PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) Daerah Belait menyemarakkan malam raya dengan bertakbir ke rumah-rumah beberapa orang ahli-ahli Majlis Tertinggi parti dan juga Ketua-Ketua Ranting di daerah tersebut.
Rombongan bertakbir malam raya ke rumah-rumah ahli diketuai oleh sdra Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait. Acara berkebajikkan tersebut dimulakan di rumah sdra Haji Sulaiman Hj Abd Rahman, Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Badan Perhubungan Belait.
Dari rumah sdra Haji Sulaiman, rombongan seterusnya bergerak ke beberapa rumah Ketua-Ketua Ranting termasuk ke rumah sdra Haji Yunus HM Suhaili, salah seorang ahli Lembaga Penasihat NDP.
|