ABI HURAIRAH MELAPOR DARI KUALA LUMPUR 13 OGOS 2008 - Seramai 10 orang ahli Biro Pertanian dan Industri Asas Tani (piat) Parti Pembangunan Bangsa sedang berada di Kuala Lumpur bagi tujuan melawat SAMBIL belajar teknik teknik pertanian dan ternakan.
Rombongan diketuai Awang Gelawat Ukang, selaku pengerusi bersama PIAT.
Semasa berada di sana, beberapa rancangan dan program telah diaturkan, antaranya ialah lawatan ke MAHA 2008 (Malaysia Agriculture ,Horticulture & Agrotourism Show 2008) yang telah dirasmikan olih Perdana Menteri Malaysia Abdullah bin Hj Ahmad Badawi.
Selain dari itu rombongan juga akan di bawa melawat sambil belajar ke beberapa tapak tanaman termasuk Cili, Dragon fruit serta ladang ternakan. |