LIMBARUH HIJAU 04 OGOS 2008 - BADAN Perhubungan NDP Daerah Brunei-Muara, Tutong dan Temburong telah turut mengesa Setiausaha Agung dan Jabatan Setiausaha Agung (JASA) agar menangani dengan segera surat arahan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang tidak lagi membenarkan ranting-ranting parti mengunakan rumah persendirian sebagai pejabat.
Badan-badan perhubungan tersebut sebulat suara bersetuju surat ROS bertarikh 23 Jun 2008 mestilah di jawab dengan segera dengan menyatakan sejelas-jelasnya kemusykilan yang bakal di hadapai jika sekiranya arahan tesebut di kuatkuasakan.
Ahli-ahli Jawatankuasa Badan-badan Perhubugan Daerah mencapai persetujuan tersebut di mesyuarat bulanan masing-masing baru-baru ini.
Di Daerah Brunei-Muara, mesyuarat bulanan Badan Perhubungan yang bersidang pada 2 Ogos 2008 sebulat suara bersetuju surat arahan ROS yang telah memberikan tempoh 3 bulan kepada NDP untuk memindahkan semua |
|
pejabat-pejabat ranting yang menggunakan alamat rumah persendirian ke tempat bukan rumah persendirian tidak boleh di pandang ringan.
|
Ahli-ahli Badan Perubungan Brunei-Muara bersetuju perkara tersebut merupakan satu perkara serious yang melibatkan perkembangan dan masa depan parti justeru Setiausaha
|
|
Agung dan JASA mestilah bertindak cepat dalam menangani isu tersebut.
Selain itu mesyuarat juga bersetuju membentuk sebuah
|
Jawatankuasa Khas yang akan menemui pihak ROS untuk membincang-kan selain mendapatkan keterangan mengapa rumah-rumah persendirian tidak dapat dijadikan markas ranting.
Di Tutong isu yang sama juga di bangkitkan di mesyuarat bulanan Badan Perhubungan NDP Tutong yang bersidang pada 1 Ogos baru lalu.
Di mesyuarat tersebut Badan Perhubungan NDP Tutong juga sebulat suara bersetuju agar Setaiusaha Agung dan JASA secepat mungkin menjawab surat arahan tersebut dengan menghuraikan secara jelas sebab-sebab kenapa NDP melihat surat arahan tersebut terlalu berat untuk di terima dan di laksanakan.
Sementara itu Badan Perhubungan NDP Temburong juga di laporkan telah bersetuju untuk turut mengesa Setiausaha Agung dan JASA agar mengambil langkah segera menangani isu surat arahan ROS tersebut.
Ahli-ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan NDP Temburong yang bersidang di mesyuarat bulanan mereka minggu lepas bersetuju surat arahan tersebut jika di kuatkauasakan akan boleh menjejaskan perjalanan parti di peringkat ranting.
Mereka juga bersetuju ianya juga akan menyulitkan usaha parti menubuhkan ranting-ranting baru terutama di kawasan pendalaman yang tidak mempunyai bangunan-bangunan swasta untuk di gunakan sebagai pejabat ranting.
Dalam perkembangan awal isu pejabat ranting ini, Badan Perhubungan Belait telah bersidang pada 25 Julai lalu dan mencapai persetujuan seperti berikut:
1- Menggesa Setiausaha Agung NDP untuk merespon dengan segera surat arahan tersebut dengan menyatakan sejelas-jelasnya kemusykilan yang akan di hadapi oleh parti jika sekiranya arahan tersebut di kuatkuasakan.
2- Mencadangkan agar pihak Jabatan Setiausaha Agung (JASA) meminta penjelasan dan khidmat nasihat dari Jabatan Peguam Negara mengenai dengan kedudukan arahan tersebut. Atas dasar apa, Aturan dan Peraturan apakah arahan tersebut di ambil keatas NDP?
3- Mencadangkan agar Majlis Tertinggi pusat mengutus memorandum kehadapan majlis KDYMM untuk menyatakan kebimbangan parti mengenai dengan tindakan-tindakan pihak-pihak tertentu dan agensi-agensi kerajaan yang bercanggah dengan hasrat pembaharuan politik baginda.
|