Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Hentikan kempen takut-takutkan rakyat kepada politik, NDP

BEBULOH 3 OGOS 2009 - KETUA Ranting Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Bebuloh mengesa ahli-ahli parti dibawah kawalan beliau serta penduduk Kampong Bebuloh amnya agar tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita yang senghaja direka-reka oleh pihak-pihak tertentu semata-mata untuk menakutnakutkan rakyat kepada politik khusunya kepada NDP.

Di majlis ramah mesra ahli-ahli Majlis Eksekutif Ranting Bebuloh bagi sesi 2009 - 2012 bersama Presiden NDP dan beberapa ahli-ahli Majlis tertinggi Pusat, sdra Yusop Belangan juga menyeru agar pihak kerajaan membawa berunding NDP dalam apa-apa jua kepentingan dan permasaalahan yang melibatkan penduduk  serta  rakyat  di negara Brunei Darussalam ini.

"Tujuan dan matlamat Parti Pembangunan Bangsa (NDP) adalah semata-mata untuk menyokong dan

membantu usaha-usaha pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam serta agensi-agensi lain".’

"Ingin juga saya kongsikan petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang berbunyi, "Apa pun jua halnya penglibatan kita dengan isu-isu serantau dan antarabangsa, namun usaha-usaha dalaman tetaplah dipergiatkan bagi memenuhi keperluan dan kepentingan negara. Maka sehubungan dengan itu semua pihak dari sektor awam sampai kepada sektor  swasta dan bahkan juga orang ramai hendaklah sama-sama berganding bahu menjana kemajuan dan pembangunan negara..."

Selaras dengan titah tersebut dan bagi menyambut titah baginda, tegas sdra Yusop bin Belangan, Parti Pembangunan Bangsa melalui Ranting Bebuloh bertekad akan terus menyokong  dan membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Zuriatnya Baginda dalam apa jua usaha membangun bangsa dan negara termasuk usaha menegakkan serta mempertahankan Islam dan syariat-nya Ad-Din di Negara Brunei Darussalam.

Parti Pembangunan Bangsa, tegasnya lagi akan terus menyokong dan membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan yang bersifat adil tidak mengira bangsa dan penganut agama-agama lain.

Menurutnya lagi dalam jangka masa empat tahun Parti Pembangunan Bangsa telah mengorak beberapa langkah kemajuan didalam merungkai beberapa masaalah kesempitan hidup rakyat.

Sekiranya ada yang terlepas pandang oleh pihak-pihak yang berkenaan, dengan adanya NDP dapatlah menimbulkannya seperti  soal kemiskinan, ekonomi, pendidikan, orang-orang kurang berkemampuan dan sebagainya.

"Parti Pembangunan Bangsa terus mendukung dan membantu serta mengamat amati hasrat  kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan demi menyahut kehendak pihak kerajaan dan agensi-agensi lain didalam sama-sama memajukan dan meningkatkan sumber ekonomi, sosial, pendidikan, kebajikan dan sebagainya serta memelihara kedaulatan sesebuah negara yang aman dan makmur".

"Parti Pembangunan Bangsa adalah bergerak seiringan dengan pihak-pihak kerajaan dinegara Brunei Darussalam ini", tegas beliau di Majlis Perkenalan Ahli-Ahli Majlis Eksekutif Ranting Bebuloh dengan Presiden NDP dan beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang berlangsung di Dewan Serbaguna Bebuloh.

Sdra Yusop bin Belangan juga menekanan dalam usaha tersebut Parti Pembangunan Bangsa terus memainkan peranan membantu agensi-agensi  kerajaan dan bukan kerajaan memantau serta menyusur desa untuk menyingkap seluruh kampong di pendalaman untuk mengenal pasti permasaalahan penduduk-penduduk kampong yang tinggal diluar bandar seperti hal-hal kebajikan, kemiskinan, ibu-ibu tunggal, anak-anak kurang mendapat pendidikan yang sempurna, klinik-klinik perubatan dan sebagainya.

Parti Pembangunan Bangsa juga tambahnay melalui Ranting Bebuloh akan terus menyokong dan membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan menegakkan serta mempertahankan Ketuanan Melayu Muslim di negara Brunei Darussalam tanpa adanya sebarang diskriminasi atau ketidak  adilan terhadap bangsa-bangsa dan kaum-kaum yang termaktub dalam perlembagaan Negara Brunei Darussalam

"Ini terbukti  Parti Pembangunan Bangsa telah dapat merungkaikan masaalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha peladang padi  Kampong Bebuloh yang diketuai oleh Ketua Kampong Bebuloh sejak 2003".

"Umpamanya membina jalan kecil keladang  padi sebelumnya pihak-pihak berkenaan tidak mengambil perhatian terhadap masaalah tersebut, ianya hanya perbelajaan pesawah-pesawah padi itu  sendiri membina jalan yang  jauhnya kira-kira 2 kilometer".

"Dengan adanya Parti Pembangunan Bangsa ini menyuarakan dan menyusul kembali segala permohonan-permohanan yang awal maka pihak kerajaan telah mengambil perhatian sewajarnya", tambah sdra Yusop Belangan.

Menurut beliau pada 24 Jun 2008 ahli-ahli  Parti Pembangunan Bangsa  Ranting Bebuloh  telah menimbulkan semula masaalah ini  kepada pihak-pihak  yang  berkenaan mengenai  ladang  pertanian secara berkelompok  ini, maka pada penghujung  tahun  2008 projek tersebut  telah diambil perhatian oleh pihak kerajaan sehingga dapat membaik pulih jalan-jalan kecil yang menuju ke ladang-ladang  padi serta membina satu longkang dan parit untuk mengalirkan  air ke sawah-sawah padi, disamping  itu membina petak-petak bagi setiap pesawah padi yang terdapat  diladang  padi  kampong Bebuloh ini.

"Peladang-peladang  padi  ini kebanyakanya adalah ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa Ranting Bebuloh", kata sdra Yusop Belangan sambil menambah Parti Pembangunan Bangsa melalui Ranting Bebuloh sentiasa berkerjasama dengan Majlis Perundingan Kampong  didalam perladangan padi, Penubuhan Badan Kebudayaan Tradisional Puak Bisaya dan Bengkel Kraf  tangan  yang sedang  giat  diusahakan  pada  masa ini.

"Demi mengekalkan  usaha-usaha ini saya Ketua Ranting Bebuloh berharap  agar  kegiatan-kegiatan seperti ini berterusan  sebagaimana dalam pertanian inya adalah untuk menjana kemajuan  sumber  ekonomi  negara, begitu juga usaha-usaha yang  lain seperti  kebudayaan dan kraf tangan haruslah dikekalkan kerana ianya melambangkan satu-satunya identiti sesuatu puak itu".

"Maka dengan itu sudah jelas  bahwa matlamat  Parti Pembangunan Bangsa tidak lain dan tidak bukan adalah menyokong  dan  membantu  didalam semua usaha-usaha  pihak  kerajaan  untuk  menyelesaikan  masaalah  rakyat  yang  mereka  hadapi  mahupun  pada masaalah  diri  kita  sendiri.

"Sehubungan dengan itu saya ingin menyampaikan  hasrat  Parti Pembangunan Bangsa supaya  sama-sama diajak  berunding  sama  dengan pihak kerajaan didalam apa-apa jua kepentingan dan permasaalahan penduduk  serta  rakyat  di negara Brunei Darussalam ini", ujar sdra Yusop Belangan.

"Adalah menjadi hasrat  Parti Pembangunan Bangsa untuk sama-sama berganding  bahu dan berkerjasama dengan pihak kerajaan sepertimana yang terkandung didalam perlembagaan  Parti Pembangunan Bangsa didalam visi, misi dan  objektif  utama  parti  iaitu…’’Menyokong Dan Membantu Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam".

Sehubungan dengan itu sdra Yusop Belangan sekali lagi menyeru  kepada ahli-ahli  Parti Pembangunan Bangsa  Ranting  Bebuloh untuk  menyebar  luaskan  mengenai tujuan  dan  matalamat  sebenar  parti dan janganlah asyik mendengar khabar-khabar  angin konon-kononya Parti Pembangunan Bangsa ini menentang  pihak kerajaan mahupun agensi-agensi lain.

"Dengan tegasnya  saya sebagai Ketua Ranting  Bebuloh menyatakan, cerita-cerita sebegitu rupa adalah tidak  wajar  sama sekali ianya semata-mata  hanya  untuk  menghasut  rakyat  di negara Brunei  Darussalam  ini supaya jangan menjadi ahli politik. Jika mahu kepastian kepada yang belum menjadi ahli parti ambil lah peluang ini nescaya seseorang itu nanti akan faham matlamat dan peranan parti ini", tegas beliau.

"Akhir  sekali saya menyeru sekali lagi kepada penduduk-penduduk kampong dan rakyat dinegara ini sambutlah peluang-peluang  sebagai ahli Parti Pembangunan Bangsa dan sokong serta bantulah hasrat parti demi sama-sama berkerjasama dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam", seru sdra Yusop Belangan.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.