Isu ini di sentuh di satu sesi muzakarah tertutup baru-baru ini yang di hadiri oleh beberapa orang ahli-ahli akar umbi dan pemimpin Parti.
Di sesi tersebut NDP turut berpandangan titah KDYMM mestilah dilihat sebagai pegangan dan halatuju dasar negara berhubung satu-satu isu yang di sentuh dalam titah.
Makanya mesej titah yang tersurat dan tersirat perlu di hayati dan dijadikan titik tolak pemikiran yang seterusnya akan membawa kearah langkah-langkah, inisiatif dan tindakan-tindakan yang bertepatan dengan semangat mesej titah-titah tersebut.
Sebagai contoh titah KDYMM baru-baru ini telah menyentuh mengenai Perinah Tembakau dan kaitannya dengan kepentingan penjagaan kesihatan.
Dalam titah 15 Julai 2008 tersebut Baginda Sultan bertitah menekankan pentingnya kesihatan dalam hidup justeru ianya mesti dibina dan dijaga.
Titah menambah diantara cara membina dan menjaga kesihatan itu, ialah melalui pengawalan permakanan dan melazimkan aktiviti-aktiviti bersenam.
Maka menurut Baginda, sejajar dengan pengawalan permakanan, langkah memperkenalkan dan menguatkuasakan Perintah Tembakau amatlah di alu-alukan.
Harapan Baginda dengan Perintah Tembakau 2005 tersebut kadar penyakit yang berpunca dari penggunaan tembakau akan berkurangan dan dengan sendirinya kualiti kehidupan dan kesihatan di negara ini bertambah baik dan meningkat, tegas Baginda.
Dalam masa sama Baginda juga yakin langkah tersebut akan dapat mengurangkan penyakit-penyakit serius yang disebabkan oleh rokok dan akan turut mengurangkan pula perbelanjaan negara dalam bentuk kos pemberian perkhidmatan perubatan.
Menghurai titah tersebut jelas menunjukkan mesej utama titah ialah hasrat untuk melihat usaha berterusan bagi membina kehidupan yang sihat di negara ini.
Natijah hasil usaha ini bukan sahaja akan melihat negara dihuni oleh rakyat dan penduduk yang sihat, lebih dari itu beban negara menanggung kos merawat pesakit yang berpunca dari permakanan juga akan turut berkurangan.
Isu merokok dan Perintah Tembakau 2005 telah di tekankan oleh Baginda sebagai salah satu contoh sahaja bagaimana kehidupan sihat dapat di bina dengan berkesan.
Dalam lain perkataan titah Baginda Sultan dapat di tafsirkan sebagai seruan agar usaha membina kehidupan yang sihat tidak terhenti pada isu meroko sahaja.
Dalam konteks yang lebih luas dan bertolak dari semangat titah Baginda tersebut, tabiat merokok di maklumi merupakan antara tabiat buruk yang boleh memudaratkan kesihatan.
Baginda memang tidak 'menambuskan' apa yang tersirat dalam titah tersebut. Akan tetapi sudah di maklumi banyak lagi tabiat-tabiat permakanan yang boleh memudaratkan kesihatan, contohnya makan gula yang berlebihan dan juga makan nasi dari beras impot (polished rice) yang kualitinya dari aspek kesihatan masih lagi boleh di pertikaikan.
Persoalannya sekarang ialah menterjemahkan semangat titah tersebut di peringkat awal lagi iaitu dalam peringkat perencanaan pembangunan dan kemajuan negara.
Sebagai contoh isu penggunaan gula yang berlebihan di negara ini.
Selaras dengan semangat titah Baginda tersebut, langkah-langkah awal mestilah di fikirkan dari sekarang bagaimana kita boleh memperkenalkan produk baru yang setanding dengan gula akan tetapi tidak menjejaskan kesihatan jika di gunakan berlebihan bukan sahaja kepada masyarakat penguna yang sedia sihat akan tetapi juga kepada pesakit kencing manis.
Contohnya melalui bidang pertanian negara boleh mengalakkan penanaman besar-besaran tumbuhan 'stevia' spesi herba yang boleh di proses untuk di gunakan sebagai gantian kepada gula dalam permakanan.
Kajian menunjukkan ekstrak daun Stevia 300 kali ganda lebih manis dari gula yang di hasilkan dari tebu akan tetapi kandungan kabohidrat nya lebih rendah dari gula biasa dan ianya juga tidak memberikan kesan kepada gula dalam darah.
Penyeledikkan keatas stevia menunjukkan ianya baik untuk merawat masalah obesity, darah tinggi dan kencing manis.
Usaha untuk mengembagluaskan industri tanaman stevia dan pengunaannya sudah dijalankan di Cina, Korea, Taiwan, Thailand dan Malaysia, maka tidak menjadi kerugian jika negara juga mula menjuruskan fikiran ke bidang tersebut dengan matlamat untuk mengurangkan pengimpotan gula dan seterusnya membina kehidupan yang sihat seperti yang di titahkan.
Begitu juga dengan komoditi beras, pihak-pihak berkenaan mungkin dapat mengambil langkah melalui R&D (Research and Development) untuk menyelidiki potensi menghasilkan beras tempatan seperti beras Pusu dan Adan yang boleh di tuai 2 kali setahun sebagai makanan asas negara.
Jika langkah ini berjaya negara bukan sahaja akan dapat meningkatkan penghasilan beras negara bahkan dengan sendirinya dapat mengurangkan pergantungan negara kepada polished rice yang di impot dari luar negara.
Dalam masa sama langkah tersebut juga akan dapat membantu mengurangkan masalah kesihatan yang berpunca dari tabiat pengunaan polished rice yang berlebihan yang mengandungi kadar kanji yang terlalu tinggi hingga boleh memudaratkan kesihatan pengguna.
Langkah-langkah seperti yang di cadangkan hanya merupakan contoh bagaimana kita perlu menghayati dan menterjemahkan semangat titah-titah Baginda tesebut dalam konteks yang lebih luas.
Seperti yang di sebutkan awal tadi usaha ke arah ini tidak akan terlaksana jika kita mentafsirkan titah-titah Baginda Sultan dalam konteks yang sempit. Wallahu Wa'alam.