Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Washington tiada hak marah Moscow

Khaidir A Majid

KETIKA dunia sedang memberi tumpuan kepada temasya Sukan Olimpik di Beijing minggu ini, Russia dan Georgia terbabit dalam pertarungan yang lebih bahaya dan agak berat sebelah. Russia yang mewarisi kekuatan ketenteraan bekas kuasa dunia, Kesatuan Soviet, mengerahkan tentera udara, laut dan daratnya untuk berdepan dengan negara kecil di selatannya itu yang juga bekas anggota Kesatuan Soviet.

Georgia yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat memang mempunyai hubungan yang kurang menyenangkan dengan Russia. Dua wilayah Georgia, Ossetia Selatan dan Abkhazia menjadi punca konflik terbaru ini dengan wilayah yang pro-Russia berkenaan tidak lagi mahu berada dalam Georgia.

Ossetia Selatan mahu bergabung dengan Russia, manakala Abkhazia pula mahu merdeka.

Namun itu cerita lama kerana kedua-dua wilayah itu sejak awal 1990-an sudah memperjuangkan kebebasan mereka dari Georgia.

Apa yang mencetuskan konflik terbaru ini ialah tindakan mengejut Georgia minggu lalu untuk melancarkan operasi ketenteraan bagi merampas semula penguasaan di Ossetia Selatan.

Tindakan berkenaan - berlaku menjelang pembukaan temasya Olimpik Jumaat lalu - menimbulkan kemarahan Russia yang menganggap dirinya sebagai pelindung wilayah pro-Russia itu.

Moscow yang sudah pun mempunyai pasukan pengaman di dua wilayah itu tidak menunggu lama bagi mengerahkan bala tenteranya untuk memasuki Ossetia Selatan dan Abkhazia dan mengebom ke dalam kawasan Georgia yang lain.

Persoalannya mengapakah Georgia yang hanya mempunyai tentera kecil berbanding Russia mengambil tindakan yang ia tahu akan mengundang tindak balas Russia? Apakah strategi Georgia?

Apakah ia mengharapkan bantuan daripada Washington atau apakah ia beranggapan Moscow tidak akan bertindak balas kerana tidak mahu mengundang kecaman antarabangsa? Persoalan itu tidak penting lagi kerana Russia sudah membuktikan bahawa ia masih berkuasa, sekurang-kurangnya di kawasan bekas Kesatuan Soviet.

Selepas beberapa hari berperang wilayah Ossetia Selatan dan Abkhazia berjaya melucutkan kehadiran tentera Georgia dengan bantuan tentera Russia. Perjanjian gencatan senjata dimeterai Selasa lalu dan keadaan sudah mula reda.

Kini timbul pula perang diplomasi di antara Russia dan negara Barat diketuai Amerika Syarikat.

Washington yang tidak mampu membuat apa-apa ketika tentera Russia memasuki wilayah sekutu rapatnya Georgia, selain membuat kecaman dan mendesak tentera Moscow berundur memulakan serangan diplomasi ini.

Setiausaha Negara, Condoleezza Rice semalam dikerah ke Georgia bagi menunjukkan sokongan Amerika terhadap negara pro-Barat itu. Presiden George W Bush dalam kenyataannya berkata, Washington menyokong kerajaan Georgia yang dilantik secara demokratik dan menegaskan kedaulatan dan integriti wilayah Georgia harus dihormati.

Bush memberi amaran kepada Russia bahawa hubungan mesra Barat dan Moscow kini berdepan dengan ancaman dan mahu Russia membuat langkah bagi memulihkan ‘kerosakan’ dalam hubungannya dengan Amerika, Eropah dan negara lain.

Moscow yang sudah mula mengundurkan tenteranya dari bandar Georgia, Gori semalam, belum lagi memberi komen mengenai langkah terbaru Washington ini, selain kenyataan Menteri Luarnya, Sergei Lavrov yang memberitahu Washington supaya membuat pilihan sama ada untuk mengadakan perkongsian dengan Russia atau terus menyokong Georgia.

Apa yang jelas Russia tidak lagi berminat untuk mendengar Amerika berleter mengenai kebebasan dan demokrasi, lebih-lebih lagi sejak Washington dan sekutunya menceroboh Iraq.

Malah Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin mengecam Washington terhadap sikap ‘sinisnya’ dan berkata: “Perlukah Saddam Hussein digantung kerana menghancurkan beberapa kampung Syiah.”

Jelas ada pihak yang berpendapat Washington tidak lagi mempunyai kedudukan moral untuk menegur pihak lain yang turut melancarkan perang. (DI PETIK DARI BERITA HARIAN)

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.