Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

DIRGAHAYU NDP

NDP akan terus mara kehadapan menjunjung titah membangun bangsa

LIMBARUH HIJAU 1 SEPTEMBER 2008 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) akan terus tabah dan sabar menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam perjalanannya melaksanakan tekad untuk terus menjunjung titah membangun bangsa.

"NDP lahir pada 31 Ogos 2005 dalam suasana politik negara yang kurang menggalakkan dan dalam keadaan kehidupan rakyat yang cukup selesa".

"Rata-rata pandangan umum ketika kelahiran NDP ialah tidak ada keperluan untuk rakyat bergiat aktif dalam bidang politik justeru pergerakkan politik tidak relevan dalam konteks berbangsa dan bernegara di Brunei Darussalam, ujar Ayanhda Yasin Affandy, Presiden NDP.

"Hingga kini pandangan ini masih wujud dan sejauh ini NDP sudah dapat memboktikan pandangan sedemikian tidak tepat, tegas Ayahnda Presiden.

Beliau juga menyentuh mengenai dengan berbagai rintangan dan cabaran yang di hadapi oleh NDP sepanjang 3 tahun lepas dalam perjalanannya menjadi sebuah pergerakkan politik rakyat yang berwibawa.

"Sepanjang 3 tahun lepas barisan pimpinan dan ahli-ahli akar umbi NDP telah dapat menangani banyak cabaran dan rintangan dengan baiknya, dengan penuh kematangan dan kesabaran".

Hasil ketabahan dan kesabaran tersebut telah dapat memastikan NDP terus bergerak atas landasan-landasan yang betul dan tidak tersasar dari matlamat parti menjunjung titah membangun bangsa, tegas Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dalam ucapannya di majlis kesyukuran sempena memperingati ulang tahun ke-3 penubuhan NDP.

Majlis di adakan kelmarin di

Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.

Mengimbas kembali perjalanan NDP sejak 3 tahun lalu, Presiden NDP berkata walaupun banyak cabaran dan rintangan yang di hadapi namun ianya tidak sedikitpun melemahkan semangat barisan pimpinan NDP serta ahli-ahli parti yang lainnya.

Dalam konteks NDP sebagai sebuah organisasi, Ayahnda Presiden menyatakan NDP yang pada mulanya hanya mempunyai keahlian seramai kurang 100 orang sekarang sudah berkembang menjadi sebuah organisasi politik yang di anggotai oleh hampir 2000 orang.

"Itu baru keahlian langsung dalam NDP. Saya berani mengatakan dari aspek sokongan rakyat kita boleh mentafsirkan di saat ini lebih 20,000 anggota masyarakat berbagai puak dan kaum memberi sokongan kepada NDP.

Tegasnya lagi, kalau pada mulanya NDP tidak mempunyai ranting, tetapi sekarang ianya sudah bergerak dengan hampir 20 ranting di keempat-empat daerah seluruh negara dengan di terajui oleh Badan-Badan Perhubungan daerah.

Tambahnya banyak lagi pencapaian yang telah dibuat dalam perjalanan sepanjang 3 tahun lalu, antaranya kejayaan NDP memperkenalkan diri sebagai rakan strategik Kerajaan KDYMM kepada agensi-agensi kerajaan seperti Biro Pencegah Rasuah, Biro Pengawalan Narkotik, Jabatan Peguam negara, Jabatan Kemajuan Perumahan Negara, dan Jabatan Perancang Eknomi.

"Dalam masa sama terdapatnya agensi-agensi kerajaan dan kelompok masyarakat yang masih belum bersedia menerima kehadiran NDP, kita juga menyaksikan terdapatnya sebilangan lain agensi-agensi kerajaan dan kumpulan masyarakat yang sudah dapat menerima dan memamahi kehadiran dan peranan NDP dalam bernegara dan berbangsa", tegas Ayahnda Yasin Affandy.

"Kita juga menyaksikan NDP semakin mendapat perhatian dari masyarakat serantau dan antarabangsa", tambah Presiden NDP sambil mengimbas kembali kunjungan muhibbah rombongan ahli parlimen Jerman, ahli Puteri UMNO Melaka ke markas NDP dan juga sesi perjumpaan dengan rombongan ahli parlimen British.

Sementara itu katanya dalam suasana politik Brunei yang masih belum begitu mengizinkan NDP juga telah berupaya mengenegahkan isu-isu yang menjadi kebimbangan rakyat di tiga kongres agung tahunannya.

Suara-suara rakyat ini, katanya telah dapat kita angkat dalam bentuk usul-usul di ketiga-tiga kongres tersebut dan Alhamdullilah jelas sumbangan buah fikiran dan cadangan-cadangan yang di ketengahkan oleh NDP tidak sia-sia.

Tidak keterlaluan jika dikatakan KDYMM dan Kerajaan baginda telah menyambut baik isu-isu seperti isu kemsikinan, isu sempadan, isu keselamatan permakanan dan isu keselamatan sosial yang telah kita ketengahkan itu, jujar Ayahnda Presiden lagi.

Insya Allah, tambahnya NDP akan terus mara kehadapan mendepani isu-isu lain yang menjadi kebimbangan rakyat.

Mudah-mudahan sumbangan-sumbangan idea dan cadangan-cadangan kita akan mendatangkan menafaat kepada bangsa dan negara, ujar Ayahnda Presiden.

Katanya NDP di tahun-tahun mendatang ini bertekad akan terus bergerak maju untuk menjadi rakan strategik dan 'power base' kepada KDYMM baginda Sultan dan zuriat-zuriat baginda, insya Allah.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.