Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

LIBERALISME DAN KAITANNYA DENGAN LIBERALlSASI EKONMI

Perkataan “liberalisasi” yang begitu disenangi pemakaiannya oleh para sarjana dan tokoh ekonomi  hari ini adalah  salah satu istilah tertua.
 
            Perkataaan “liberal” adalah berasal dari bahasa Latin, “liber”, bermaksud “bebas”. Liberalisme secara etimologis bererti falsafah politik yang menekankan nilai kebebasan individu dan peranan negara dalam melindungi hak-hak warganya.

            Liberalisme adalah sebuah ideologi, pandangan filsafat dan tradisi politik yang didasarkan pada pemahaman bahawa kebebasan adalah nilai politik yang utama.

Liberalisme lahir dari sistem kekuasaan sosial dan politik sebelum Revolusi Perancis dalam bentuk sistem merkantilisme, feudalisme dan gereja Roman Khatolik. Liberalisme pada umumnya meminimakan campur tangan negara dalam kehidupan sosial.

Sebagai satu ideologi, liberalisme dikatakan berasal dari falsafah humanisme yang mempersoalkan kekuasaan gereja di zaman renaissance dan juga dari golongan Whings semasa Revolusi Inggeris yang menginginkan hak untuk memilih raja dan membatasi kekuasaan raja. Mereka menentang sistem merkantilisme dan bentuk-bentuk agama kuno dan berpaderi.

            Liberalisme antistatis, seperti yang diperjuangkan oleh Frederic Bastiat, Gustave de Molinari, Herbet Spencer dan Auberon Herbet, adalah aliran ekstrim yang dikenali dengan “anarkhisme” (tidak ada pemerintahan) ataupun “minarkisme” (pemerintahan yang kecil yang hanya berfungsi sebagai “the nightwatchman state”.
Liberalisme selalu menentang sistem kenegaraan yang didasarkan pada hukum agama. Oxford English Dictionary menerangkan bahawa perkataan liberal telah lama ada dalam bahasa Inggeris dengan makna sesuai untuk orang bebas, besar dan murah hati.

Pada awalnya, liberalisme bermaksud bebas dari batasan bersuara atau perilaku, seperti bebas menggunakan dan memiliki harta, atau lidah yang bebas untuk berkata-kata.

Bagaimanapun, bermula pada 1776-1788 perkataan liberal mulai diberikan maksud yang lebih positif, iaitu bebas dari prasangka dan bersifat toleran.

 Maka pengertian liberal akhirnya mengalami perubahan maksud dan berkembang menjadi kebebasan secara intelektual, berfikiran luas, murah hati, terus terang, sikap terbuka dan ramah.

Prinsip utama liberalisme adalah kebebasan yang tidak terbatas sama ada dalam pemikiran, agama, suara hati, keyakinan atau ucapan. Ia kemudiannya menunjangi fahaman politik, ekonomi, budaya dan segala ruang peradaban hidup masyarakat moden.

Dalam liberalisme budaya, fahaman ini menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati. Liberalisme budaya secara umum menentang keras campur tangan pemerintah. Belanda, dari segi liberalisme budaya, mungkin merupakan negara yang paling liberal di dunia.

Dalam liberalisme ekonomi, adalah dikatakan bahawa ia mendukung pemilikan harta peribadi dan menentang peraturan-peraturan pemerintah yang membatasi hak-hak terhadap harta peribadi. Fahaman ini bertunjangkan pada kapitalisme melalui pasaran bebas.

Secara umum, liberalisme mencita-citakan suatu masyarakat yang bebas, dicirikan oleh kebebasan berfikir bagi para individu. Fahaman liberalisme menolak adanya pembatasan atau kekangan ekspresi tindakan dan pemkiran keatas rakyat, khususnya dari pemerintah dan agama.

Liberasme menghendaki adanya pertukaran gagasan yang bebas, ekonomi pasar yang mendukung usaha peribadi (private enterprise) yang relatif bebas dan suatu sistem pemerintahan yang telus dan melolak adanya pembatasan terhadap pemilikan individu. Maka itu fahaman liberalisme lebih condong menjadi dasar bagi tumbuhnya kapitalisme.

Liberasme Ekonomi

            Usaha setiap individu untuk memperjuangkan kemajuan dan kepentingan dirinya sendiri akan dengan sendirinya turut  menghasilkan kesejahteraan dan kemajuan bagi seluruh masyarakat.

            Demikianlah intipati pandangan Adam Smith tentang “the invisible hand” (tangan yang tak kelihatan) yang boleh difahamkan sebagai “keselarasan yang telah ditetapkan sebelumnya oleh Tuhan” yang akan mengarahkan usaha-usaha individu pada kemajuan dan kepentingan bersama.

            Liberalisme ekonomi merupakan fahaman yang melahirkan kapitalisme. Fahaman ini meniupkan selogan “laissez faire” yang membiarkan pasar berjalan sendiri. Liberalisme menuntut umum agar bebas berdagang, dan bekerja, juga bebas mengadakan perjanjian kerja dan aktiviti ekonomi yang lainnya.

Negara diharapkan sedikit mungkin melaksanakan campur tangan dalam dana bebas yang bersandarkan kepada tawaran dan permintaan baik di pasaran komoditi maupun di pasaran pekerjaan.

“Laissez faire” adalah sebuah frasa bahasa Perancis yang bererti “biarkan terjadi”. Istilah ini berasal dari diksi Perancis yang digunakan pertama kali oleh ilmuan ekonomi di abad ke-18 sebagai bentuk perlawanan terhadap campur tangan pemerintah dalam perdagangan.

 Laissez faire menjadi sinonim untuk ekonomi pasaran bebas yang ketat sepanjang awal dan pertengahan abad ke-19. Secara umum, istilah ini dimaksudkan sebagai sebuah doktrin ekonomi yang tidak menginginkan adanya campur tangan pemerintah dalam perekonomian.

 Pendukung doktrin ini berpendapat bahawa suatu perekonomian perusahaan swasta (private-enterprise economy) akan mencapai tingkat keefisyenan yang lebih tinggi dalam keadaan semula jadinya melalui penggunaan sumber-sumber ekonomi yang luas dan akan mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih besar bila dibandingkan dengan perekonomian yang dirancang secara berpusat (central planned economy).

 Pendapat ini didasarkan pada primes bahawa pemilikan peribadi atas sumber pengeluaran serta kebebasan penuh untuk menggunakan sumber  tersebut akan menciptakan dorongan kuat untuk mengambil risiko dan bekerja keras.

Sebaliknya, dalam banyak keadaan, birokrasi pemerintah cenderung mematikan inisiatif  seumpama itu dan menekan perusahaan mereka.

Dalam pandangan laissez faire, kewajipan negara bukanlah untuk melakukan campur tangan bagi menstabilkan pengagihan kekayaan atau untuk menjadikan sebuah negara makmur bagi melindungi rakyatnya dari kemiskinan, melainkan bersandar sepenuhnya kepada sumbangan dan sistem pasaran.

Laissez faire juga menyatakan bahawa pemerintah tidak boleh memberi hak khusus dalam perniagaan. Misalnya, penganut dari laissez faire mendukung idea yang menyatakan bahawa pemerintah tidak boleh memonopoli atau menggunakan kekuasaan dan paksaan untuk merosakkan monopoli de facto.

 Pendukung dari laissez faire juga mendukung idea perdagangan bebas dalam erti negara tidak boleh melakukan langkah perlindungan seperti tarif dan subsidi di wilayah ekonominya.

Pada peringkat awal kewujudan teori ekonomi di Eropah dan Amerika, kelebihan sistem laissez faire telah mencetuskan konflik dengan sistem merkantilisme, yang telah menjadi sistem dominan di Britain, Sepanyol, Perancis dan beberapa buah negara Eropah yang lain.

Istilah laissez faire sering digunakan bergantian dengan istilah “pasaran bebas”. Beberapa pihak turut menggunakan istilah laissez faire untuk merujuk pada perilaku “biarkan terjadi” dalam hal-hal di luar bidang ekonomi. Laissez faire juga turut dihubungkan dengan Liberalisme klasik “Libertarianisme” dan “Objektivisme” yang perkataan asalnya diperkenalkan oleh George Whatley di dalam bukunya Principles of Trade (1774).

Liberalisme ekonomi telah ditolak oleh Paus Leo XIII kerana tidak menjamin keadilan sosial. Penekanan yang terlampau eksklusif terhadap kebebasan inilah yang dikatakan telah menghasilkan tabii ekonomi yang begitu menjolok. Bahkan buruh termasuk dalam pekiraan ekonomi sehingga dijadikan komoditi dalam bentuk lain.

 Masalah-masalah struktural seperti keadilan sosial, pembangunan infrastruktur nasional dan internasional, dan pemeliharaan keutuhan lingkungan hidup semakin tidak mampu ditanganinya.

Kebebasan mengadakan perjanjian memungkinkan munculnya monopoli, kartel, trust dan bentuk-bentuk penyelewengan lain terhadap prinsip kebebasan ekonomi. Kehidupan bersama yang tertib dan beradab sudah tiada erti lagi kerana  liberalisme ekonomi tiada peduli semua itu, ia tetap mengabaikan solidariti bermasyarakat, yang di tengah-tengahnya terdapat banyak warga miskin.

Bagaimanapun di satu pihak lain, liberalisme berupaya mengakhiri ekonomi feudal dan tradisional yang tidak sesuai lagi dengan persekitaran masyarakat yang penuh dengan ketidakadilan. Ia menghasilkan dinamika ekonomi moden yang memungkinkan menemui penyelesaian masalah kemiskinan dan meninggikan taraf hidup masyarakat moden.

Beberapa Ciri ekonomi liberal 

  • Semua sumber pengeluaran adalah milik masyarakat individu.
  • Masyarakat diberi kebebasan dalam memiliki sumber-sumber pengeluaran.
  • Pemerintah tidak ikut campur tangan secara langsung dalam kegiatan ekonomi.
  • Masyarakat terbahagi menjadi dua golongan, iaitu golongan pemilik sumber pengeluaran dan masyarakat pekerja (buruh).
  • Timbul persaingan dalam masyarakat, terutama dalam mencari keuntungan.
  • Kegiatan selalu mempertimbangkan keadaan pasaran.
  • Pasaran merupakan dasar setiap tindakan ekonomi.
  • Biasanya barang-barang produksi yang dihasilkan bermutu tinggi.

Kelebihan Ekonomi Liberal

  • Menumbuhkan inisiatif dan kreativiti masyarakat dalam mengatur kegiatan ekonomi kerana masyarakat tidak perlu lagi menunggu arahan dari pemerintah.
  • Setiap individu bebas memiliki sumber pengeluaran yang kemudiannya akan mendorong kepada penyertaan masyarakat dalam aktiviti perekonomian.
  • Timbul persaingan semangat untuk maju dari masyarakat.
  • Menghasilkan barang-barang bermutu tinggi disebabkan adanya persaingan semangat antara masyarakat.
  • Efisiensi dan efektivitas tinggi, kerana setiap tindakan ekonomi didasarkan kepada motif mencari keuntungan.

 

Kelemahan Ekonomi Liberal

  • Berlakunya persaingan bebas yang tidak sihat.
  • Masyarakat yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin.
  • Banyak terjadinya monopoli masyarakat.
  • Banyak terjadinya kerosakan dalam perekonomian kerana kesilapan mempergunakan sumber pengeluaran oleh individu.
  • Pemerataan pendapatan sukar dilakukan disebabkan adanya persaingan bebas tersebut.

 

Antara negara-negara di Asia yang masa ini sedia menganut fahaman liberalisme termasuklah India, Jepun, Korea Selatan, Filipina, Taiwan, Thailand dan Turki. Negara-negara di Asia yang mulai cenderung ke arah mendokong fahaman liberalisme pula termasuklah Myanmar, Kempuchea, Hong Kong, Singapura dan Malaysia.

            Singapura dan Brunei adalah negara kecil tetapi Singapura telah mengamalkan liberasi ekonomi yang tinggi. Kita tidak boleh membandingkan Brunei dengan Singapura kerana negara ini perlukan kepada liberalisasi ekonomi kerana mereka ketiadaan sumber asli.

            Berbanding singapura, Brunei memiliki aset kekayaan minyak dan gas yang tinggi. Kekayaan ini dapat digunakan sebagai dagangan untuk mendapatkan barangan keperluan ekonomi domestik

Justeru itu, mungkin liberalisasi ekonomi tidak perlu disegerakan kerana Brunei hanyalah sebuah negara kecil yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah. Tambahan lagi pendapatan per kapita di antara yang  tertinggi kerana didokong kuat oleh pertumbuhan sektor minyak dan gas.

Namun demikian, dalam konteks yang lebih umum,  Parti Pembangunan Bangsa(NDP), seperti yang dilakarkan dialam Manofesto Politiknya 2006-2016 komited untuk  menyukong sebarang  usaha pihak Kerajaan Kewbawah DYMM untuk “mendemokrasikan dan memperkukuhkan kebebasan menjalankan aktiviti ekonomi dan perniagaan di dalam  negeri dan dengan dunia luar, serta menggubal dan mewujudkan dasar dan sistem ekonomi yang bebas, bermoral, liberal, mesera pasaran (market-friendly), mengutamakan sistem perkongsian keuntungan dan kerugian yang sekali gus mengenepikan sistem riba, selagi kesemuanya tidak bertenangan dengan Syariat Islam dan keadilan sosial”.

Perkara yang paling penting bagi Brunei pada ketika ini ialah bagaimana mengagihkan kekayaan negara secara adil kepada semua kelompok masyarakat – Wallaha’alam. (mmo).

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.