PUSAT TARBIYAH TUTONG, - Himpunan Wanita Perhubungan Daerah Tutong telah mengadakan mesyuarat pertamanya Rabu lalu dan seterusnya melantik ahli-ahli jawatankuasa di bawahnya setelah lantikan Ketua Himpunan Wanita Daerah Tutong oleh Ketua Himpunan Wanita Pusat di luluskan di Mesyuarat Majlis Tertinggi bulan lalu.
Mempengerusikan mesyuarat tersebut Ketua Himpunan Wanita Daerah Tutong Dayang Hajah Maslenawati binti Abdullah dalam ucapan alu-aluannya meminta supaya wanita-wanita di daerah itu akan terus memberikan kerjasama dalam menggerakkan apa saja kegiatan yang akan dianjurkan nanti.
Hadir pada mesyuarat itu seramai lebih 20 orang di kalangan wanita-wanita NDP Daerah Tutong dan telah bersetuju untuk melantik jawatankuasa-jawatankuasa dan himpunan tersebut antaranya Timbalan Ketua Himpunan Wanita Daerah Tutong ialah Dayang Faridah Merikan, Naib Ketua Dayang Mariani Merikan, Setiausaha Dayang Julita Haji Musa, Penolong Setiausaha Dyg Jamilah Muhamad Lian, Bendahari Dyg Melati Tan Malai, Ketua Penerangan dan Hal Ehwal Awam Dyg Rohaini Owek dan ahli-ahli jawatankuasa lainnya Suhana Abdullah, Hjh Pungut Jamudin, Noridah Abdullah, Hjh Aisah Abas, Norkayah Abdullah, Zumairah Paun, Norafiqah Abdullah Sikai, Lini Marikan, Gerinum Merikan, Ling Kah Sai dan Miri Merikan.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Himpunan Wanita Pusat Dyg Hjh Sa’emah Hj Kepli dan beberapa orang exco Hawa Pusat lainnya.
Mesyuarat pertama bagi Himpunan Wanita Daerah Brunei Muara pula dijangka akan diadakan pada 18hb Ogos depan dengan dipengerusikan oleh Ketua Himpunan Wanita Daerah Brunei Muara yang dilantik Dyg Hajah Jamilah binti Ahmad.
Mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan di Anjung Syura Limbaruh Hijau Jerudong bermula kira-kira pukul 2:00 petang.
Sementara itu mesyuarat pertama bagi Himpunan Wanita Daerah Belait pula dijangka akan diadakan bulan depan seterusnya di susuli pula dengan mesyuarat pertama Himpunan Wanita Daerah Temburong dijangka berlangsung selepas bulan Ramadhan nanti