Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Jangan abaikan belia terpinggir

LIMBARUH HIJAU 02 OGOS 2008 - KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi tadi bertitah agar belia-belia Brunei yang kurang bernasib baik tidak terus di pinggirkan dari arus perdana kemajuan negara.

"Sebagai tunas bangsa penglibatan para belia dalam proses pembangunan negara sangatlah bermakna", titah Baginda sambil meluahkan rasa bangga, "kerana telah ramai para belia yang telah memperolehi kelulusan tinggi baik dalam bidang professional mahupun dalam bidang vokasional".

"Mereka ini tentu sahaja mampu menjana dan memperkasa pembangunan negara. Tunas bangsa seperti inilah yang kita perlukan demi masa depan bangsa dan negara yang kita cintai", titah Bagida lagi.

Namun demikian tegas Baginda,"dalam kita meraikan Hari Belia ini kita janganlah meminggirkan golongan belia yang kurang bernasib baik.

"Mereka ini memerlukan perhatian dan bimbingan daripada kita untuk menjadi insan yang dapat sama-sama menyumbangkan bakti kepada pembangunan negara".

"Beta berharap agensi-agensi yang bertanggunjawab akan memberikan pemedulian khusus kepada golongan belia berkenaan dengan menyediakan peluang dan harapan melalui program-program bersepadu seperti program-program peningkatan keyakinan jati diri dan lain-lain", seru Baginda dalam titah sempena 'Hari Belia Kebangsaan2008'.

Baginda Sultan yakin melalui program-program sedemikian golongan belia yang kurang bernasib baik ini akan merasa dihargai dan juga berpeluang untuk sama-sama menyumbangkan jasa bakti mereka.

Menyentuh mengenai acara perhimpunan Hari Belia Kebangsaan, Baginda bertitah ianya merupakan wadah untuk menilai pencapaian matlamat pembangunan belia kearah belia Brunei cemerlang seperti yang termaktub dalam Dasar Belia Negara; Belia cemerlang ialah belia yang beriman, berilmu, bertanggunjawab dan cekap

"Kita semua menyedari untuk menwujudkan belia cemerlang adalah memerlukan penglibatan semua pihak termasuk individu, keluarga dan masyarakat".

"Tambahan pula kesan kederasan arus globalisasi masa kini telah menimbulkan berbagai cabaran serta hambatan dalam usaha mewujudkan belia cemerlang itu. Ini termasuklah cabaran-cabaran dalam bidang pendidikan dan pekerjaan", titah Baginda lagi.

Kerana itu, tegas Baginda Sultan, para belia tidak ada pilihan lain kecuali sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan dan kemahiran.

"Hanya dengan cara ini sahaja seseorang dapat diharapkan untuk menjadi belia yang cemerlang"

"Beta percaya belia pada hari ini dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada pelbagai institusi pendidikan sama ada di dalam mahupun di luar negara akan berupaya membuat pilihan terbaik lagi bijaksana dalam menghadapi cabaran-cabaran tersebut", titah Baginda Sultan.

Sempena sambutan 'Hari Belia' Baginda Sultan meluahkan harapan, "agar para belia akan terus melipatgandakan usaha kearah meningkatkan lagi semangat ingin maju dan bertanggunjawab dalam semua bidang kehidupan yang di ceburi".

"Sebagai tunas bangsa penglibatan para belia dalam proses pembangunan negara sangatlah bermakna".

"Beta amat berbangga kerana telah ramai para belia yang telah memperolehi kelulusan tinggi baik dalam bidang professional mahupun dalam bidang vokasional", titah Baginda Sultan lagi sambil menambah, "mereka ini tentu sahaja mampu menjana dan memperkasa pembangunan negara".

"Tunas bangsa seperti inilah yang kita perlukan demi masa depan bangsa dan negara yang kita cintai', titah Baginda Sultan.

Semenara itu baginda Sultan juga bertitah mengingatkan belia-belia agar tidak lupa akan adat budaya murni orang Brunei alam masa mereka mengejar kemajuan.

Titah Baginda, "di samping giat mengikuti perkembangan dan menambah ilmu beta sukacita mengingatkan supaya para belia kita jangan melupakan kemunian adat resam dan identiti bangsa sendiri yang di warisi turun temurun".

"Orang Brunei terkenal dengan kemurnian budi pekerti dan berhemah tinggi. Nilai murni budaya ini perlu di tanamkan dalam diri belia kita kerana ia mencerminkan keluhuran dan ketinggian bangsa".

"Beta juga ingin mengingatkan supaya para belia sentiasa siap siaga untuk bersaing dan tabah menghadapi risiko keana kejayaan itu tidak akan datang bergolek tetapi melalui kerja keras dan usaha yang cekap".

"Insya Allah jika ramai para belia mempunyai istiqamah dan tanggunjawab menghadapi sebarang cabaran dan saingan maka negara akan lebih mudah menuju jalan kegemilangan dengan izin Allah", titah Baginda.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.