Setiap menjelangnya bulan Ramadhan berbagai aktiviti keugamaan dirancang dan diadakan. Pastinya ramai yang tidak mahu melepaskan Ramadhan pergi tanpa membuat sesuatu yang mendatangkan pahala.
Bersempena dengan itu HAWA, NDP tidak ketinggalan mengadakan Majlis Tedarus di surau Markas Pusat.
Majlis tersebut diketuai oleh Dayang Hajah Jamilah binti Haji Ahmad, selaku Ketua HAWA Brunei Muara.
Turut hadir beberapa orang ahli Jawatankuasa Pusat dari Tutong dan Brunei Muara.
Menurut Dayang Hajah Jamilah, aktiviti tersebut merupakan projek tahunan HAWA yang bertujuan bukan sahaja untuk mendapatkan berkat dan pahala daripada Allah, malah melalui aktiviti itu pihak HAWA dapat mengeratkan silatulrahim di kalangan mereka dan dengannya juga dapat meningkatkan mutu pembacaan Al-Quran.
Beberapa orang ahli yang hadir melahirkan perasaan gembira kerana dapat bersama hadir ke majlis berkenaan. Bagi mereka inilah satu peluang untuk memperbetulkan dan memahirkan bacaan mereka, kerana ada di kalangan mereka itu yang mahir dengan hukum-hukum tajwid , fasih dan suara yang merdu.