Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Rombakan kecil kabinet dan pentadbiran

23 0GOS 2008 - BULAN Ogos ini menyaksikan beberapa perkembangan dalam jentera pengurusan dan pentadbiran negara bermula dari peringkat menteri kabinet turun ke peringkat setiausaha tetap.

Khamis 21 Ogos Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperkenankan pertukaran tiga Menteri Kabinet dan perubahan ketua cabang pelaburan kerajaan.

Ketiga-tiga Menteri Kabinet terbabit ialah Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama Pehin Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad Haji Jumat, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Pehin Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad Haji Daud dan Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya Haji Bakar.

Kenyataan Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga menyebut Baginda Sultan berkenan menitahkan pertukaran jawatan pengerusi Lembaga Pengarah Agensi Pelaburan Brunei (BIA).

Pehin Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad mengambil alih jawatan Menteri Tenaga di Jabatan Perdana daripada Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya di tukar menjadi Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Pehin Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad pula kini menjadi Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

Kenyataan menambah lantikan-lantikan itu berkuat kuasa mulai Jumaat, 22 Ogos.

Baginda Sultan juga mengurniakan titah perintah bagi Menteri Perhubungan Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar Haji Apong dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah BIA yang sebelum ini disandang oleh Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya, kata kenyataan.

Barisan pentadbiran Kerajaan diketuai oleh Baginda Sultan yang turut menjadi Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan.

Dua lagi jawatan utama ialah Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri iyang di jawat oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

Menteri lain ialah Menteri Pendidikan, Menteri Hal Ehwal Ugama, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Menteri Perhubungan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Menteri Kesihatan, Menteri Pembangunan, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan II dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II.

Dua orang pemegang jawatan utama yang bertaraf menteri ialah Mufti Kerajaan dan Peguam Negara.

Sementara itu Baginda Sultan juga berkenan bagi rombakan besar dalam jentera pentadbiran kerajaan di peringkat setiausaha tetap.

3 Setiausaha Tetap baru telah dilantik manakala 2 Setiausaha Tetap dipindah dan 2 pegawai kanan pula dinaikakan pangkat menjadi Timbalan Setiausaha Tetap.

  • Hj Abd Aziz Orang Kaya Maharaja Lela Hj Mohd Yussof, timbalan setiausaha tetap di Jabatan Perdana Menteri di naikkan menjadi Setiausaha Tetap di JPM.

  • Hj Erywan Pehin Dato Pekerma Jaya Hj Mohd Yusof, timbalan setiausaha tetap di Kementeria Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdaggangan di naikakan menjadi Setiausaha Tetap di kementerian yang sama.

  • Hj Mohd Mahdi Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Hj Abd Rahman, setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di pindah ke Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk menjawat jawatan Setiausaha Tetap di kementerian tersebut.

  • Dato Paduka Serbini Hj Ali, setiausaha tetap di Kementerian Kesihatan di tukar ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk memeggang jawatan yang sama di kementerian tersebut.
  • Dato Paduka Hj Abd Salam Abd Momin, Timbalan Setiausaha Sulit Jabatan KDYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah dilantik menjadi Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan.

  • Dr Hj Affendy Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Hj Abidin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan di Kementerian Kesihatan di naikkan pangkat menjadi Timbalan Setiausaha tetap di Jabatan Perdana Menteri.

  • Abdul Mutalib Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Hj Mohd Yusof, pemangku pengarah perancangan e-Kerajaan dan media di naikakan pangkat menjadi Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan

Lantikkkan dan pertukaran pegawai-pegawai kanan kerajaan tersebut berkuat kuasa 23 Ogos ini.

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.