OGOS 2008 - NEGARA Brunei Darussalam - Kingdom of Unexpected Treasures !!!
Itulah slogan pelancungan negara. Ia memberikan gambaran Negara Brunei sebagai sebuah 'alam yang dalamnya terdapat harta karun yang tidak di jangkakan'.
Slogan tersebut bermaksud untuk mengamit perhatian pelancung yang gemar kepada sesuatu yang penuh mencabar, tidak di jangkakan, penuh kerahsiaan, memeranjatkan dan mengejutkan lantas akan menjadi satu kenikmatan dan pengalaman yang manis bagi sesiapa yang menemuinya.
Sejauh ini slogan ini berhasil memikat banyak pelancung pengemar alam semulajadi (eco tourits) dari rantau ini dan dari negara Eropah, Jepun Korea dan Cina untuk datang bercuti ke Brunei dan meneroka bumi hijau Brunei.
Inilah kelainan yang di tawarkan kepada pelancung untuk melancung ke Brunei.
Antara tempat peranginan yang indah yang di ketengahkan ialah Tasek Merimbun yang terletak di kawasan Lamunin Daerah Tutong.
Memang Tasek Merimbun selagi dulu lagi terkenal sebagai tempat peranginan yang sering menjadi tumpuan masyarakat di negara ini pada setiap hujung minggu atau pada waktu-waktu kelepasan awam dan cuti-cuti sekolah.
Bagi pelancung-pelancung pula mereka akan berpeluang menikmati keindahan semulajadi alam sekitarnya yang bersih, tasek yang berair biru dan pohon-pohon bunga yang di tanam cukup cantik dan segar mewangi.
Tasek yang indah itu juga turut menyimpan banyak cerita menarik. Kononnya tasik tersebut tempat kediaman buaya putih.
Walaupun apa cerita yang menakutkan ianya tetap di minati sebagai tempat bersantai biarpun jalan menuju ke tasek tersebut juga agak sukar dan berliku serta keadaan jalan rayanya yang berlobang-lobang.
Selalunya Tasek Merimbun tidak menghampakan pengunjung. Pelancung-pelancung akan pasti kagum melihat keindahan Tasek Merimbun.
Ungkapan, 'wow sooo nice, so beautiful, amazing dan lain-lain' memang biasa terkeluar dari mulut pengunjung-pengunjung asing yang terpegun, teruja dan terperanjat dengan keindahan alam semula jadi di Tasek Merimbun.
Tapi itu cerita lama ketika Tasek Merimbun masih lagi di zaman kegemilangannya, masih di kelinga dan di bangga-banggakan.
Ketika ini Tasek Merimbun sudah berubah wajah. Ianya tetap juga merupakan antara harta karun yang tidak di jangkakan yang terdapat di negara ini tetapi dalam aspek yang lain.
Sekarang setiap pengunjung akan pasti terperanjat dan menggeluh, "eh kenapa tia? sayang jua?"
Beberapa orang pengunjung yang baru saja pergi ke taman tersebut minggu lalu mengatakan mereka betul-betul terkejut, terperanjat dan terkilan apabila berkunjung ke Tasek Merimbun yang pada awalnya mereka jangkakan masih indah dan cantek.
Tidak sedikit pun mereka jangkakkan Tasek Merimbun sudah terbiar.
Timbalan Ketua Perhubungan Daerah Belait Awang Imran memberitahu AspirasiNDP Tasek Merimbun pada masa ini seperti terbiar keadaannya.
Awang Imran yang membawa isteri dan anak-anak hari Ahad lalu untuk meluangkan masa bersama keluarga berihat di taman itu, berkata beliau begitu terkejut melihat keadaan Taman Tasek Merimbun yang sudah tidak terurus lagi.
Katanya keadaan jambatan yang dulunya berdiri kukuh kini hampir roboh dan tiada lagi boleh digunakan untuk pergi ke seberang tasik yang mana pada suatu ketika dulu berdirinya sebuah jambatan yang kukuh bagi membolehkan pengunjungnya menyeberangi tasik menuju ke taman di mana tempat orang ramai beriadah dan bersiar-siar.
Menurut Awang Imran, untuk menuju ke taman itu saja mereka terpaksa meredah jalan yang bengkang bengkok dan berlobang-lobang.
Kehampaan mereka melihat keadaan taman itu menimbulkan persoalan kenapa pihak-pihak berkenaan seperti mengabaikan kawasan peranginan tersebut?
Kenapa dibiarkan pembaik pulih jambatan yang roboh dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk berdekatan yang memerlukan jambatan untuk memancing ikan dan pergi ke seberang tasek.
Selain kenapa keadaan jalan raya menuju ke taman itu daripada dahulu sehingga sekarang tidak pernah mendapat penaikkan taraf.
Mungkin inilah yang di maksudkan harta karun yang tidak di jangkakan itu (HSK).