BANDAR SERI BEGAWAN: Malaysia dan Brunei akan meluaskan skop perbincangan ke arah mewujudkan kerjasama lebih kukuh dalam pelbagai bidang utama pada Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei ke-13 di sini yang bermula esok.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari, berkata delegasi besar negara diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut disertai lapan Menteri Kabinet dan Ketua Menteri Sabah serta Sarawak.
Katanya, kedua-dua negara juga dijadual menandatangani perjanjian Pengecualian Cukai Berganda (DTA) di Istana Nurul Iman, esok.
Beliau berkata demikian pada sidang media di The Empire Hotel and Country Club di sini, hari ini. (Dipetik dari Berita Harian)