ikan dan hutan yang begitu banyak.

Imbun kemudian membawa keluarganya dan beberapa orang penduduk kampung berpinah dan membuat perkampungan baru di kawasan itu.  Kampung tersebut kemudian diberi nama Kampong Tasek Merimbun, selain itu ada juga yang berpendapat nama Merimbun mngkin di ambil bersempena tinggalan tongkang seorang peniaga Cina yang pernah sampai di kampung berkenaan bernama Eng Boon.

Pengetahuan penduduk Kampung Tasek Merimbun tentang kawasan alam sekitar kampung ini membuktikan bahawa hubungan antara manusia dan hutan sekitar amat penting. Hutan dan tasik di kampung itu menghasilkan sumber makana, air, perubatan tradisional, bahan kerja tangan dan seni bina, Meramu hasil hutan merupakan salah satu cara hidup di sana.

Bentuk pencarian awal penduduk Kampng Tasek Merimbun ialah meramu hasil hutan, sungai dan tasik sebagai bahan makanan seperti binatang liar, hasil sayuran, dan ikan serta bertanam padi.  Apabila perniagaan bentuk tukaran mula diperkenalkan kerja meramu ditumpukan bukan sahaja kepada bahan keperluan seharian keluarga bahkan ke atas hasil hutan yang boleh digunakan sebagai bahan tukaran.

Antara hasil hutan berkenaan ialah rotan, damar, gaharu, getah jangkar dan jelutung.  Hasil ini ditukar dengan pelbagai peralatan harian seperti pinggan, mangkuk, periuk belangga, pemarang, pisau, kain, makanan seperti garam, gula, ikan laut dan peralatan budaya seperti bedil, celapa, alat muzik tembaga, cincin dan rantai emas. Penamu utama ialah orang Melayu Brunei.

Taman Warisan Tasek Merimbun Dari Sudut Arkeologi

Kajian arkeologi ke atas taman ini bermula kira-kira 12 tahun yang lalu pada tahun 1988, kajian awal di taman ini tertumpu kepada kajian sains alam semulajadi dan kaji bangsa.  Walau bagaimanapun TWTM mempunyai kesan tinggalan arkeologi yang menggalakkan, dibuktikan melalui kajian-kajian yang dilakukan di beberapa buah tapak di taman ini antara rumusannya ialah Tasek Merimbun merupakan salah satu permukiman terawal di kawasan pedalaman Daerah Tutong, kajian dilakukan terhadap pecahan tembikar yang di kutip di sekitar taman ini, seperti Pulau Jelundong dan Pulau Labi-Labi menunjukkan pertarikhan abad ke 15 masihi iaitu bersamaan dengan zaman Dinasti Ming, beberapa jenis tembikar telah ditemui, antaranya tembikar biru dan putih, tembikar putih, tembikar celadon dan tembikar batuan.

Penyebaran meluas bahan artifak seperti tembikar China dan bahan-bahan tembaga Brunei di tapak ini menunjukkan wujudnya hubungan perdagangan di antara penduduk-penduduk setempat dengan penduduk-penduduk persisiran pantai khususnya Puak Tutong dan Melayu Brunei.  Perdagangan dipercayai dijalankan secara pertukaran, perdagangan juga dikatakan dikendalikan oleh pedagang-pedagang Cina, seperti dalam cerita lisan masyarakat setempat yang mengisahkan tentang kedatangan seorang pedangan Cina bernama Eng Boon ke tempat ini.

Peninggalan tongkang (wangkang) pernah ditemui di sebuah kawasan di tasik ini, yang dipercayai bekas kenderaan yang digunakan oleh saudagar Cina itu.  Walaupun terletak di pedalaman, Tasek Merimbun boleh didatangi melalui sistem talian sungai, seperti Sungai Merimbun, Sungai Rambai dan Sungai Tutong kemudiannya dihubungkan terus ke Laut China Selatan. Di petik daripada buku penerbitan Jabatan Muzium-Muzium Brunei .(HSZ).

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.