Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

KURSUS ASAS KEWANGAN  NDP

LIMBARUH HIJAU OGOS 2009 - satu Kursus Asas Kewangan telah diadakan pada 19 Ogos 2009 lepas di Markas Pusat Limbruh Hijau bagi tujuan meningkatkan pengetahuan pengurusan kewangan di semua peringkat khususnya  diperingkat ranting.

Kursus  dianjurkan oleh Jawatankuasa Kewangan dan dikendalikan oleh Saudara Haji Muhammad bin Haji Suhaili, yang juga bertindak sebagai Juruaudit Dalaman NDP.

Seramai 45 orang Setiausaha dan Bendahari dari seluruh negara menghadiri kursus berkenaan berkenaan.

Bendahari Agung Saudara Haji Aminorashid bin Haji Ghazali menerangkan tujuan kursus  itu antaranya ialah bagi memberikan kefahaman dan kesedaran akan pentingnya jawatan Bendahari dalam sesebuah organisasi dan mengharapkan mereka akan dapat memainkan peranan aktif khususnya dalam mengawal kewangan, seperti perbelanjaan, penyimpanan dan  perbelanjaan.

Beliau seterusnya menerangkan antara perkara yang perlu diambil tindakan segera oleh Bendahari Ranting-Ranting ialah pengutipan yuran tahunan kepada ahli-ahli selain berusaha mendapatkan sumber kewangan sama ada melalui sumbangan ahli atau mengadakan projek atau aktiviti yang boleh menambah tabung .

Dalam kursus  itu  beberapa perkara telah disentuh oleh pengkursus berkenaan. Antaranya objektif kursus berkenaan iaitu memberikan pendedahan tentang keperluan-keperluan mengurus kewangan parti dan membincangkan tentang urusan kewangan parti seperti yang dituntut dalam perlembagaan parti.

Selain itu ianya juga dihasratkan untuk memperjelaskan peranan Audit Dalaman dan Audit Bertauliah dan menerangkan pentingnya keperluan Penyata Kewangan dan hubungannya dengan Pendaftar Pertubuhan.

Beliau seterusnya menambah rasionalnya terdapat Setiausaha-Setiausaha dan Bendahari-Bendahari cawangan belum mendapat pendedahan mengenai pengurusan kewangan parti secara sistemetik.

Dalam hal ini terdapat juga beberapa cawangan NDP yang gagal menyediakan laporan kewangan secara berkesan. Beliau juga menyentuh keadaan semasa amat memerlukan pelaksanaan pengurusan kewangan yang efektif dan memuaskan dengan memberi penekanan terhadap penyediaan laporan yang lebih praktikal.

Diakhir kursus Bendahari Agung memaklumkan bahawa satu kursus lanjutan mengenai kewangan serupa akan diadakan selepas Hari Raya nanti.

Turut hadir menutup kursus berkenaan Saudara Juned Haji Ramli, Setiausaha Agung NDP, yang turut menasihatkan kepada semua peserta agar menggunakan segala ilmu yang diperolehi daripada kursus itu apabila pulang ke ranting-ranting mereka.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.