Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Brunei Darussalam-Malaysia promosi kerjasama ekonomi

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 5 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menyatakan bahawa kini masanya amat sesuai untuk Negara Brunei Darussalam dan Malaysia menumpukan usaha sebagai rakan, bagi mempromosikan kerjasama ekonomi, terutama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga dan pelancongan.

Kerjasama kedua-dua negara dalam bidang-bidang tersebut, titah baginda, dapat dipermudahkan lagi dengan adanya beberapa mekanisme dua hala yang sedia wujud, terutama Perundingan Tahunan semenjak tahun 1997.

Menyatakan demikian dalam titah di Majlis Santap Rasmi di Istana Nurul Iman bagi meraikan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, sempena Perundingan Tahunan Kali Ke-13 di antara Negara Brunei Darussalam dengan Malaysia baginda menjelaskan, perundingan tersebut amatlah berfaedah untuk menilai dan menyelaras serta meningkatkan lagi kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dengan Malaysia.

Menurut baginda, para pegawai kedua-dua negara juga berpeluang luas untuk bekerjasama lebih rapat di Koridor Pembangunan Sabah, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak dan Iskandar Malaysia di Semenanjung Malaysia.

“Demikian juga, peluang itu turut terbuka di dalam bidang-bidang tertentu, seperti bidang pertanian, pelancongan, perikanan, perbankan Islam dan produk-produk halal,” titah baginda.

Pada kesempatan itu, baginda juga mengalu-alukan penyertaan pelabur-pelabur dari Malaysia dalam projek-projek infrastruktur di Negara Brunei Darussalam, seperti Projek Skim Perumahan Kebangsaan yang kini diusahakan oleh sebuah syarikat Malaysia.

Menyentuh mengenai penandatanganan Perjanjian Pengecualian Cukai Berganda yang baru dicapai, baginda menyatakan ianya akan mewujudkan suasana yang lebih kondusif bagi menggalakkan lagi pelaburan dan perdagangan di antara kedua-dua buah negara.

Selain dari itu, titah baginda lagi, usaha sama secara khusus bagi pembangunan infrastruktur pengangkutan, patutlah juga dipercepatkan bagi memudahkan lagi kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia dengan Koridor Pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Baginda menambah titah, ini akan memberi juga laluan untuk kedua-dua negara mencapai matlamat kerjasama serantau terutama di bawah kawasan BIMP-EAGA. (Laporan dan gambar ehsan Pelita Brunei)
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.