LIMBARUH HIJAU 06 OGOS 2009 - Majlis Serah Tugas Biro Keselamatan dan Bantuan Kecemasan disempurnakan kelamrin di perkarangan Limbaruh Hijau, markas pusat Parti Pembangunan Bangsa (NDP).
Majlis menyaksikan Major (B)) Haji Jaafar bin Jaludin selaku Ketua Biro Keselematan dan Bantuan Kecemasan bagi sesi 2006-2009 menyerahkan tugas kepada penganti beliau Awang Mohammad Abdullah Peter bin Abdullah Saging.
Major (B) Haji Jaafar bin Jaludin yang merupakan bekas pegawai tentera di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sekarang menjawat jawatan Ketua Biro Disiplin dan Hisbah dalam NDP.

Major (B) Haji Jaafar, Mantan Ketua Biro Keselamatan dan Bantuan Kecemasan memeriksa barisan |

Awang Mohammad Abdullah Peter (kanan) berdiri segak sebeleum memeriksa barisan
|
Awang Mohammad Abdullah Peter pula yang juga merupakan bekas pegawai tenetra di ABDB, telah dilantik oleh Presiden NDP dan Majlis Tertinggi parti untuk menjawat jawatan Ketua Keselamatan dan Bantuan kecemasan bagi sesi 2009 - 2012.
Majlis kelmarin yang dihadiri oleh Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy selaku tetamu kehormat, disrerikan dengan upacara memeriksa barisan anggota keselamatan Biro Keselamatan dan Bantuan Kecemasan NDP.
Setiausaha Agung NDP, sdra Haji Juned bin Ramli, Penolong Setiausaha Agung sdra Haji Kasim bin Safar serta beberapa orang ahli-ahli majlis tertinggi NDP juga turut hadir menjayakan majlis serah tugas tersebut. (Gambar dan laporan oleh Sdra Wahab Tuah)