Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Al-Qur’an teman dan guru

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa bertitah di Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara bagi tahun 1430 Hijrah di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
(Foto : Mohh. Zul-Izzi Haji Duraman)
Gambar ehsan Pelita Brunei

BERAKAS, Ahad, 6 September. -Al-Qur’an adalah segala-galanya. Ia adalah teman, sahabat, guru, malahan juga santapan, pakaian dan perhiasan.

Orang yang berdamping dengan Al-Qur’an adalah orang yang redha dengan Allah, menerima tanpa ragu-ragu akan segala berita dan pengajaran yang dibawa oleh Al-Qur’an selaku Kitabullah.

Manakala mereka yang lari dari Al-Qur’an, bererti lari daripada Allah, jelas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika bertitah di Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Negara Tahun 1430 Hijrah di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.

Baginda bertitah, sejarah telah merakamkan bukti, bahawa melanggar ketentuan dan hukum-hakam Allah, biasanya akan membawa padah, sebagaimana terbukti dari kisah umat-umat dahulu kala yang disebutkan di dalam Al-Qur’an.

Semuanya itu, tegas baginda adalah berstatus iktibar dan merupakan amaran bagi umat-umat yang terkemudian, tidak terkecuali juga kita di zaman sekarang, sebagai umat di akhir zaman.

Oleh yang demikian, baginda menegaskan agar umat manusia ketika ini supaya belajar daripada semua kejadian umat-umat yang terdahulu, di samping menjadikannya iktibar yang sangat penting.

Adalah amat ditakuti, titah baginda, akibat dari tangan-tangan manusia sendiri yang memperlekehkan hukum-hakam Allah Ta’ala dengan terus menerus melanggar ketentuan-ketentuan halal-haram di dalam permakanan, pergaulan dan seumpamanya, akan berlaku kemurkaan Allah dengan menimpakan azab-Nya dengan pelbagai bentuk seperti bencana-bencana alam, huru-hara, kekurangan makanan, wabak-wabak penyakit dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, baginda amat bersyukur kerana kita di Negara Brunei Darussalam ini tergolong di dalam golongan orang-orang yang mengimani Al-Qur’an, di samping mempercayai segala berita dan pengajaran yang terdapat di dalam Al-Qur’an. (Dipetik dari Pelita Brunei)

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.