MIME-Version: 1.0 Content-Type: multipart/related; boundary="----=_NextPart_01CA4138.D31FC890" This document is a Single File Web Page, also known as a Web Archive file. If you are seeing this message, your browser or editor doesn't support Web Archive files. Please download a browser that supports Web Archive, such as Windows® Internet Explorer®. ------=_NextPart_01CA4138.D31FC890 Content-Location: file:///C:/4CC0C882/25_TAHUN_BRUNEI_DI_PBB.htm Content-Transfer-Encoding: quoted-printable Content-Type: text/html; charset="us-ascii"
25 TAHUN BRUNEI DI PBB:
MENGENANG SUMBANGAN RAKYAT
(Mahmud Morshidi Othman)

&nbs=
p;
Dan ingatlah bahawa Allahlah yang
melantik kamu sebagai khalifah bagi planet bumi ini. Dan Dialah juga yang
memberikan pangkat yang lebih tinggi kepada sesetengah kalangan daripada ka=
mu
untuk menguji sama ada orang yang dikurniakan pangkat itu menunaikan
tanggungjawabnya ataupun tidak. Ingatlah bahawa Tuhanmu boleh mengazab kamu
dengan segera sekiranya kamu ingkar. Dan insaflah bahawa Tuhanmu boleh
mengampunkan kamu sekiranya kamu taat kerana Dia adalah Tuhan yang Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani.
&nbs=
p; &=
nbsp; &nbs=
p; &=
nbsp; &nbs=
p; &=
nbsp; &nbs=
p; &=
nbsp; (Surah
al-Ana’m 6: 165)
Penjajahan adalah satu kemungkaran.
Penjajah itu jahat kerana amalannya menzalimi dan menyekat kebebasan rakyat
yang dijajah.
&nbs=
p;
Brunei mula dijajah melalui perjanji=
an
dengan Inggeris pada tahun 1888. Sejak ia dijajah, rakyatnya seolah-olah
seperti hamba kepada bangsa Inggeris kerana segala hasil mahsul negara dian=
gkut
ke luar, undang-undang Syariah diperkecil dan disempitkan, proses pendidika=
n dihadkan
dan dilambat-lambatkan, kemiskinan menjadi-jadi.
Taat setia semua rakyat Brunei mesti
ditumpahkan kepada raja Inggeris di England. Generasi terdahulu tentu masih
ingat bagaimana setiap tahun rakyat Brunei dipaksa menyambut dan merayakan =
hari
jadi Queen Elezebeth setiap hari sabtu kedua bulan Jun dengan mengadakan
perbarisan kehormatan di Padang Besar Pekan Brunei (Padang Omar Ali Saifudd=
ein
sekarang). Hari itu cuti Am, hari perayaan!
Rakyat sedar bahawa mereka wajib
menentang kemungkaran ini. Rasulullah s.a.w. telah mengamanatkan kepada
umatNya:
Daripada Abu Said al-Khudri
Rasulullah SAW bersabda,“Siapa juga (dari kalangan umatKu)
yang melihat kemungkaran, dia wajib menentang dengan tangannya. Jika tidak
mampu, maka dengan lidah dan jika tidak mampu juga maka tentanglah dengan h=
ati.
Ingatlah bahawa itulah tanda bahawa mereka orang yang lemah iman” &nb=
sp; =
=
(Bukhari
dan Muslim)
&nbs=
p;
Dalam konteks negara, maksud menenta=
ng
dengan tangan ialah dengan kuasa politik. Menentang dengan lidah ialah bers=
uara
dan melahirkan rasa tidak puas hati melalui bantahan dan sikap tidak berset=
uju
dengan jelas. Sementara menentang dengan hati pula ialah menyimpan perasaan
tidak redha terhadap keadaan kemungkaran yang berlaku dengan cara tidak
memberikan kerjasama.
&nbs=
p;
Pada peringkat awal penjajahan, raky=
at
Brunei tidak ada kemampuan untuk menentang Inggeris melalui kuasa politik
kerana kuasa tersebut telah hilang dari tangan raja. Kemudiannya mereka juga
tidak boleh menentangnya dengan lidah kerana hak bersuara mereka turut dise=
kat.
Barua-barua penjajah sentiasa menung=
gu
untuk menggari tangan yang menentang mereka dan menyumbatkannya ke dalam
penjara. Langkah terakhir yang ada pada rakyat hanyalah memilih cara yang diamalk=
an
oleh orang mukmin yang lemah imannya, iaitu tidak redha dan tidak mahu
bersekongkol dengan penjajah.
Sebenarnya perjuangan mempertahankan
kemerdekaan dan menuntut kembali kemerdekaan Negara Brunei Darussalam bermula sejak 500 tahun yang lalu =
di
mana pelbagai lapisan rakyat dari kalangan kerabat diraja mahupun rakyat bi=
asa
telah sama-sama terlibat dalam perjuangan tersebut.
Diawal kurun ke 15, Sultan Hassanal
Bolkiah I, telah berjaya menjadikan Brunei sebuah empayar. Brunei dicemburui
oleh kuasa-kuasa barat yang berusaha untuk menakluki Brunei. Ketika itu
muncullah wira-wira putra raja, antaranya, Pengiran Bendahara Sakam di bawah
pemerintahan Sultan Saiful Rijal yang mengepalai angkatan bersenjata Brunei
menentang kemaraan penjajah Sepanyol (1578) yang diketuai oleh Dr. Francisc=
o de
Sande.
Sekadar contoh, kepahlawanan Haji Sa=
man
(1846) yang menentang tentera James Brooke=
berjaya menyelamatkan Sultan dan Negara Brunei daripada kekuasaan as=
ing.
Dan banyak lagi wira-wira bangsa yang telah gugur dalam medan perjuangan
menentang penjajahan. Setiap generasi wujud nama-nama pahlawan terbilang ya=
ng
belum terungkap.
Diawal kurun ke 20, sejarah Brunei t=
elah
mempamirkan ramai tokoh-tokoh dari istana&=
nbsp;
yang mendepani generasi mereka menentang penjajahan. Umpamannya, Sultan Ahmad Tajuddin (1913 - 1950)
berjuang untuk mengembalikan kekuasaan Brunei Raya dan Sultan Omar Ali Sdaifuddein ( 1914 –1986) pu=
la
bergelut dengan penjajah British melalui senjata diplomasi Baginda untuk
membebaskan Brunei dari cengkaman Inggris.
Sezaman dengan Sultan Omar Ali
Saifuddein, ditakdirkan Allah SWT
lahir pula tokoh-tokoh
rakyat seperti A.M. Azahari, =
Yasin
Affandy, H.M Salleh, H.B Hidup, Zaini Hj Ahmad, Omar Tamin, Jais Hj. Karim, Misir
Keruddin, Hj. Mohamad Manggol, Jais Abbas, Tinggal Muhamad, Othman Latif dan ratusan lagi pemimpin-pemimpin akar umbi
lainnya.
Mereka inilah yang sanggup berdepan
dengan cabaran getir sehingga terpelusok ke dalam Khemah Tahanan. Ada yang
ditahan sehingga 27 tahun lamannya tanpa dibicarakan, malah ada yang meninggal dunia dal=
am
Khemah Tahanan. Ada juga mereka yang terpaksa mendapatkan perlindungan poli=
tik
diluar negeri dan meneruskan perjuangan kemerdekaan dari luar berpuloh tahun lamanya. Dan tidak
kurang, ada diantara mereka yang kembali kerahmatullah semasa dalam buangan
diluar negeri. Sehingga kini, masih ada lagi pejuang kemerdekaan yang terpaksa berkelana diluar neg=
ara.
Mereka yang datang dari istana dan
teratak rakyat inilah wira-wira bangsa yang mendepani zaman mereka, justeru
mereka tidak harus dilupakan oleh semua lapisan rakyat sampai bila-bila kec=
uali
kalau kita turut melihat mereka dari perspektif penjajah.
Apalah makna kemerdekaan hari ini ji=
ka
perjuangan generasi terdahulu diketipikan, dan di manakah pejuang-pejuang
generasi hari ini kalau langkah mulanya tidak dilangkaukan oleh mereka yang
terdahulu.
Apakah salahnya perjuangan rakyat Br=
unei
yang hendak merayakan kembali negaranya, yang hendak memartabatkan kembali
maruah bangsa Melayu dan rajanya yang telah tercalar akibat penjajahan bang=
sa
Inggeris yang ego dan angkuh itu?
Kuasa pentadbir Inggris sanggup berb=
uat
apa saja asalkan ia dapat terus menjajah dan menjarah bumi Brunei.
Allah telah mentakdirkan, pada 22 Ju=
lai
1975, perwakilan Parti Rakyat Brunei (PRB) dalam buangan telah berkesempatan
membentangkan kes tuntuan kemerdekaan Brunei di hadapan Jawatankuasa Khas P=
BB.
Buat kali pertama suara rakyat Brunei berkumandang di PBB dimana A.M. Azaha=
ri,
Presiden PRB telah mengemukak=
an
tuntutan penentuan nasib masa depan sendiri dan kemerdekaan bagi negerinya
– Brunei Darussalam.
Sidang ini menerima satu ketetapan yang dikemukakan oleh PR=
B yang
menyeru diadakan rundingan tiga segi (Tripartie Conference) di antara Wakil
Kerajaan Inggeris, Kebawah DY=
MM
Sultan Dan Yang Dipertuan dan
Perwakilan PRB bagi menetapkan tarikh kemerdekaan Brunei (Dokumen PBB No. A=
/AC
109/L 1052). Ketetapan ini telah diluluskan oleh komittee 24 pada 24 Julai
1975.


Walaupun ada percubaan oleh kuasa-ku=
asa
asing untuk mengenepikan Kebawah DYMM dalam rundingan penting itu, namun PRB
berkeras supaya sebarang penyelesaian mengenai nasib masa depan Brunei
hendaklah merundingi sama Kebawah DYMM Sultan. Bagi PRB merayakan negara ba=
ngsa
Brunei dan memperjuang dan mempertahankan kedaulatan Sultan adalah antara m=
isi
perjuangannya.
Penjajah British gelabah apabila
resolusi ini luluskan oleh Komiti 24 dari Jawatan Kuasa Khas PBB itu. Berik=
utan
itu bekerja keraslah mereka yang berkepentingan untuk menjarakkan lagi PRB =
dan
Istana. Akhirnya mereka berjaya menggagalkan khendak resolusi ini.
PRB sekali lagi menerima undangan un=
tuk
berucap di Komiti Empat Perhimpunan Agung PBB kali ke 30 untuk membentangkan
kes kemerdekaan Brunei. Sidang ini telah meluluskan sebuah lagi resolusi dokumen no. A/C.4/L.1103
bertarikh 12 November 1975 yang kemudiannya diluluskan oleh Perhimpunan Agu=
ng
PBB pada 8 Disember 1975 yang dikenali sebagai Resolusi 3424 (XXX) seperti
berikut:


Dokumen Resolusi 3424 (xxx)

(terjemahan):
i.&n=
bsp; Memperbaharui
pengakuan hak yang tidak berbelah bahagi bagi rakyat Brunei untuk menentukan
nasib mereka sendiri dan untuk kemerdekaan sesuai dengan deklarasi bagi
memberikan kemerdekaan kepada negeri-negeri dan rakyat yang terjajah yang
terkandung dalam resolusi perhimpunan agung resolusi 1514 (XV);
ii.&=
nbsp; Meluluskan
fasal dari laporan Panitia Khas mengenai hal keadaan yang melibatkan
perlaksanaan deklarasi bagi memberikan kemerdekaan kepada negeri-negeri dan
rakyat yang terjajah yang bersangkutan dengan Brunei;
iii.=
Menyeru
kepada kuasa pentadbir, selaras dengan tanggungjawabnya selaku ketua pentad=
bir
supaya mengambil segala langkah yang layak dilakukan untuk memudahkan supaya
diadakan pilihanraya yang bebas dan demokratik oleh pihak yang berkenaan di
Brunei dengan muafakat dengan Persyarikatan Bangsa-Bangsa Bersatu dan di ba=
wah
kelolaan Persyarikatan Bangsa-Bangsa Bersatu sesuai dengan hak yang tidak
berbelah bahagi dari rakyat Brunei untuk menentukan nasibnya sendiri dan un=
tuk
merdeka dan selanjutnya menyeru supaya sebelum diadakan pilihanraya itu
dibatalkan larangan ke atas semua parti-parti politik dan supaya dibenarkan
semua pejuang-pejuang politik yang berada dalam buangan di luar negeri pada
masa ini untuk pulang ke Brunei supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam
pilihanraya itu dengan bebas sepenuhnya;
iv.&=
nbsp; Menyeru
kuasa pentadbir, sesuai dengan peruntukan-peruntukan dari keputusan-keputus=
an
perhimpunan agung yang berkenaan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pan=
itia
Khas;
v.&n=
bsp; Meminta
Panitia Khas supaya terus mengkaji kedudukan wilayah tersebut dan melaporkan
kepada perhimpunan agung di sidangnya yang ketiga puluh satu.
Malangnya, kuasa pentadbir sebagai
pelopor demokrasi sanggup mengenepikan Resolusi PBB No 3424(xxx) bertarikh =
8hb.
Disember, 1975 tersebut. Walaupun demikian, resolusi berkenaan disahkan sem=
ula
oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1976 dibawah dokumen 31/56 (XXXI)
bertarikh 1 Disember 1976. Se=
kali
lagi pada tahun 1977, resolusi berkenaan disahkan semula, iaitu pada 9 Disember 1977
dibawah dokumen No 32/27 (XXX=
II).
Keengganan Inggeris untuk melaksanak=
an
resolusi PBB tersebut mencerminkan keangkuhan mereka dan merupakan penghina=
an
terhadap negara-negara yang cintakan kedamaian dan keamanan, khususnya
negara-negara yang bertindak menyokong resolusi tersebut untuk membantu Bru=
nei
mencapai kemerdekaan.
&nbs=
p;
Selain Malaysia selaku penaja utama
resolusi-resolusi berkenaan, negara-negara lain yang turut bertindak sebagai
penaja bersama resolusi PBB 3424 itu terdiri dari Indonesia, Mesir, Libya,
Algeria, Saudi Arabia, Iraq, Lubnan, India, Pakistan, Rusia, Turki dan juga
negara-negara lain di Benua Asia dan Afrika. Liberia, Somalia, Syria dan
Tanzania. 90 negara menyokong resolusi ini, 14 berkecuali dan tiada yang
menentang.
Juara demokrasi dunia Amerika dan
Britain tetap berkecuali kerana demokrasi bagi mereka hanya berlaku sepanja=
ng
yang menguntungkan mereka sendiri.
Semua parti-parti politik di Malaysi=
a,
Negara yang menjadi hos perjuangan gelombang ketiga PRB terdiri dari PAS, M=
CA,
MIC, DAP PRSM, Berjasa serta Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan NGO juga
memberikan sokongan penuh mereka kepada PRB.
Rasanya, tidak siapa pun dapat menaf=
ikan
sumbangan PRB yang mewakili aspirasi seluruh rakyat Brunei, yang berhempas
pulas memberikan tekanan politik dan diplomatik terhadap penjajah British
melalui Badan Dunia itu supaya membebaskan Brunei dari cengkaman penjajahan
British.
Sementara itu, dari dalam negeri pul=
a,
Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan juga tidak
kendur-kendurnya memberikan tekanan kepada kuasa pentadbir British sehingga=
lah
kuasa pentadbir British tiada pilihan melainkan memberikan kemerdekaan penuh
kepada Brunei Darussalam pada 1hb Januari 1984.
Sesuai dengan peranannya sebagai par=
ti
siasah yang mendukung kedaulatan raja, PRB telah berjaya melaksanakan tugas
nasionalnya merintis laluan Brunei ke PBB.
PRB telah berjaya mengorakkan permai=
dani
merah untuk laluan Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan selaku Ket=
ua
Negara dan Ulil Amri untuk bertitah dipodium Perhimpunan Agung PBB menggema=
kan
suara kebebasan Brunei di PBB. PRB berbangga. Seluruh rakyat berbangga. Kita
semua menadah tangan tanda kesykuran.
PRB tetap bersyukur berkesempatan
menabur baktinya kepada nusa dan bangsa, sekalipun sejarah manis perjuangan
rakyat ini terus digelapkan oleh penjanayah-penjenayah sejarah. PRB tidak
berkecil hati walau sepatah sebutan PRB pun tidak terungkap, justeru, suka =
atau
tidak suka, nama PRB telah tersurat di PBB sebagai sebuah pergeralkan polit=
ik
yang memperjuangkan kemerdekaan Brunei seawal 1962 lagi.
Batapa tidaknya, Pada 9 Sept 1962, P=
RB
bersama Sarawak United Peoples Party (SUPP) United National Pasok Memogon Party dari Sabah men=
girim
memorandum kepada PBB menuntut sokongan Badan Dunia itu untuk pembebasan
ketiga-tiga wilayah berkenaan dari cengkaman penjanajahan dan bersatu untuk
menjadi sebuah wilayah baru yang merdeka dikenalai Negara Kesatuan Kalimant=
an
Utara dengan DYMM Sultan Brunei menjadi Sultan diketiga-tiga wilayah berken=
aan.
Dokumen PBB berkaitan memorendum yang disebutkan bernombor A/AC.109/PET.46.
.
Petikan memorendum bersama PRB/SUPP/PASOK (discan dari dokumen
asal)


Harap tidak keterlaluan bunyinya kal=
au
kita katakan bahawa perjuangan PRB adalah perjuangan rakyat Brunei yang
mendukung cita-cita dan hasrat raja mereka yang mahu membebaskan diri dari
keseluruhan cengkaman penjajahan. Hasrat PRB adalah manifestasi hasrat raky=
at
Brunei. Cita-citanya juga adalah cita-cita rakyat Brunei. Hasrat dan
cita-citanya ini juga adala hasrat dan cita-cita Istana.
Istana juga punya hasrat dan cita-ci=
ta
yang senada dengan harapan rakyat, walaupun tidak ‘segubang’, n=
amun
dibayang tetap bersama. Semuanya itu diterjemah oleh mereka melalui keingin=
an
untuk mendaulatkan bangsa dan watan dengan cara masing-masing.
Seperti rumpunan nipah, walaupun tel=
ah
dicabut dan dilempar jauh dari tebingnya agar ia tidak bisa tumbuh lagi di
sana, namun bongkahnya yang dihanyutkan oleh air pasang pasti akan membentuk
sebuah pulau atau ia akan hanyut kembali ketepian pantai persada bangsa, la=
lu
tumbuh subur dan segar semula menyemai bakti sesuai dengan fitrahnya mengha=
lang
hakisan pantai demi menunaikan amanah Allah SWT untuk memelihara bumiNya.
Telah dat=
ang
kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang batil, Sesungguhnya ya=
ng
batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.
=
&nb=
sp; =
&nb=
sp; =
&nb=
sp; =
&nb=
sp; =
(=
Al-Isra:
81)
Bahkan ka=
mi
sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang batil, lalu ia menghancurkan=
nya,
maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia. Dan (tetaplah) kecelakaan akan
menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan (terhadap Kami)
&=
nbsp; &nbs=
p; &=
nbsp; &nbs=
p; &=
nbsp; &nbs=
p; &=
nbsp; &nbs=
p;
(Al-Anbia’: 18)
Kebenaran (yang datangnya kepadamu y=
ang
disebunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad) adalah
datangnya dari Tuhanmu, oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam
golongan orang-orang yang ragu-ragu.
&nbs=
p; &=
nbsp; &nbs=
p; &=
nbsp; &nbs=
p; &=
nbsp; &nbs=
p; &=
nbsp; &nbs=
p; (Al-Baqarah:147)
Dirgahayu
ke 25 negaraku tercinta Brunei Darussalam dipersada Badan Dunia –
Wallahua’alam.