RIMBA, BSB 21 OGOS 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) akan terus berkerjasama dengan Biro Kawalan Narkotik (BKN) dalam usaha agensi tersebut menjadikan negara bebas dari gejala penyalahgunaan dadah terutama dalam usaha membawa kembali mangsa-mangsa dadah kembali ke pangkuan masyarakat.
Tekad kerjasama NDP ini disuarakan oleh sdra Haji Ismail Ibrahim, Ketua Jawatankuasa Kemasyarakatan, Kebajikan dan Kesejahteraan Insan (KeKKin) di majlis makan tengah hari bersama sekumpulan insan insaf yang sedang melalui proses pemulihan di Pusat Al-Islah. Majlis yang diadakan di dewan BKN di Rimba dianjurkan oleh KeKKin.
"NDP dan KeKKIN sangat menghargai kesediaan dan kesudian Biro Kawalan Narkotik khususnya Cawangan Pengawasan yang telah memberikan kebenaran kepada pihak NDP untuk mengadakan jamuan makan tengah hari ini bersama saudara-saudara katani".
|
|
|
"Adalah menjadi harapan pihak parti supaya kerjasama dan persafahaman seperti ini akan menjadi asas untuk meneruskan usaha bersama dalam usaha membenteras penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat khususnya para remaja", jelas sdra Haji Ismail kepada yang hadir termasuk Awang Muhammad Jafari bin Haji Malek
Ketua Cawangan Pengawasan, Biro Kawalan Narkotik dan pegawai-pegawai BKN yang lain.
Katanya sSebagai sebuah organisasi politik, NDP mengambil berat akan masalah penagihan dadah dikalangan remaja di negara kita ini dan dalam hal ini pihak parti bersedia bekerjasama membantu pihak-pihak berkenaan bagi sama-sama menangani masalah ini sekiranya diperlukan.
"Penglibatan semua pihak terutama ibu bapa, teman-teman, masyarakat, pihak NGO adalah sangat perlu dalam sama-sama membenteras gejala dadah ini", tambah sdra Haji Ismail.
Kepada insan-insan yang telah insaf yang turut hadir, sdra Haji Ismail menekankan, "saudara-saudara sekalian adalah aset kepada negara, pewaris kepada generasi masa depan yang akan menjadi pemimpin negara".
"Hargailah diri saudara-saudara sekalian agar ianya tetap bernilai dan menjadi cahaya kepada bangsa, agama dan negara. Adalah amat malang sekiranya saudara-saudara tidak dapat melepaskan diri daripada belanggu dadah", kata sdra Haji Ismail sambil menambah bahawa NDP amat mengasihi dan menyayangi mereka kerana negara sangat memerlukan khidmat bakti dan sumbangan semua terutama dalam sama-sama mengisi kemerdekaan yang sudah melepasi 25 tahun.
"Perjalanan kita masih jauh dan masih banyak perkara yang perlu kita lakukan sebagai warga Brunei yang setia dan mempunyai semangat jati diri yang kental dan tinggi. Marilah kita bersama berganding bahu menuju ke marcu kejayaan, kesejehteraan dan keamanan tanpa dadah", seru sdra Haji Ismail.
"Gunakanlah pengalaman pahit yang telah saudara-saudara lalui di Pusat Pemulihan untuk memberikan nasihat kepada rakan-rakan akan keburukan dadah".
"Gunakanlah pengalaman dan pendidikan yang juga saudara-saudara perolehi di tempat itu untuk membimbing rakan sebaya agar menjauhi dan melupakan dadah", nasihat sdra Haji Ismail di majlis yang turut dihadiri oleh sdra Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden NDP, sdra Haji Hanafi Haji Mohd Daud, Naib Presiden NDP Tutong, sdra Haji Mohidin DP Pengarah Haji Othman, Naib Presiden NDP Brunei-Muara, sdra Ak Haji Shahrilan Pg Hj Ahmad, Ketua Pemuda NDP, sdra Haji Juned Ramli, Setiausaha Agung NDP, sdra Haji Mohd Kasim Safar, Penolong Setiausaha Agung NDP dan Dk Nurul Azadah, Penolong Setiausaha Kerja NDP.
Di majlis tersebut pemimpin-pemimpin NDP mengambil kesempatan untuk makan bersama dan berienteraksi dengan insan-insan yang insaf yang sedang melalui proses pemulihan tersebut.