Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Abad 21 membawa peluang memberangsangkan kepada rantau ASEAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bersabda, abad ke-21 setentunya membawa peluang-peluang baru yang memberangsangkan kepada rantau ASEAN tapi juga memberikan banyak cabaran-cabaran baru yang serius.

Dalam sabda Duli Yang Teramat Mulia sempena Hari ASEAN juga menjelaskan beberapa cabaran itu menguji sumber-sumber, komitmen dan kepakaran ASEAN, di mana sebahagian lagi terlalu besar bagi persatuan serantau itu, iaitu mereka menguji seluruh dunia.

Menyentuh mengenai tema ulang tahun ASEAN tahun ini, DYTM seterusnya bersabda ia meminta ASEAN untuk mempromosikan idea 'ASEAN Hijau' dan menyeru semua anggota pertubuhan serantau itu supaya menerima tuntutan-tuntutannya, bertindak seperti yang sewajarnya dan memberikan satu contoh di rantau ini sendiri.

DYTM dalam sabda seterusnya menjelaskan ia memerlukan ASEAN untuk bekerjasama rapat dengan rakan-rakan antarabangsa mengenai masalah-masalah yang mempersoalkan hampir segalanya tentang cara hidup kita, di mana ia mengajak ASEAN untuk mengambil maklum akan tanggungjawab rantau dan negara ASEAN malahan tanggungjawab peribadi.

Tema itu, sabda DYTM lagi menggesa semua pihak untuk lebih bertindak daripada hanya mengungkapkan kata-kata, “Perubahan Iklim”, “Krisis Tenaga”, “Krisis Makanan”, “Krisis Ekonomi”, “Pandemik” dan sebagainya.
Secara ringkas sabda DYTM lagi, tema kali ini menaikkan semangat piagam baru ASEAN.

Di akhir sabda, DYTM menjelaskan Negara Brunei Darussalam berharap untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi menjadikan penduduk di rantau Asia Tenggara betul-betul berbangga dengan rantau mereka ini. ipetik dari Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.