Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Langkah kehadapan mantapkan MIB

LIMBARUH HIJAU 3 OKTOBER 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) menjunjung kasih merakamkan rasa gembira kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkaih Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas titah memperkenankan pelantikan anggota Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MIB) dan anggota Urus Setia Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja bagi tempoh tiga tahun yang berkuat kuasa mulai 15 Ogos lalu.

NDP memandang jauh kehadapan dengan harapan tinggi langkah membentuk barisan ahli Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja yang baru itu akan membuka lembaran baru dalam usaha memantapkan konsep MIB sebagai falsafah bernegara dan berbangsa.

NDP melihat MIB sebagai falsafah bernegara dan berbangsa perlu diperluaskan lagi skop jangkaunnya melimpasi skop budaya Melayu, adat istiadat, etika di majlis-majlis rasmi, dan amalan serta kebiasaan dalam beragama.

Dalam lain perkataan konsep MIB mestilah benar-benar dapat dihayati dan dihargai secara menyeluruh oleh semua bangsa di semua lapisan rakyat dan penduduk, bukan sahaja sebagai satu falsafah budaya dan adat resam tetapi sebagai ideologi bernegara yang unggul yang mampu memberikan jaminan kepada stabiliti dan survivaliti bangsa dan negara.

Konsep MIB mestilah dimantapkan dan diperkukuh sebagai ideologi bernegara dan berbangsa yang benar-benar berupaya memberikan jaminan kehidupan yang adil, aman damai, sejahtera dan harmoni kepada semua lapisan rakyat dan penduduk.

Justeru tanggunjawab besar terletak dibahu barisan MT MIB yang baru untuk meniupkan nafas baru kepada konsep MIB sebagai satu konsep bernagara yang lebih dinamik dan menjadi pemangkin (bukan penghalang) kepada kemajuan negara dan bangsa dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini.

Dikesempatan ini NDP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan MT MIB yang baru terutama kepada Menteri Pendidikan Pehin Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman Haji Mohamed Taib yang telah dilantik menjadi Pengerusi Majlis Tertinggi MIB.

Juga diucapkan setinggi tahniah kepada anggota majlis yang lain yang terdiri daripada:

Menteri Hal Ehwal Ugama Pehin Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Mohd Zain Haji Serudin selaku Timbalan Pengerusi,

Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz,

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Pehin Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad Haji Jumat,

Menteri Perhubungan Pehin Dato Seri Setia Dr Haji Abu Bakar Haji Apong,

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Pehin Dato Seri Setia Haji Adanan Haji Mohd Yusof,

Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri Pehin Mejar Jeneral (B) Dato Haji Mohammad Haji Daud,

Menteri Kewangan Kedua Pehin Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman,

Mufti Kerajaan Pehin Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Abdul Aziz,

Peguam Negara Datin Paduka Hajah Hayati,

Grand Chamberlain Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin,

Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Baginda Sultan Pehin Dato Seri Setia Haji Mohd Nawawi,

Ketua Hakim Syari'e Pehin Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Yahya,

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Badaruddin,

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Paduka Haji Mohd Eusoff Agaki,

Timbalan Menteri Pertahanan Pehin Kolonel (B) Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd Yasmin,

Timbalan Menteri Pendidikan Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad,

Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri Haji Abdul Aziz,

Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan Datin Paduka Dayang Apsah dan Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam Dr Haji Zulkarnain,

Dan dalam masa sama juga diucapkan setinggi-tinggi tahnniah kepada anggota Urus setia majlis yang dilantik yang terdiri dari:

Pengarah Akademi Pengajian Brunei Universiti Brunei Darussalam Dr Dayang Siti Norkhalbi dengan anggotanya terdiri daripada Timbalan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Pejabat Baginda Sultan Haji Hamiddon, Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri Haji Mahrup, Pengarah Penerangan Dr Haji Muhammad Hadi, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UBD Profesor Madya Dr Haji Hashim dan Profesor Madya Ampuan Dr Haji Brahim, pengarah Balai Kenangan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Dato Paduka Dr Haji Abdul Latif, pengarah Belia dan Sukan Haji Mohamad, pengarah Sekolah-sekolah Hajah Aishah, pengarah Pengajian Islam Haji Ismail, penolong Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara Pengiran Dr Hidop dan pegawai Tugas-tugas Kanan, Bahagian Kuasa-kuasa Tempatan Awang Mawardi.

NDP mendoakan agar angggota Majis Tertinggi MIB akan beroleh kejayaan dalam usaha murni memantapkan lagi MIB. NDP akan terus bersedia memberikan sokongan dan dokongan bagi menjayakan usaha ini Insya Allah. Sila lihat artikel-artikel yang mengariskan pandangan NDP mengenai konsep MIB:

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.