Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Jalin hubungan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

LIMBARUH HIJAU 07 SEPTEMBER 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) akan terus berusaha memberikan sokongan dan dokongan kepada apa jua usaha KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda untuk mempastikan negara berkekalan menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang aman damai serta sentiasa mendapat keampunan Allah (Baldatun Tahyyibatun Wa Rabbun Ghaffur).

Perkara ini ditekankan di sesi perjumpaan antara Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy dengan Yang Berhormat Pehin Dato Awang Haji Ahmad Jumat, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) pada pagi Sabtu baru lalu.

Presiden NDP telah membuat kunjungan muhibbah kepada Yang Berhormat Pehin Dato Awang Haji Ahmad Jumat di pejabat Pehin Menteri di Bagunan KKBS di Jalan Kebangsaan Baru, Berakas. Beliau ditemani oleh sdra Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden NDP. Juga hadir di sesi perjumpaan yang berlangsung dengan penuh kemeseraan dan mahabbah itu ialah Dato Paduka Awang Haji Jemat Ampal, Setiausaha Tetap di KKBS.

Di sesi perjumpaan tersebut YB Pehin Dato Awang Haji Ahmad Jumat mengambil kesempatan mengalu-alukan kunjungan muhibbah Presiden NDP dan rombongan ke kementerian beliau yang bertujuan semata-mata untuk menjalin persefahaman dan hubungan kerjasama antara NDP dan KKBS.

Sebaik selesai perjumpaan dengan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Ayahnda Presiden NDP dan Timbalan Presiden beredar ke dewan mesyuarat KKBS untuk mendengarkan taklimat dari pegawai-pegawai KKBS.

Dato Paduka Awang Haji Jemat Ampal juga hadir sama di sesi taklimat tersebut yang juga turut menyaksikan perbincanagn yang menarik mengenai kerjasama yang boleh dijalin antara NDP dan KKBS.

Ahli-ahli rombongan Presiden NDP yang hadir terdiri dari sdra Haji Kasin Safar, Penolong Setiausaha Agung NDP, sdra Haji Mohiddin Pengarah DP Haji Othman, Naib Presiden NDP Brunei-Muara, sdra Haji Hanafi bin Mohd Daud, Naib Presiden NDP Tutong, sdra Haji Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait, sdri Hajah Saemah Kefli, Ketua Himpunan Wanita, sdra Ak Hj Sharilan Pg Hj Ahmad, Ketua Himpunan Pemdua dan Awang Haji Adinin Mayalin, Penolong Bendahari NDP.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.