Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Laknat peniaga peralat agama untuk kejar keuntungan

Oleh Mohd Noor Omar

DALAM pasaran bebas berlandaskan konsep pembeli berwaspada 'caveat emptor', tugas membezakan baik dan buruk adalah tanggungjawab pengguna. Tidak semua barangan yang ditawarkan baik dan ada sesetengahnya pula langsung tidak menepati keperluan. Namun, perkembangan terkini teknik pemasaran memberi kebebasan luas kepada pengusaha dalam mempromosikan barangan atau perkhidmatan mereka.

Sudah sampai masanya umat Islam menjadi pengguna bijak supaya tidak tertipu dengan dakyah pemasaran yang mengelirukan.

Al-Quran menegaskan apabila didatangkan sesuatu berita, maka menjadi kewajaran untuk diselidikinya. Permintaan yang menggalakkan terhadap konsep kepenggunaan Islamik memberi ruang kepada pengusaha mengetengahkan pendekatan Islamik dalam pemasaran.

Umat Islam perlu menghalusi tuntutan syarak dengan lebih berhikmah dan berhati-hati terhadap orientasi pasaran. Matlamat pengusaha dilandaskan kepada keuntungan semata-mata tanpa rasa tanggungjawab sentiasa mencari jalan untuk mencuri perhatian serta sanggup menggunakan agama sebagai penarik kepada barangan mereka. Pengguna yang gopoh dan kurang usul periksa akan terjerat dan terdedah kepada kesan sampingan barangan atau mutu barangan yang tidak baik.

Penggunaan istilah dan pendekatan berbau Islam termasuk barangan dilabel halal sering saja kita dengar. Istilah penjenamaan barangan dengan kata nama bahasa Arab, kaedah pemakanan Islamik, busana Muslim, jihad perniagaan sering didedahkan melalui media cetak dan elektronik.

Islam melaknat tindakan menggunakan agama untuk menutup kecelaan dan mengejar keuntungan dunia semata-mata. Orang yang berbuat sedemikian bukan saja hina kerana jahil tetapi lebih tercela kerana mengkhianati. Islam menyarankan supaya umatnya sentiasa menyeimbangkan di antara ucapan dan tindakan, mencari kekayaan dunia dan mengingati akhirat, berusaha dan beribadat.

Perkara pokok yang perlu dikuasai oleh pengguna bijak di samping memahami keperluan sebenar dalam pengurusan keperluan isi rumah, ialah membandingkan beberapa pilihan sebelum membeli, mengetahui pengeluar atau pengilang yang mengeluarkan barangan atau perkhidmatan itu yang memperjuangkan syariat atau sebaliknya.

Pengusaha yang benar-benar bertanggungjawab bukan semata-mata melabelkan keIslamannya tetapi memberi penekanan dalam usaha menegakkan hukum syarak dalam keseluruhan proses perusahaannya.

Peniaga Muslim sejati akan menjadikan perniagaan mereka sebagai ibadah untuk berjihad kepada Allah dengan berusaha sedaya upaya menegakkan hukum dalam industri. Mengutamakan kepatuhan kepada Allah SWT dan perkhidmatan pelanggan berbanding keuntungan menjadi kaedah berkesan perkembangan perniagaan dalam jangkamasa panjang.

Dengan kata lain, mereka bukan saja terdiri dari orang yang beriman, tetapi cuba melaksanakan saranan Islam dalam langkah pengeluaran serta amalan nilai yang selari. Berselindung di sebalik program berbau Islam dengan menaja atau menganjurkannya kadang-kadang lebih menyukarkan penelitian.

Sebagaimana tindakan pengusaha yang mengkaji pasarannya, sasaran pelanggan dan kaedah pemasaran, begitu juga pelanggan berhemah perlu mengenali siapakah pengusahanya, apakah barangannya, bagaimana proses pengeluarannya sebelum membeli. Elakkan dari mendapatkan barangan atau perkhidmatan dari pengusaha yang mencurigakan. Oleh itu, meneliti pembungkusan bukan terhad kepada reka bentuk yang cantik semata-mata tetapi melihat siapakah pengilang, pengedar dan pengusahanya.

Peniaga Muslim sejati akan menjadikan perniagaan mereka sebagai ibadah untuk berjihad kepada Allah dengan berusaha sedaya upaya menegakkan hukum dalam industri. Mengutamakan kepatuhan kepada Allah dan perkhidmatan pelanggan berbanding keuntungan menjadi kaedah berkesan perkembangan perniagaan dalam jangkamasa panjang. (Dipetik dari Berita Harian)

  • Penulis ialah Pegawai Pusat Perundingan dan Latihan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.