LABI, KUALA BELAIT 08 OGOS 2008 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) akan terus komited dalam usaha membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sangat berharap agar setiap rakyat dan penduduk baginda khususnya kelompok masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman tidak ketinggalan atau tercicir dari arus perdana kemajuan negara.
Dalam masa negara menuju kearah kemajuan yang lebih cemerlang tidak di sangkalkan akan terdapat rakyat dan penduduk serta kelompok masyarakat yang akan tercicir.
Mereka ini kemungkinan akan terpinggir dari arus
|
|
perdana kemajuan negara, justeru NDP akan berusaha mempastikan mereka yang terpinggir ini terbela dan dapat bersama menikmati hasil kemajuan yang di capai.
Ke arah itu, NDP akan terus menyusur desa, menziarahi, berluai dan |
|
bermuzakarah dengan setiap rakyat dan penduduk di negara ini sebagai telinga dan mata baginda.
Dalam masa sama NDP akan terus berperanan sebagai suara rakyat bagi mempastikan segala masalah dan harapan rakyat, terutama mereka yang keciciran, mendapat perhatian sewajarnya dari pihak-pihak yang berkenaan.
Perkara ini di tekankan oleh sdr Mahmud
|
|
Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP di sesi muzakarah bersama Awang Berandi Ak Jamau, Ketua Rumah Panjang Mendaram Besar dan penghui-penghuni di rumah panjang tersebut kelmarin.
Sesi muzakarah tersebut merupakan program berterusan NDP menyusur desa yang di kelolakan oleh Jawatankuasa Menyusur Desa pimpinan Awang Mohamad Abdullah Bahjou bin Bundan, ahli Lembaga Penasihat NDP.
Di sesi tersebut sdr Morshidi juga menekankan pentingnya masyarakat yang perlu pembelaan memberikan sokongan padu kepada NDP kerana tanpa sokongan mereka usaha untuk mengangkat masalah dan harapan mereka akan kurang berkesan.
Dalam perkataan lain, tegasnya NDP sebagai pelantar pergerakkan politik rakyat memberikan ruang kepada semua justeru penglibatan mereka dalam NDP sangatlah di alu-alukan.
|
Mohamad Abdullah Bahjou pula dalam ucapan ringkas beliau menekankan pentingnya masyarakat akar umbi berpartisipasi secara aktif dalam pergerakkan politik rakyat yang sah dan sihat.
|
|
Katanya penglibatan mereka akan dapat memberikan kesan yang lebih bermakna lagi kepada segala usaha untuk memperjuangkan nasib dan masa depan mereka dan generasi yang akan datang.
Pengerusi bersama Hubungan Antara Kaum, Awang Peter Saging pula menjelaskan hasrat dan harapan NDP untuk
|
|
memperkukuhkan kesatuan nasional melalui usaha meningkatkan semangat kesatuan dan kesefahaman antara kaum di negara ini.
Katanya NDP akan terus berusaha membantu KDYMM dan Kerajaan mempastikan semua puak-puak etnik di negara ini termasuk puak Iban dan juga masyarakat Cina Brunei dapat hidup harmoni, bersatupadu dalam sama-sama menikmati hasil kekayaan dan .
|
kemajuan bumi Brunei ini.
Di bidang pertanian pula, Awang Haji Mustafa, Pengerusi bersama Biro Pertanian NDP menekankan usaha NDP untuk terus membantu negara memajukan bidang pertaniannya.
Katanya program pembangunan bidang pertanian yang telah di laksanakan oleh NDP sejak ianya di tubuhkan pada Ogos 2005 akan terus di giatkan dan di pertingkatkan dengan memastikan nasib petani-petani diakar umbu sentiasa terbela.
Di bidang pembangunan kaum wanita di peringkat akar umbi, Dayang Hajjah Saemah, Ketua Himpunan Wanita NDP (HAWA) menjelaskan adalah menjadi hasrat HAWA NDP untuk mempastikan golonngan wanita terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan pendalaman terbela dengan taraf hidup mereka dapat di pertingkatkan melalui program-program kemahiran dan lain-lain.
Sementara itu, Ketua Rumah Panjang Mendaram dalam ucapan balas nya mengucapkan setinggi penghargaan kepada rombongan NDP atas kesudian mengunjungi dan bermuzakarah dengan mereka.
Awang Berandi mengalu-alukan niat baik NDP itu dan memberikan jaminan bahawa beliau tidak akan menghalang mana-mana penghuni rumah panjang beliau yang berminat untuk menjadi ahli NDP.
Sesi muzakarah di akhiri dengan penyampaian buah tangan kepada Awang Berandi selaku wakil penghuni-penghuni Rumah Panjang Mendaram. Ia di sempurnakan oleh sdr Morshidi, Awang Mohamad Abdullah Bahjou, Sulaiman Metrasad dan Naib Presiden NDP Belait.